Daripada akhbar yang saya baca, salah satu masalah yang sering timbul ialah penceraian di Malaysia dan fenomena ini semakin meningkat tahun demi tahun.
Timbalan Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Othman Mustafa berkata, sebanyak 27,110 kes penceraian telah direkodkan daripada 135,136 perkahwinan yang telah didaftarkan pada tahun 2009.
Itu baru perkahwinan yang hampir setahun (kira masih dalam gelaran pengantin baru lagi kalau anda perasan) , akhirnya telah menemui penghujungnya. Kes ada yang nyaris2 bercerai kerana salah faham dan cemburu dari hasil hubungan sama ada si isteri ataupun si suami dalam FB masing2.
Mengikut perincian diperolehi daripada data kajian AAML, 66 peratus kes perceraian adalah daripada FB,15 peratus daripada Myspace dan 5 peratus daripada Twitter.
Maka tak hairanlah ,kenapa ulama Mesir mengeluarkan fatwa mengharamkan berFB. Terdapat sejumlah daripada mereka menggunakan FB sebagai satu medan untuk meluahkan perasaan mereka dan tanpa disedari ia mendedahkan aib sendiri ataupun orang lain dan kebanyakannya adalah daripada kalangan kaum hawa (amat dikesali kerana kaum sendiri) terutamanya mereka yang berumahtangga. Dalam teknologi yang semakin canggih, ia boleh dihubungkan dengan telefon bimbit dan mereka tidak terlepas untuk meng'update' status mereka.Tetapi ada dalam kalangan mereka, mereka mahu mendapat pendapat dan resolusi dalam masalah rumah tangga mereka. Semua bergantung pada niat mereka sebenarnya.
Nasihat Ust Zaharuddin,
"Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan runtuhkan hanya kerana FB."
:serba sedikit :
SUKAR BUANG KETAGIHAN?
Penggunaan FB tidaklah salah sebenarnya cuma perlu ada waktu dan kepentingan. Di sini, saya ada selitkan beberapa tips untuk menghilangkan ketagihan anda dalam berFB,yang terdapat di akhbar tersebut.
- Niat ikhlas dan baik: Pastikan niat anda melayari FB untuk kebaikan diri sendiri dan keluarga. Bukan semata2 untuk mencari keseronokan.
- Tetapkan waktu tertentu: Pastikan masa yang sesuai untuk melayari FB dan peruntukkan had masa tertentu. Jangan sepanjang masa asyik di laman itu hingga tanggungjawab sedia ada sama ada sebagai pekerja atau pelajar, juga sebagai suami atau isteri atau ibu atau bapa ataupun anak.
- Utamakan pasangan dan ahli keluarga: Jangan jadikan FB sebagai keutamaan sebaliknya dalam kesibukan menggunakan internet atau FB, letakkan pasangan atau ahli keluarga yang lain di tempat teratas.
Masalah satu per satu yang timbul, sebenarnya kalau kita perasan ini semula, ini adalah masalah hati. Hati ini perlu dirawat. Rawatlah ia dengan beristighfar. Mari kita muhasabah diri kita pada hari ini. Adakah kita asyik menghadap komputer atau laptop hanya kerana FB dan sebagainya?
Adakah tanggungjawab kita sebagai anak, isteri, suami, pekerja, pelajar dan seterusnya sudah selesai? Persoalkan diri kita.
Dan satu lagi. Apabila kita dihisab nanti, Allah akan tanya kita,: Apa yang engkau lakukan sepanjang hidup setelah Aku memberi peluang yang lama untuk engkau?
Tak mahu la untuk kita jawab, : Aku selalu menghadap depan komputer, sibuk melayari facebook dan sebagainya, lantas aku lupa akan tanggungjawab aku di muka bumi sebenarnya."
Adakah itu akan dijawab oleh kita bila kita ditanya oleh-Nya?Tidakkah malu kita pada Allah?
Tepuk dada sendiri, tanyalah bagaimana dengan iman anda.
Maka kita perlu sedarkan diri yang alpa, nafsu yang bermaharajalela dalam diri kita. Kikiskan karat2 jahiliyah yang ada pada diri. Dalam 24 jam sehari, kita boleh manfaatkan pelbagai perkara seperti membaca buku fikrah, menolong ibu bapa, bersenam, dan mencari kerja bermanfaat. Ingatlah kita hidup hanya sekali, tiada yang dua kali, takkanlah kita nak biarkan hidup kita penuh dengan membuang masa. Mukmin tak suka buang masa tau! Oleh itu, rancanglah hidup anda dengan baik. Tak rugi melabur saham kebaikan di dunia, kelak akhirat kita tidak menyesal!
p/s : Peringatan untuk semua dan saya. Kalau dah susah sangat, cuba deactive FB dalam seminggu. Berpuasa FB la katakan :D. Lihat pada hasilnya. Adakah lebih baik daripada sebelumnya? Nak tahu hasilnya? Cubalah. Lebih baik mencuba daripada tak berbuat apa2~ Semoga berjaya kawan2! :) Maaf atas salah dan silap dalam menaip post ini.
Semoga hari ini adalah lebih baik daripada semalam dan esok adalah lebih baik daripada hari ini.~
:Allah knows the best:
Masinnya air laut tidak mampu menyerap ke dalam isi ikan.HATI YANG HIDUP sangat sukar dinodai.
Namun apabila ikan itu mati,secubit garam pun sudah cukup untuk memasinkannya.
Begitulah HATI.
Tp,bila HATI ITU telah MATI, mudahnya dipengaruhi.Moga Allah pelihara hati kita.
Hati yang dipilih Allah untuk mendapat hidayah-Nya sudah tentu hati yang menyesali akan dosa2 nya yang lalu.
1 comment:
perkongsian bermanfaat teruskan..kita kena ingat dalam apa jua yang kita lakukan letak syara' di tangga teratas.kadang-kadang kalau kita nak letak gambar ke.luah rasa tak puas hati ke..fikir dulu.Allah redha ke tak..PERINGATAN BERSAMA
Post a Comment