Pages

Awaken

Sometimes, standing among millions of ghuraba people can raise up our holy and strong spirit to awake this ummah. Wait till we meet in jama'ah and we will hit this universe with the holiest and super incredible new system for the new programme generation. Let's raise our hand and pray for our world.


Total Pageviews

Jadual Tugasan 15zikr

  • Minggu 1 : Syuhada - Ruziah - Iffah Hanna - Aliya
  • Minggu 2 : Nabilah Kamal - Basyirah Ritzuan - Syafiqah Sabbri - Syahirah
  • Minggu 3 : Fatin Nabila - Izzati - Fatimah - Basyirah Z
  • Minggu 4 : Sofiah Hadi - Nadhirah - Nadiah - Fatinah

Sunday, June 20, 2010

Tentang apa?

Sebelum mata ini terlena, ingin sekali jari-jemari ini menaip satu post buat sahabat-sahabat yang diri ini amat mencintainya. Ini juga adalah permintaan seorang teman yang bergelar sahabat. Tetapi tidak diri ini tahu untuk menulis tentang apa. Sungguh! Apalah akan diri ini coretkan buat sahabat-sahabat, amat lengkang idea ini.(Tengah berfikir..)Hah!! Apa itu cinta? Terlintas title tu pula sebab baru-baru ini diri telah ditanya oleh seorang teman yang bergelar sahabat. Beliau minta diri ini untuk menolongnya mencari tentang apa itu cinta kerana di tempatnya susah untuk mencari line untuk surf apa yang dikehendakinya. Beliau kata beliau akan menjadi salah seorang panel dalam satu forum atau mudah untuk dikatakan kuliah maghrib. Dan soalannya berbunyi ‘Apa itu cinta?’..WAH! Sungguh subjektif soalannya. Tak mengapa diri ini pasti akan bantu sahabat yang diri ini amat menyayangi fillah…^__^..Lantas diri ini teruskan pencarian tentang CINTA..apa yang diri ini dapat??


Artikel ini daripada laman web tentang cinta..


Apa itu Cinta?

25 May 2007


Kategori: Artikel Cinta Ungkapan Cinta



Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta. Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya? Di sini saya ingin berkongsi dengan anda tentang apa itu cinta.


Sifat Cinta
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.


Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.


Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.


Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.


Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk
dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.


Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut
dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.


Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat
cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.


Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.


Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan
bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.


Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.

Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?


Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.


www.tentangcinta.com

Selepas diri ini habis membacanya kepada sahabat amat dicintai oleh diri ini. Diri ini amat tertarik akan Cinta Wujud Sejak Dilahirkan. Mari kita sama-sama imbas kembali, sewaktu kita kecil perasaan cinta dan kasih tidak pernah berputik melainkan cinta pada kedua-dua orang tua kita yang bergelar IBU, MAMA, UMMI, MAK dan BAPA, PAPA, AYAH, ABI..(dan seterusnya…lalala~) Mungkin lah pada waktu itu kita baru nak mengenal siapa Rabb kita tapi masih tidak faham tentang-Nya. Cinta kepada-Nya bukan lah PERTAMA tetapi yang UTAMA, jangan lupa juga akan kekasih-Nya, itu juga UTAMA…^__^. Jadi,mari kita beri gelaran CINTA PERTAMA pada ibu bapa. Sayangnya kita pada mereka dan sayangnya mereka pada kita, bagai menatang minyak yang penuh! Tetapi bila sudah merangkak ke alam remaja, mula perasaan cinta beralih. Kepada siapa?..Tepuk lah dada kita, dan tanyalah pada iman, kalau tak siapa lagi ya! Kita pula terlupa akan CINTA PERTAMA kita tu. Kasihan pula pada CINTA PERTAMA kita tu,malah gelaran CINTA PERTAMA tu dapatnya pada orang lain. Kasihan,kasihan! Memang lah fitrah manusia untuk mempunyai perasaan cinta terhadap ehem..ehem.. tapi dengan cara yang halal la dik oit! Cinta itu buta kalau kita membutakan cinta dan merasakan dunia ini bagai ‘AKU DAN DIA YANG PUNYA!’ Fuh!!...Dahsyat tu..Hingga membelakangkan CINTA UTAMA dan CINTA PERTAMA pula tidak dipeduli. Cinta ada undang-undang. Jangan ingat hanya jalanraya sahaja ada undang-undang tau!

Dipetik daripada artikel iluvislam…

UNDANG-UNDANG CINTA
En. Pahrol Mohd Joui telah menggariskan beberapa peraturan dan batasan-batasan untuk bercinta. Di antaranya ialah:

01. Hendaklah cinta kita itu didasari kepada cintakan Allah Taala.
Ertinya, cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah Taala. Allah Taala yang memberikan fitrah itu kepada kita, maka gunakanlah fitrah itu untuk menghampirkan diri kepadaNya.

02. Pastikan semasa menjalinkan hubungan cinta itu tiada hukum Allah Taala yang dilanggar.

Di antaranya ialah tidak ada pergaulan bebas, tidak berdua-duaan di tempat yang sunyi, tidak mendedahkan aurat, tidak mengabaikan asas-asas agama seperti solat dan lain-lain lagi.

03. Jangan mencintai seseorang lebih dari mencintai Allah Taala.

Maksudnya, janganlah kita mencintai seseorang itu lebih hebat daripada kita mencintai Allah Taala. Cintailah seseorang itu seadanya sahaja dan cintailah Pencipta cinta itu lebih dari segalanya.


P/S:- pssttt….COUPLE ITU HARAM DARI SEGI ISLAM SEBENARNYA..

(sahaja diri ini meng’highlight’kan..sebab diri ini memikirkan itu PENTING! Pesanan untuk diri ini jugak!)



CINTA kepada manusia amat melalaikan jika kita tidak mencintainya semata-mata kerana-Nya. Sebenarnya diri ini bukanlah untuk mengajak sahabat-sahabat yang dicintai oleh diri ini fillah yang tidak bercinta untuk bercinta atau mencari pasangan. Sebenarnya diri ini ingin memberitahu dan mengingatkan kita (jika ada) yang sedang hangat bercinta sekarang ini agar sentiasa berjaga-jaga dengan fitnah dunia. Kerana cinta, kita sanggup melakukan apa sahaja walaupun perkara itu bersalahan dengan syarak tanpa kita sedari.(berhati-hati musuh kita selalu berbisik di tepi telinga kita tu)

Ungkapan hukamak ada mengatakan: Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam, cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Allah Taala ertinya takwa.


Perlu fikirkan tentang cinta? Perlu!!! Perlu fikirkan!! Diri ini setuju jika anda memikirkan tentang cinta, tapi diri ini ingin sarankan kita memikirkan CINTA UTAMA. Kerana yang itulah cinta SEBENAR kita, lantaran itulah yang cinta HAKIKI. Cinta manusia tak akan ke mana, takat di dunia sahaja. CINTA UTAMA pasti membawa kita ke tempat yang ‘best’, yang ‘best’ lagi dari panggung wayang, shopping complex, time square dan blablabla…Sibukkan diri dengan berkalam dengan-Nya dan jangan biar ia terputus walaupun sekali. Perasaan cinta manusia amat susah untuk dipadamkan tapi cinta Allah adakah mudah untuk disematkan di jiwa ini walaupun sekali? Hanya perkataan bukanlah dari hati. Sama-samalah kita muhasabah diri semula.





Carilah ilmu dan perangi godaan hawa nafsu.
Kata mahu Islam maju tetapi masih malas baca buku !

Wahai remaja,

Ini bukan hanya peringatan. Ambil jadikan pedoman. Jadilah remaja cemerlang yang beriman. Bukan sampah masyarakat yang tidur di laluan najis buangan.

Ayuh berjuang demi maruah remaja ISLAM dan generasi MUSLIM sedunia !



"Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam,supaya kamu jangan menyembah Syaitan! Sesungguhnya ia musuh yang nyata bagi kamu.Dan(Aku perintahkan): Hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus. Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka)maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf ? " Yaasin : 60-62

(Kata-kata ini dipetik dari artikel iluvislam.com)


Done-typing on 1.31 a.m.,Sunday, 20th June 10.






No comments:

 

Template by BloggerCandy.com