Pages

Awaken

Sometimes, standing among millions of ghuraba people can raise up our holy and strong spirit to awake this ummah. Wait till we meet in jama'ah and we will hit this universe with the holiest and super incredible new system for the new programme generation. Let's raise our hand and pray for our world.


Total Pageviews

Jadual Tugasan 15zikr

  • Minggu 1 : Syuhada - Ruziah - Iffah Hanna - Aliya
  • Minggu 2 : Nabilah Kamal - Basyirah Ritzuan - Syafiqah Sabbri - Syahirah
  • Minggu 3 : Fatin Nabila - Izzati - Fatimah - Basyirah Z
  • Minggu 4 : Sofiah Hadi - Nadhirah - Nadiah - Fatinah

Saturday, April 30, 2011

^_~ PERUT DAH KENYANG, HATI BAGAIMANA? ^_~

~rawatlah hati anda dengan zikrullah~



Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah… Sebelum madah diteruskan, ucapan Assalamualaikum ditujukan buat para pembaca blog 15zikr sekalian yang dikasihi fillah. Selawat serta salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW rasul Dakwah dan Tarbiyah. Dengan rahmat kasih sayang-Nya, saya dapat berkongsi sesuatu dengan semua buat pertama kalinya di blog 15zikr, atas permintaan sahabat saya Fatimah Zahra bt Mubarak yang saya kasihi.^_^

Ini adalah sekadar perkongsian yang saya sempat mencatatnya daripada penyampaian Sir Rosdi bin Baharom di KTD dan ini lebih kepada muhasabah diri saya sendiri dan semua orang.

ZIKRULLAH
* Zikrullah ini sangat penting untuk sekeping hati. Ia dapat menyelamatkan seseorang daripada rasa bimbang, was-was dan sebagainya. Kita sebenarnya sangat-sangat memerlukan makanan rohani(hati) seperti mana perut kita yang hari-hari minta diisi. Apabila makanan rohani itu cukup maka akan terbentuklah iman yang sebenar-benarnya. Kita juga selalu dengar orang cakap iman itu penting. Maka tarbiyah sahajalah yang dapat membentuk iman itu.

SARAPAN DAN MINUM PETANG
* Sarapan dan minum petang? Kalau kita mesti fikir sarapan dan minum petang ini untuk isi perut sahajakan? Sebenarnya satu tafsiran lain yang disampaikan oleh sir Rosdi bin Baharom ialah zikir ai-Ma’thurat. Pesanannya kepada semua, sebelum menjamah sesuatu sebagai sarapan dan minum petang, berilah sarapan dan minum petang itu kepada hati anda dahulu.
* Tidak ada masa hendak baca? Sebenarnya orang yang cakap tidak ada masa itulah yang banyak masa sebenarnya. Cubalah kita cari ruang-ruang masa yang kosong itu untuk keperluan hati kita, insyaAllah pasti ada! Semoga kita dapat jadikan zikir al-Ma’thurat itu sebagai permulaan sarapan dan minum petang,insyaAllah.

SURAH AL-BAQARAH: 151 & 152
“ Sebagaimana kami telah mengutus kepadamu seorang Rasul (Muhammad) dari kalangan kamu yang membacakan ayat-ayat kami, menyucikan kamu, dan mengajarkan kepadamu kitab (al-Quran) dan hikmah (Sunnah), serta mengajarkan kepadamu apa yang belum kamu ketahui. Maka ingatlah kepada-Ku, Aku juga akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku.”

TAKUTLAH KEPADA ALLAH
*Orang yang takut kepada Allah akan sentiasa meninggalkan apa yang dilarang-Nya, kerana bimbang akan siksaan Allah. Rasulullah SAW ada bersabda; “ Sesiapa yang takut kepada Allah nescaya semua orang takut kepadanya, akan tetapi barang siapa yang takut selain Allah nescaya Allah akan takutkan dia kepada segala-segalanya.”

Saya rasa setakat itu dahulu untuk kali ini, semoga bermanfaat untuk kita semua. Bagi yang dah membaca apa yang saya tuliskan ini, molek kiranya jika anda sampaikan kepada orang lain pula. Memang berat amanah ini, tapi itulah hakikat Dakwah dan Tarbiyah. Beramallah kita seikhlas yang mungkin kerana ganjaran-Nya sangat-sangatlah besar, insyaAllah.

p/s: Saya mohon maaf jika terasa bosan dengan post yang panjang ini.. semoga diberkati-Nya.


By: http://wafazinnirah92.blogspot.com

3 comments:

~nunaa~ said...

alhamdululillah,pengisian yang berguna..
jazakillah~

Fatin said...

> ~nunaa~

Terima kasih, semoga bermanfaat untuk semua, terutama sekali diri ini.. `afwan =D

Sekian,
~permata yang dicari~

zahra said...

alhamdulillah,perkongsian yang bermanfaat..teruskan menulis.

 

Template by BloggerCandy.com