Pages

Awaken

Sometimes, standing among millions of ghuraba people can raise up our holy and strong spirit to awake this ummah. Wait till we meet in jama'ah and we will hit this universe with the holiest and super incredible new system for the new programme generation. Let's raise our hand and pray for our world.


Total Pageviews

Jadual Tugasan 15zikr

  • Minggu 1 : Syuhada - Ruziah - Iffah Hanna - Aliya
  • Minggu 2 : Nabilah Kamal - Basyirah Ritzuan - Syafiqah Sabbri - Syahirah
  • Minggu 3 : Fatin Nabila - Izzati - Fatimah - Basyirah Z
  • Minggu 4 : Sofiah Hadi - Nadhirah - Nadiah - Fatinah

Saturday, December 17, 2011

tentang FUTUR


Futur adalah kemerosotan atau kemalapan yang berlaku pada keimanan atau keislaman sesorang. Futur adalah satu penyakit. Seseorang yang dihinggapi penyakit ini akan lemah dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah SWT.

Bentuk-bentuk futur yang dialami oleh seseorang
1. Malas beribadat.
2. Fenomena mati tidak memberi kesan kepada hati. Justeru itu, kita digalakkan agar menziarahi kubur sebagai ubat agar hati dapat mengambil pengajaran daripada kematian.
3. Melakukan maksiat sama ada kecil atau besar. Lebih teruk, kemaksiatan menjadi kebiasaan. Dan lebih teruk lagi, bergembira dengan maksiat.
4. Suka maksiat atau menyaksikan maksiat. Orang beriman akan melihat dosa maksiat umpama sebuah gunung yang akan menimpa dirinya, sedangkan orang munafik akan melihat dosa umpama lalat yang hinggap di hidungnya sahaja.
5. Ukhuwwah menjadi longgar.
6. Ghairah kepada dunia. Sibuk dengan dunia hingga membuang masa dengan kerja-kerja yang tidak berfaedah. Dalam sistem yang ada, gagasan kecemerlangan yang mereka kehendaki kerap menjerumuskan manusia kepada sikap ghairah dengan dunia.
7. Berbangga dengan kemajuan duniawi. Atau merasakan lemah dengan kemunduran duniawi.
8. Lemah atau tidak bersedia untuk iltizam (patuh).
9. Menangguh-nangguhkan kerja.
Semua perkara di atas melemahkan kerja-kerja Islam dan dakwah. Kadangkala sesorang itu futur hingga tidak bermaya melaksanakan kerja-kerja Islam.

Sebab-sebab berlaku futur pada seseorang
1. Tidak ikhlas dalam bekerja.
Ikhlas perlulah dibina dan dikawal supaya ia hadir dalam suatu kerja yang kita lakukan. Tajarrud kepada Allah SWT dalam suatu kerja sangatlah berat, lebih-lebih lagi dalam suasana yang tidak Islamik. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Kamu tidak disuruh ber’ubudiyah kepada Allah SWT melainkan dengan penuh ikhlas”
Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sesungguhnya setiap amalan bermula dengan niat”
Sekiranya keikhlasan kita terganggu, maka adakah kita perlu meneruskan sesuatu amalan ataupun berhenti beramal? Seharusnya kita perlu terus beramal, sekaligus kita islahkan dalam niat.
Mendidik hati agar ikhlas adalah satu proses berterusan kerana Allah SWT tidak redha dengan amalan yang menyekutukan-Nya. Sabda Rasulullah SAW dalam hadith qudsi yang bermaksud:
“Aku yang paling kaya daripada sekutu-sekutu. Sesiapa yang melakukan amalan dengan menyekutukan Aku, maka Aku akan biarkan dia bersama-sama dengan sekutunya di Akhirat nanti.”
2. Lemah dalam ilmu syarak. Yakni ilmu dari masdar yang betul penghayatannya.
3. Berkawan dengan orang yang tidak berhimah tinggi atau berhimah rendah. Orang yang berhimah tahu mengenai ilmu syara’. Khususnya ilmu untuk menentukan sesuatu itu syar’i atau tidak syar’i. Ilmu syara’ itu luas, merangkumi tafsir Al-Qur’an, Ilmu Hadis, Fiqh, Tarikh, Bahasa Arab dan lain-lain. Antara yang penting adalah ilmu mengenai hukum-hukum taklifi (wajib, sunnat, haram, makruh, dan mubah)
4. Melihat atau memperbaiki perkara-perkara berkaitan jalan penyelesaian dakwah dalam bentuk juzi’e. Misalnya, menyelesaikan masalah itu sahaja. Menyelesai dengan cara yang tidak syamil / kamil.
5. Matlamat atau hadaf tidak jelas. Juga wasilah tidak jelas. Tiada wawasan sebenar. Wawasan manusia kini hanyalah wawasan di dunia sahaja. Wawasan kita bermula dari dunia hingga akhirat.
6. Tidak waqi’i. Tidak melakukan kerja di atas kenyataan yang betul. Begitu juga, tidak waqi’i apabila memulakan sesuatu kerja. Tidak mengambil contoh Rasulullah SAW, sebaliknya hanya memakai fikiran sendiri.
7. Tidak memahami amalan atau kerja yang sepatutnya dilakukan. Dan tidak memahami rintangan-rintangan bagi sesuatu amalan.
8. Bersifat fardhiyah. Yakni bersifat individu atau lebih mementingkan diri sendiri. Kita perlu mendidik diri sendiri supaya memperseimbangkan antara kepentingan individu dan kepentingan ummah. Bila seimbang barulah cantik kerja-kerja seseorang itu.
9. Jumud atau beku dalam uslub dan marhalah-marhalah kerja. Kadang-kadang kerja-kerja yang dilakukan hanya satu ‘pattern’ sahaja. Kita perlu mempelbagaikan bentuk kerja. Begitu juga uslub dan marhalah kerja. Misalannya di dalam usrah kita perlu pelbagai aktiviti yang rasmi dan yang tidak rasmi.
10. Lemah tarbiyyah. Ini faktor yang besar. Faktor ini amat luas pengertian dan huraiannya.
11. Tidak tahu dan tidak merasai cabaran. Tidak tahu bagaimana kedudukan ummah atau dengan siapa ummah sedang berhadapan. Kita melaksanakan kegiatan-kegiatan berdasarkan sistem Islam, manakala musuh kita menjalankan pelbagai kegiatan berdasarkan sistem yang lain. Kita tidak menjadi sebagai satu individu berdepan yang satu sistem bukan Islam. Kita perlu tahu tipu helah sistem yang ada.
Sistem yang ada sentiasa memerhatikan perkembangan Islam. Apabila mereka nampak Islam naik, maka mereka akan sekat.
Oleh itu seseorang yang tidak faham hakikat realiti sebenar, maka dia tidak akan merasainya sebagai satu cabaran.
12. Tidak tahu menyelaraskan antara kemampuan dan kerja.
13. Berbeza bi’ah dan tabi’at. Bila seseorang itu biasa dengan sesuatu bi’ah dan tabi’at, maka dia tidak dapat menyesuaikan diri dengan bi’ah dan tabi’at yang lain. Justeru itu berlaku futur.
Dahulu, Penjajah British telah mengkaji bi’ah dan tabi’at manusia di sini. Selesai itu barulah dia masuk dan menakluki Malaysia.
14. Tidak sedar dan tidak memahami sunnah Allah yang berlaku pada ummah dan individu. Tidak mengerti akan ujian Allah terhadap ummah dan individu. Contohnya, ujian terhadap sahabat-sahabat Nabi sangat jelas. Ini sunnah Allah pada pendakwah Islam. Mungkin seseorang menerima sunnah itu dengan keluhan dan putus asa. Tetapi kita perlu menerima sunnah ini dengan penuh persediaan. Kita perlu memainkan peranan yang sepatutnya berhadapan dengan sunnah ini. Kita perlu tanya, apakah persediaan dan peranan yang perlu kita mainkan supaya kita tidak lalai dalam menerima sunnah Allah.
15. Futur dalam mengubati futur. Lemah dalam mengubati kelemahan. Dia yang futur itu tahu bahawa dirinya lemah, tetapi dia terus lemah untuk mengubati. Bagi kita, kalau rasa lemah, maka cepat-cepatlah kita mencari sahabat yang kuat.
16. Berpenyakit dalam hati atau jiwa. Banyak terdapat penyakit jiwa seperti hasad, dengki, cemburu buta dan lain-lain.

Penutup
Setiap aktiviti kita mestilah berindukkan tarbiyah. Seandainya tidak berindukkan tarbiyah, maka akan mudahlah lahir keghairahan kepada sistem sedia ada. Kadang-kadang keghairahan itu mengakibatkan tidak bermaya untuk mempertahankan Islam.
Apabila kita melakukan kerja-kerja dengan berindukkan syari’at Islamiyah, maka insyaAllah, Allah akan berikan keberkatan dan petunjuk.
Sekiranya, ktia bekerja di bawah sistem sedia ada, maka kita mestilah pastikan pekerjaan kita itu untuk maslahat dakwah. Kita tetap bekerja menarik orang lain kepada Islam. Kita mengambil manfa’at demi kepentingan Islam disamping membawa syakhsiyah Islamiyah.

*p/s: maaf, ana agak sibuk buat masa ni dan cuma sempat untuk copy and paste je untuk tugasan post di blog ni. tapi apa pun, insya-Allah post ni sangat penting-lagi-bermakna buat kita semua. ana faham, post ni sangat-sangat-sangat panjang dan mungkin ada yang rasa agak berat isinya, tapi tak salah kita habiskan masa lebih kurang 10 minit; just to read and reflect ourselves. kita bukan lagi di tapak semaian, tapi sedang tumbuh menjadi pokok yang terpaksa compete dan berusaha untuk survival diri kita sendiri. means, survival untuk 'masa depan' kita, akhirat.

*kalau ana tak silap, ana ambil artikel ke? dari sorang kakak dan  artikel ni merupakan tulisan Allahyarham UDMZ. w'alam...

No comments:

 

Template by BloggerCandy.com