Pages

Awaken

Sometimes, standing among millions of ghuraba people can raise up our holy and strong spirit to awake this ummah. Wait till we meet in jama'ah and we will hit this universe with the holiest and super incredible new system for the new programme generation. Let's raise our hand and pray for our world.


Total Pageviews

Jadual Tugasan 15zikr

  • Minggu 1 : Syuhada - Ruziah - Iffah Hanna - Aliya
  • Minggu 2 : Nabilah Kamal - Basyirah Ritzuan - Syafiqah Sabbri - Syahirah
  • Minggu 3 : Fatin Nabila - Izzati - Fatimah - Basyirah Z
  • Minggu 4 : Sofiah Hadi - Nadhirah - Nadiah - Fatinah

Saturday, September 18, 2010

Akhirnya



Hati ini rasa seperti tidak mahu meneruskan perjuangan di MATRI apabila menerima berita tentang Murrobi kita iaitu Ust Dahlan Mohd Zain. Dia telah meninggalkan kita pada pagi tadi. Sungguh aku terkejut mendengar lalu menitislah air mata hingga aku dapat menenangkan jiwa ini bagi mengingatkan kembali bahawa semuanya milik Allah, kita hanya pinjaman sementara sahaja di sini. Ustaz ikut Ummi pergi sana. Ustaz nak rehat dah untuk selama-lamanya. Satu demi satu kita sering dikejutkan mendengar tentang kematian. Tahun lepas, 3 orang guru berturut2 dalam masa 2bulan, Ummi Halimaton (Mei), Sir Ghazali (Julai), dan Cg Zainuddin Jusoh (September). Tahun ini pula, Sir Yahya (Jun) dan Mudir kita, Ust Dahlan (September). Sungguh kami mencintai serta menyayangi mereka dengan setulus hati dan jiwa raga kami.

(guna photoscape,tak sempat pakai adobe utk buat yang lebih elok, bila ada masa saya akan buat..maaf!)


“ Kita berjaya bukannya kerana bilangan ahli (pengikut) yang ramai dan kita gagal bukan kerana bilangan ahli ( pengikut) yang sedikit. Yang dinilai oleh Allah SWT adalah kesabaran dan ketabahan kita dalam mengharungi semua cabaran dalam medan dan jalan ini.”

“Kita akan berasa sempit apabila kita memikirkan kitalah yang memulakan dan mengakhiri dakwah ini.. TETAPI apabila kita memkirkan kita ini hanyalah satu mata daripada MATA-MATA rantai yang panjang.. kita akan bergembira dan bersemangat..untuk berjuang kerana kita tahu akan ada orang yang akan menyambung perjuangan kita.. dan orang itu tidak lain tidak bukan ialah generasi pemuda”

(Kata-kata Ust Dahlan yang aku dapat daripada comment2
abg dan kakak lepasan khassah dlm facebook)

Ya Allah, Kau tempatkanlah dan terimalah murrobi2 kami yang amat kami cintai kerana-Mu sebagai ahli jannahtul firdausi dan berikanlah mereka ketenangan ketika berada di sana serta Kau ampunilah dosa2 mereka...
ameen~

Walaupun mereka telah pergi meninggalkan kami utk selama-lamanya, kita seharusnya ingat bahawa perjuangan utk berdakwah tidak pernah berhenti dan tidak akan berhenti walaupun sejenak. Kita adalah pewaris mereka yang akan datang dan kitalah penganti mereka. Teruskanlah perjuangan wahai sahabat2ku. Sungguh mereka gembira jika mereka tahu yang kita berjaya. Banggakanlah mereka dengan kejayaan kita, insyaAllah. Kita bina semangat yang baru! Semangat sebagai seorang pemuda dan pemudi penggerak Islam! Tidak pernah kenal erti penat dan jemu dalam sesuatu perkara. Itulah semangat murrobi kita. Walaupun usia semakin meningkat, mereka tetap bersemangat untuk mengajar kita tentang tarbiyah, yang dahulunya kita tidak pernah tahu dan ambil tahu. Terima kasih wahai guru-guruku, engkau ibarat pelita yang sentiasa menyinar kamar hidup kami dan kami sentiasa menghargainya serta tidak pernah lupa akan jasamu.

~Terima kasih Murrobi.~


(Hayatilah lirik lagu ini)

2 comments:

Syihabudin Ahmad said...

mereka telah pergi dengan tanggungjawab yang diselesaikan..
aku, kamu, dia, mereka bagaimana??

15zikr crew said...

kita mngkin tidak setanding dgn murrobi2 kita, tapi kita akan cuba yang terbaik kerana ia lebih baik daripada tidak melakukan apa2. Usahalah semampu yg boleh, insyaAllah Allah mengira setiap usaha kita.

 

Template by BloggerCandy.com