Pages

Awaken

Sometimes, standing among millions of ghuraba people can raise up our holy and strong spirit to awake this ummah. Wait till we meet in jama'ah and we will hit this universe with the holiest and super incredible new system for the new programme generation. Let's raise our hand and pray for our world.


Total Pageviews

Jadual Tugasan 15zikr

  • Minggu 1 : Syuhada - Ruziah - Iffah Hanna - Aliya
  • Minggu 2 : Nabilah Kamal - Basyirah Ritzuan - Syafiqah Sabbri - Syahirah
  • Minggu 3 : Fatin Nabila - Izzati - Fatimah - Basyirah Z
  • Minggu 4 : Sofiah Hadi - Nadhirah - Nadiah - Fatinah

Saturday, June 16, 2012

.::Always by Our Side::.

Assalamu'alaikum wbt.
Just a short and simple post from me, special for all of you out there!


Allah never promises us days without pain,

Laughter without sorrow,

Sun without rain,

BUT….
He did promise STRENGTH for us every single day.
Let’s stay positive and be happy!


AND…..
Remember that no matter how difficult life is,
Allah is always by our side. ALWAYS~~
Stay close to Him.





I believe Allah. We believe Allah!
Let's show our love towards Him by practicing Islam in our whole life, in every actions we did. Will ya?


*I hope that it's not too late to wish Aliya Roseli (15th June) "Happy Belated Birthday". May Allah's bless bring happiness to you^^.You're now 20 sweetie...Ohh...and I'm still 19 :P





Halaqah Cinta :)


i say...

bulatan gembira itu halaqah cinta...
bulatan gembira itu usrah yang membina iman dan akhlak...
bulatan gembira itu gathering ukhuwah...
bulatan gembira itu study circle...
bulatan gembira itu sharing terbaik segala suka duka...
bulatan gembira itu sangat sweet dan best...


yang akan tercapai,
cuma apabila kita hadirkan hati kita dalam bulatan gembira tersebut.
DAN bersedia untuk diproses menjadi hamba rabbani :)
apabila semuanya lillahi taala...



PESANAN PENAJA ^_^ :
jadi, macam mana dengan bulatan gembira kita sekarang???
membina iman? 
mengeratkan ukhuwah fillah? 
mendidik dan mengisi jiwa? 
mendorong kita untuk bergerak memperbaiki masyarakat? 

DAN yang paling penting, sampaikah kita dengan matlamat MARDHOTILLAH?


"Tarbiyah bukanlah segala-galanya, tetapi segala-galanya bermula dengan tarbiyah."
(kerana tarbiyah merupakan tunjang kepada penghayatan ruh pendidikan 
pembentukan keperibadian mukmin)


jom sama-sama kita usaha supaya bulatan gembira kita adalah halaqah muntijah (efektif)....
 ♥ ♥ ♥ 

Friday, June 8, 2012

Dua'

i made it by using SAI Paint Tool :)



As Muhammad and his companion will also ask dua' between of them ~
"Pray for me , for His sake !"
This is the way to connect with Him.
Indeed this is the best gift ever , you can count on me !
We don't need those stuff we just need your dua' , dear fellow !
and we pray for blessings right ? :3


" He causes the night to enter in upon the day, and causes the day to enter in upon the night, and He has made subservient the sun and the moon, each one moves to an appointed time. This is Allah, your Lord; His is the kingdom. And those whom you call upon besides Him own not a straw.If you call on them, they hear not your call; and if they heard, they could not answer you. And on the day of Resurrection they will deny your associating them (with Allah). And none can inform thee like the All-Aware One. "

(Al-Fatir : 13-14)






ARD's Doodle :3

Thursday, June 7, 2012

SEBELUM KE KEHIDUPAN BARU..~



Assalamualaikum…kali ini tugas saya post something dalam blog ini..teruskan membaca..
 
  Sejak akhir2 ini, ramai yang saya dengar akan melangsungkan perkahwinan..alhamdulillah..classmate saya pun ada yg dah bertunang dan sebagainya..alhamdulillah…jodoh mereka awal..tak kurang juga ada dikalangan kita, bila dengar dia ni dah kawin, dia tu dah kahwin, kita pun menggeletek nak kahwin juga..yer... tak salah nak kahwin awal..tapi perlu ada cara..cara yg macamana??cara yang diajari oleh islam..cara yang syara’..cara yang diredhai dan diberkati olah Allah..takkan lah kita nak mulakan permulaan rumahtangga kita dengan maksiat kan? Dengan cara yang kotor dan Allah tidak suka… banyak keburukan yang kita akan dapat selepas kita kawin bila melakukan perkara haram sebelum kita ni ‘halal’..

 Pada cuti semester saya yang lepas, saya ada mengikuti satu program’ daurah pelapis bersama TN Rosdi Baharom..ayat yang masih segar dalam ingatan saya buat masa sekarang ialah “JIKA AKU PERLU DERHAKA PADA ALLAH, LEBIH BAIK AKU TAK PAYAH KAHWIN”…pakcik ceriter, disebalik ayat ini ada satu kisah tentang seorang wanita yang sangat jaga dari segi pergaulan dan perlakuan..bila ada teman2 nye tanya, “eh, ko ni tak ada couple ke??macamana nak kahwin??..kalau ko tak kenal sorg jantan pun”..dia jawab seperti ayat diatas ler…hmm..tengok..maksud ayat dia ..jika dia perlu buat maksiat seperti msg, keluar date dan perkara2 tu mestilah Allah murka, lebih baik dia tak yah kahwin..sebab kita nak masuk syurga dengan rahmat Allah..urusan jodoh adalah urusan Allah semata..Allah tahu yg terbaik untuk kita..kenapa perlu kita gusar? Sedangkan Allah dah janjikan dalam Alquran, wanita yang solehah untuk lelaki yang soleh..dan begitu pulak sebaliknya..apa yang perlu kita lakukan sekarang adalah minta kat Allah sungguh2 dan menaikkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT..

  Cuti saya banyak yang saya pelajari tentang kehidupan..kerana saya banyak meluangkan masa bersama saudara mara saya dan masyarakat sekeliling saya..apa yang saya dapat buat kesimpulan dengan cara hidup mereka amatlah saya kecewa..acapkali saya diajukan soalan tentang COUPLE atau KEKASIH atau BOYFREIND atau TEMAN LELAKI..naik muak saya nak jawab..bila saya cakap saya takde, diorang tak percaya..diorang anggap, zaman sekarang TIPULAH bila remaja macam saya ni tak berKASIH..seriously??..bila saya kaitkan dengan islam, diorang kata saya ni KOLOT dan KETINGGALAN ZAMAN? Humm…padahal itu yang ISLAM ajar…dAn diorang sememangnya tahu COUPLE tu HARAM…sebab banyak ustaz dalam TV cakap HARAM..kenapa jadi macam tu??itu kerana.. diorang tak yakin dengan hukum hakam Allah..dan diorang boleh main2..nauzubillahmin zalik..**sebelum saya buat umrah, saya ada buat satu appointment dengan seorang tukang urut..kerana waktu tu kaki saya tersangatlah sakit hingga tak boleh bergerak..sedang makcik urut tu urut2 kaki saya, saya cuba bawa bersembang dengan dia..bila kami dah agak selesa, dia mula bertanya saya itu dan ini, saya jawab jer ..sampai satu masa dia tanya tentang BOYFREIND saya yg tak wujud tu..=.=”..saya jawab, ‘eh, makcik, saya takde BUAYA2 FRIEND ni..’..tahu apa respons makcik tu?..dia ajar saya macamana nak TACKLE jejaka idaman SEDUNIA..Ya Allah..makcik ni..saya dengar dan buat pekak jelah..hmm..itulah reality masyarakat sekarang…

 Banyaklah kejadian yang berlaku semasa saya cuti ni..ada yang kata, kalau tak couple, susah nak kahwinla,..susah nak cari lelaki zaman sekarang ni coz banyak dah tukar jd FONDAN…macam2la..

 Apa yang saya nak cuba bawakan, jangan mulakan perkahwinan kita dengan dosa kerana itu hanya membawa kepada KEMURKAAN ALLAH..dan JANGAN gusar…kerana urusan JODOH adalah urusan Allah..apa yang cuba kita lakukan sekarang ini adalah..cuba menjadi seorang wanita MUSLIMAH , MUKMINAH , MUSLEHAH YANG BERLARI MENUJU TAQWA..wsalam..

  Apa yang baik ambil , apa yang buruk jangan ambil..baca jer..insyaallah semua dalam ni baik2 ajer..maaf kalau terkasar bahasa or apa2la..ok…

Friday, June 1, 2012

Nilai Sebuah Persahabatan


Dah lama menyepi dari menulis dalam blog 'batch' ini. Kadang-kadang terfikir kenapa lah satu tanggungjawab itu boleh dipandang ringan sedangkan amanah itu berat. Jadi hati ini terpanggil untuk mencoret sesuatu.

Posted by:~nurizbah~

Wednesday, May 30, 2012

Telahkah Aku Berukhwah??




Seorang pemuda bernama Hassan, keluar dari kampungnya dengan menunggang seekor unta untuk membuat satu perjalanan yang jauh. Setelah lama menunggang, dia keletihan lalu turun dari untanya dan bersandar di sebatang pokok lalu tertidur. Setelah sedar dari tidurnya, didapati untanya tidak ada. Hassan lalu terburu-buru mencari untanya itu. Dalam keadaan cemas dan bimbang itu, Hassan terjumpa untanya tetapi telah mati. Alangkah hairan dan marahnya Hassan.

“Pakcik yang membunuhnya,” kata seorang tua yang ada di sisi bangkai unta itu. “Tetapi bukan sengaja,” sambung orang tua itu lagi. “Ketika unta ini memakan tanaman pakcik, pakcik lontar dengan batu kecil. Kena betul-betul di kepalanya. Lepas itu, ia berpusing-pusing dan jatuh lalu mati.” Orang tua itu bercerita menerangkan kejadian yang sebenarnya.

Hassan dalam keadaan bingung kerana terkejut dari tidur dengan tiba-tiba mencabut pedangnya dan dihayun ke arah orang tua itu dan terpenggallah leher dari badan. Hassan seakan-akan baru bermimpi tersedar dari kejadian itu dan menyesal yang amat sangat. Hassan lalu mencari keluarga si mati dan menceritakan segala-galanya. Dua orang anak lelaki orang tua itu terus membawa Hassan kepada Amirul Mukminin hari itu juga.

Lalu Hassan pun dihadapkan ke mahkamah pengadilan. Amirul Mukminin sendiri yang menjadi hakimnya. Dengan dihadiri oleh beberapa orang Sahabat, perbicaraan pun dijalankan. Sayyidina Umar selaku hakim setelah mendengar pengakuan Hassan sendiri, telah menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Hassan. Mendengar itu Hassan berkata:

“Demi Allah, saya lebih sanggup dibunuh di dunia daripada mendapat hukuman Neraka di akhirat . Tapi, wahai Amirul Mukminin, saya minta ditangguhkan hukuman itu dalam beberapa hari kerana saya mohon untuk memberitahu ibubapa saya, anak isteri saya dan saudara-mara tentang perkara ini. Mereka semua belum tahu dan kerana jauhnya dari sini tentu mereka tak akan tahu kalau saya tidak memberitahunya.”

Sayyidina Umar kerana tegas dan adilnya menjawab, “Tidak!. Tiada jaminan bahawa engkau datang lagi untuk menjalani hukuman ini.”

Hassan merayu lagi, “Kasihanilah saya tuan hakim. Semua orang yang mengasihi saya sedang menunggu keputusan saya. Mereka tentu tertanya-tanya kalau saya tidak pulang memberitahu tentang perkara ini.” Sekali lagi, Sayyidina Umar menunjukkan ketegasan dan keadilannya, “Tidak!!,” katanya.

Kali ketiga Hassan merayu, tiba-tiba salah seorang Sahabat bangun dan berkata, “Sekalipun saya tidak kenal saudara Hassan, namun atas nama Sahabat Rasulullah, saya minta tuan hakim memperkenankan permohonan Hassan. Jika sekiranya Hassan tidak datang pada hari akan dijatuhkan hukuman, maka biarlah saya yang dihukum.”


Dengan jaminan yang diberikan oleh Sahabat itu, Abu Zar, Sayyidina Umar pun membenarkan hukuman itu ditangguhkan. Dan Hassan pun dibenarkan pulang setelah menentukan tarikh yang akan datang. Sesampai di rumah, Hassan terus memberitahu keluarganya tentang apa yang berlaku dan berkata, “Biar saya jalani hukuman di dunia dari hukuman di Akhirat.” Menangislah ibubapa dan anak isterinya. Tetapi Hassan tidak lemah semangat terus dipacunya kuda menuju ke tempat pengadilan. Dia lebih takut pada Allah daripada anak isteri. Dia lebih cintakan Akhirat daripada dunia.

Di pertengahan jalan, tiba-tiba tali pacu kudanya putus. Hassan cemas kalau-kalau dengan itu, dia terlewat sampai. Bagaimanapun dengan susah payah, Hassan dapat membetulkan tali kekang kudanya dan akhirnya dapat meneruskan perjalanannya. Tetapi sudah lewat.

Di padang tempat hukuman hendak dijalankan, kerana kelewatan Hassan, semua yang menanti sangat cemas. Mereka cemaskan Abu Zar yang terpaksa menggantikan tempat Hassan. Dalam suasana kecemasan yang memuncak, tiba-tiba berbalam-balam di kejauhan semua yang hadir nampak kuda pacuan berlari kencang menuju ke tempat itu. Setelah yakin Hasaan yang datang, mereka bertempik: “Allahu Akbar! Allahu Akbar!”

Suasana tiba-tiba bertukar menjadi sedih dan terharu. Betapa jujurnya anak muda Hassan memegang janjinya sekalipun nyawanya akan melayang. Sebaik sahaja turun dari kudanya, Hassan menghadap tuan hakim dan berkata, “Demi Allah, saya tidak berniat untuk menempah kelewatan ini. Tali kuda saya putus di tengah padang pasir. Puas saya usahakan mencari tali untuk menyambungnya. Alhamdulillah, saya dapat dan selamat tiba ke sini, tuan hakim.” Kemudian katanya lagi, “Sebelum saya dihukum bunuh, izinkan saya bersolat dua rakaat.”

Sayyidina Umar pun membenarkan. Dalam doa akhirnya, Hassan berdoa: “Ya Allah, ampunkan keterlanjuranku dunia dan di Akhirat.” Selesai menyapu muka, Hassan pun menghadap menyerahkan dirinya untuk menjalani hukuman bunuh. Tetapi pada saat yang genting itu, tiba-tiba kedua beradik anak si mati menghadap tuan hakim dan berkata:

“Kami telah menyaksikan kejujuran dan keikhlasan saudara Hassan dan telah kami saksikan juga keberanian dan kasih sayang saudara Abu Zar. Juga telah kami saksikan ketegasan dan keadilan Amirul Mukminin menjalankan hukuman Tuhan. Hasilnya, kami memperolehi kekuatan untuk meredhakan kematian ayah kami dengan memaafkan saudara kami, Hassan. Lepaskanlah saudara Hassan daripada hukuman, wahai Amirul Mukminin.” Mendengar itu sekali lagi, padang itu bergema dengan laungan: “Allahu Akbar! Allahu Akbar!”

Mereka semua bersyukur kerana terampunnya seorang saudara mereka dari hukuman di dunia dan Akhirat. Insya-Allah.
   





-Wallahu alam..-

Friday, May 25, 2012

Pendengaran, penglihatan, pemikiran serta tarbiyah

Assalamualaikum..
 maaf atas kekurangan, ingin berkongsi walaupun ilmu yang ditimba tidak banyak...
setiap hari kita berdoa ya Allah sihatkanlah tubuh badanku, sihatkanlah pendengaranku, sihatkanlah penglihatanku...
 dalam al-Quran Allah akan mendahulukan pendengaran sebelum penglihatan..ini kerana Allah mengurniakan pendengaran kepada kita semenjak kita berada di dalam perut ibu kita.. (aduh susah la pulak gne bahasa formal ni..)
  semalam ada menghadiri satu program usrah... penceramah ada menceritakan tentang keajaiban pendengaran.. kalau seseorang tu tak mendengar..dia tidak akn pandai berbicara. kebanyakan orang tahu hal ni.. dan orang yang tidak mendengar dan berkata-kata ni, di dalam kitab fiqh mengatakan mereka tidak diwajibkan untuk solat kerana mereka tidak mampu untuk belajar apa-apa selain pergerakan sahaja.. walaupun zaman mellinium kini banyak menyediakan kemudahan yang membolehkan kita belajar.. tapi mereka tidak mampu.. fikirkanlah..
 Peringatan untuk orang-orang yang mendapat nikmat..tapi tdak bersyukur. Dan disebutkan juga tentang ayat yang diterangkan begini: neraka jahannam akan dipenuhi oleh orang-orang yang mempunyai hati tapi, tak guna untuk menghayati kebesaran dan keagungan Allah.. ada telinga, tapi tak nak dengar perkara-perkara yang baik.. ada mata tapi tak nak melihat perkara yang baik..
astaghfirullahalazim..siapalah kita disisiNya...pendengaran kita biarlah disertakan tarbiyah dan hidayah..

    Allah kurniakan kita penglihatan, selepas pendengaran... apa-apa yang kita lihat biarlah disertakan 'deep thinking' iaitu hidayah... contohnya.. bila nampak excident, ucaplah mashaAllah...jangan biarkan fikiran kita seperti orang-orang biasa..sertakan dengan keimanan.. segala apa yang kita lihat.. pastikanlah ianya disertakan hidayah dari Allah, sebab, insya Allah kurang untuk melihat perkara maksiat...

maaf atas kekurangan coretan ini...setakat ini dahulu..sekian terima kasih..huh~ ^ ^

 

Template by BloggerCandy.com