Pages

Awaken

Sometimes, standing among millions of ghuraba people can raise up our holy and strong spirit to awake this ummah. Wait till we meet in jama'ah and we will hit this universe with the holiest and super incredible new system for the new programme generation. Let's raise our hand and pray for our world.


Total Pageviews

Jadual Tugasan 15zikr

  • Minggu 1 : Syuhada - Ruziah - Iffah Hanna - Aliya
  • Minggu 2 : Nabilah Kamal - Basyirah Ritzuan - Syafiqah Sabbri - Syahirah
  • Minggu 3 : Fatin Nabila - Izzati - Fatimah - Basyirah Z
  • Minggu 4 : Sofiah Hadi - Nadhirah - Nadiah - Fatinah

Thursday, July 14, 2011

3 Questions to be Pondered

~Our journey of life~

Bismillahirrahmaanirrahim..
Pertama dan selamanya, syukur pada Allah yang memberikan kita berbagai2 nikmatNya, dari sekecil2 nikmat hinggalah sebesar2 nikmat, iman dan Islam. Maha Pengasihnya Allah, masih meminjamkan kita oksigen untuk kita bernafas. Allah jualah yang meminjamkan tubuh ini, kudrat yang ada pada kita-untuk bergerak, belajar, berfikir dan macam2 lagi.

Em, sebenarnye nak share dgn kalian tentang 3 persoalan asas dlm hidup kita. Agak2 ingat lagi tak?=> Walaupun ramai yang dah dengar, tapi tak salahkan untuk same2 ingatkan diri kita kembali..
The 1st Question is..

منأين جئتُ
Dari mana kita datang?

Cuba jawab..Ya, mungkin anda memberikan pelbagai jawapan.Dari tanah, keturunan nabi Adam,dan sebagainya. But, the most accurate answer is we come from Allah. Is it right? Yes,definitely. Firman Allah:

" Maka sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah,kemudian dari setitis mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu; dan kami tetapkan dalam rahim menurut kehendak kami sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian kamu keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian dengan beansur-ansur kamu sampai kepada usia dewasa, dan dia antara kamu ada yang diwafatkan dan ada pula di antara kamu yang dikembalikan sampai usia sangat tua, sehingga dia tidak lagi mengetahui sesuatu yang telah diketahuinya...". (al-Hajj:5)

The 2nd question:
لماذا جئتُ؟
Kenapa kita didatangkan ke dunia ini?

Jawapannya: - "Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu."
(Adz- Dzariyaat: 56)
Walaupun kita dah selalu dengar ayat ni, tapi kita nak ulang sampai ayat ni sebati dalam diri kita. Bagaimana kita bawa konsep ibadah tu dalan hidup kita? Dari segi belajarnya, interaksi kita, pergerakan seharian kita..Cuba kita check balik dan perbaiki diri.

The 3rd question:
إلى أين المصير؟
Ke mana kita akan kembali?

" Dan sesungguhnya kepada Tuhanmulah kesudahan segala sesuatu"
" Dan sesungguhnya Dialah yang mematikan dan menghidupkan" ( an-Najm:42&44)

Inilah persoalan2 asas yang perlu selalu kita tubi pada hati kita dan mendarah dagingkan dalam diri kita supaya kita benar2 yakin dan dapat beramal dengannya, insyaallah. Kerana kita pasti bahawa suatu hari nanti kita akan pulang bertemu Allah, jadi apa bekalan yang dapat kita kumpul untuk kembali menghadapNya. Marilah kita beramal sebaiknya di dunia ini supaya nanti kita kita tidak pulang bertemu Allah dalam keadaan yang muflis.





Monday, July 11, 2011

Persiapan dengan puasa

"Diriwayatkan dari Aisyah r.a. :dia berkata,'Rasulullah s.a.w. berpuasa sehingga kami mengira beliau tidak berbuka.Dan baginda berbuka hingga kami mengira baginda tidak berpuasa.Tidaklah kami melihat Rasulullah menyempurnakan puasanya sebulan penuh selain bulan Ramadhan,dan tidaklah kami melihat baginda berpuasa lebih banyak selain bulan Sya'ban."

(H.R Imam Bukhari)


Kita bagaimana?

Sunday, July 10, 2011

RESULT

Selama penantian di rumah menanti keputusan dari Universiti akhirnya keputusan yang dinanti keluar. Saat menerima perkhabaran ‘result’ sudah keluar, hati berdebar, otak ligat menenangkan hati yang ‘full’ dengan ‘confident’. Saat jejari lincah menekan ‘keyboard’ computer,debaran di hati bertambah kencang. Akhirnya ‘result’ terpapar di skrin computer. Hati tersentak….ada ‘something’ yang kurang dengan ‘result’ ini….’subject’ yang selalu bolehskor tidak dapat mencapai target…turun mendadak…di luar terpamer senyuman tetapi dalam hati menangis hiba- hanya Allah yang tahu-tak dapat menerima hakikat…ayah memujuk diri,emak melapangkan hati,tapi kesedihan tetap ada sehinggalah dapat mesej dari sepupu yang rapat dengan empunya diri…kata-kata yang membuat air mata berlinangan, lidah kelu berbicara, hati mula menerima hakikat yang Esa..mesej itu datang pada masa yang tepat untuk mengelakkan diri terus terjerumus ke lembah yang jauh dari-NYA..


INILAH MESEJ YANG DITERIMA^^



Memang kita akan sedih,kecewa,geram pabila hajat yang diinginkan tidak kesampaian..sebagai insan yang masih bergelar ‘student’ sudah pasti kita ada target yang ingin dicapai…tapi kekadang Allah tangguhkan kejayaan kita dan kemungkinan ada ganjaran yang DIA tetapkan untuk kita tapi cuma masanya belum tiba…percayalah dengan janji Allah…sebagai insan yang bergelar ‘student’ semasa menjawab ‘exam’ kadang-kadang kita fikir kita sudah mencurah sebaik mungkin tapi kita lupa bahawa segalanya harus disandarkan pada-NYA…kita lupaka DIA semasa gembira…kita hanya mengharapkan usaha kita semata-mata yang akan membuahkan kejayaan tanpa kita sedar semuanya dengan keizinan Yang Maha Esa jua..kita ‘over confident’ sehingga melupakan DIA…tapi DIA tak pernah melupakan kita…dengan DIA memberi ‘result’ kita merudum membuat kita muhasabah diri semula…merapatkan kembali jurang kita dengan DIA…itu bukti DIA tak pernah lupakan kita…tiap kali kita mula jauh sikit dari-NYA…Dia bagi isyarat dengan menghantar ujian-NYA kepada kita…Sesungguhnya Allah tidak memerlukan kita tapi kita yang memerlukan ALLAH.

Bila direnung kembali saat kita melihat atau mendapat ‘result’ di dunia tidakkah kita memikirkan saat kita akan mendapat ‘result’ akhirat yang berkemungkinan merasakan kita insan yang paling bertuah atau insan yang bukan dalam golongan rahmat-NYA. Moga kita berada dalam golongan yang mendapat rahmat-NYA

P/S: Ramadhan bakal menjelang…bersamalah kita rebut saat yang hanya setahun sekali tiba.. Allahuma Barikna Fi Rajab Wa Sya'ban,Wa Balighna Ramadhan..kemungkinan tahun lepas ataupun inilah Ramadhan terakhir kita..

Posted By: NURIZBAH

Sit Back and Relax


Sit back and relax , lend your hears for this beautiful song,
I believe by Irfan Makki feat Maher Zain .
Feels the music in your hearts and understand the every wordy words . Awww sweet . I love it so much ! Do you believe it ? Hear first , I am sure that you will loving so mucchh ! Cause I believe every heart of muslims will be falling in love the rythm about Him .



When you're searching for the light
And you see no hope in sight
Be sure and have no doubt
He's always close to you

He's the one who knows you best
He knows what's in your heart
You'll find your peace at last
If you just have faith in Him

You're always in my heart and mind
Your name is mentioned every day
I'll follow you no matter what
My biggest wish is to see you one day

Chorus:
I believe
I believe
Do you believe, oh do you believe?

Coz I believe
In a man who used to be
So full of love and harmony
He fought for peace and liberty
And never would he hurt anything
He was a mercy for mankind
A teacher till the end of time
No creature could be compared to him
So full of light and blessings

You're always in my heart and mind
Your name is mentioned every day
I'll follow you no matter what
If God wills we'll meet one day

Chorus

If you lose your way
Believe in a better day
Trials will come
But surely they will fade away
If you just believe
What is plain to see
Just open your heart
And let His love flow through

I believe I believe, I believe I believe
And now I feel my heart is at peace

Chorus

I believe I believe, I believe I believe

Pesanan ikhlas buat kalian bergelar gadis~



Jangan kerana cinta,kerana kata-kata manis dr seorang lelaki mampu menggoyahkan iman anda...lalu anda mencabut rasa malu dan bangga melakukan dosa yg blh menjerumuskan anda ke dalam lembah penzinaan..jangan kerana ugutan akan ditinggalkan boleh mengubah prinsip hidup anda untuk memelihara maruah dan harga diri..itu suatu tipu helah untuk si lelaki memuaskan nafsu semata-mata..percayalah..!! lelaki yang soleh itu,takkan sesekali melihat aurat anda,takkan sesekali meminta untuk melihatnya,takkan sesekali memanggil anda dengan panggilan manja sebelum menjadi yg halal buat anda..lelaki yang soleh takkan meluahkan rasa cinta dan rindunya pada anda...lelaki yang soleh takkan sesekali merosakkan cinta yg suci itu..duhai gadis, binalah benteng iman dalam diri kalian,jangan menjaja nama untuk dikenali kaum adam,tak usah mengurangkan harga diri kalian,tak perlu memurahkan nilai keperempuanan anda...


aku bukan solehah untuk mencoretkan ini dan ini pada kalian..

cuma,kerana nilai kasih-sayang dan rasa tanggungjawabku aku melakukan ini,khas untuk kalian yang masih GADIS PERAWAN..

terus bangkit dari tipu daya seorang lelaki...yakinlah,lelaki yang baik takkan mensia-siakan usianya dengan menabur janji manis pada kalian..lelaki yang baik akan menggunakan masa remajanya untuk menjadi seorang yang terbaik sebagai persediaan menjadi imam anda..masih ramai lelaki yang baik sedang menanti permaisuri hatinya,mereka impikan bakal isteri yang solehah,yang hari-harinya digunakn untuk amal ibadah...


di akhir pesananku..

andai anda pernah terlanjur dalam dosa yang diciptakan,belum terlambat untuk anda meminta taubat dan keampunan pada Illahi.kerana Allah Maha Pegampun..mintalah sebelum terlambat!.belum terlambat untuk anda menjadi solehah agar lelaki soleh mampu mendampingi hidup anda...hanya lelaki soleh mampu memberi kebahagiaan romantis yang sebenar iaitu di alam perkahwinan..bukan memberi kata-kata romantis di alam "couple"..itu semua hanyalah DUSTA dan TIPU MUSLIHAT dari seorang lelaki..

anda terlalu mahal untuk menjadi tatapan umum...anda terlalu cantik untuk dijadikan mangsa nafsu lelaki...pelihara diri mu,selubungi rasa malu dalam diri kalian...^^



by: Soleha Rafiee in her FB on 8th July 2011 .

Monday, July 4, 2011

Bertemu dan berpisah~



Ingatlah sahabat…
Bunga itu menguntum indah,
Menyeri dan mekar memerah,
Dipuji dengan berbagai-bagai madah,
Esoknya bunga itu gugur ke tanah,
Serpih demi serpih ia punah,
Tanpa daun dan kelopaknya musnah.

Sahabatku…
Engkau bukan layu seperti bunga,
Dan aku bukan kumbang yang akan mengambil madunya,
Lambang bunga lambang sementara cuma,
Tetapi perjuangan kita tiada penghujungnya,
Daerah kita bukan daerah cinta,
Bukan masanya untuk memujuk kasih asmara,
Tiada senda gurau memanjang yang meleka,
Kerana kita dalam memperjuangkan agama.

Sahabatku..
Disini uda dan dara telah berkubur,
Kita bina atasnya jihad yang subur.

Ingatlah sahabat…
Bumi kita bumi yang payah,
Penuh peluh, air mata dan mungkin darah,
Bila kita jejak tapaknya perlu punyai wadah,
Ikuti dibelakang ulama’ supaya tak goyah,
Bila dikatakan pada mu: Perjuangan itu amat susah,
Kau katakanlah kembali: Aku mengharap hanya keredhaan dari Allah.

Sahabatku…
Semalam telah layu sekuntum bunga,
Telah gugur dari jambangannya,
Tetapi itu bukan perjuangan kita,
Bukanlah itu sebagai lambangnya,
Mulut telah kaku untuk bertanya,
Hati malu untuk memikirkannya,
Tidak seperti dahulunya,
Kita kuat berhujah dan bersuara.

Ingatlah sahabatku..
Kerana dulu dan kini kita tetap seorang mujahid,
Yang merindukan dan memburu syahid,
Maaf kiranya tuturku yang pahit.

Senyumlah sahabat..
Senyumlah dan serilah wajah,
Walau pudar dan hambar datang tak sudah,
Belajarlah menjadi seorang mujahid dan mujahidah,
Doaku agar kita berani seperti Hamzah,
Malah punyai semangat seperti Sumaiyah
.

Friday, July 1, 2011

matri??

bismillahirrahmanirrahimm

sedikit perkongsian dan pengalaman diri..

...hm,pernah tak ada sahabat anda tanya, 'kenapa dengan matri? apa istimewanya matri? kenapa saya baru tau pasal matri? ape tah lagi sekolah tu.. smakl..apa yang bestnya?'

pernah tak ada orang tanya kepada anda soalan yang lebih kurang bunyinya begitu? dan apakah yang anda jawab? di ktd,kolej teknologi darulnaim, selalu sangat dengar persoalan ne. maklumlah, bila ada student baru masuk, msti orang tanya dari mane, akan ada yang jawab, 'dari matri'.. dan orang akan cakap, "matri lagi.."

pernah tak jugak, anda sebagai student matri, di persoalkan, kenapa pelajar matri macam ne? couple je jugak. kuar je ngan laki pompuan. sama je la cam sekolah lain.. adus.. susah btul nak jawab. kalau kita jawab, matri ne ada tarbiah, tak macam sekolah lain. ada lagi suara lain mempertikaikan. "kat sekolah aku pun ada gak tarbiah. maahad jugak.." kadang2, buntu nak jawab.

kadang2 malu jugak nak mengaku student matri, perangai budak matri pun xda beza sangat pun ngan orang luar. lebih kurang je, walaupun tak semua orang macam tu. kerana perangai kita, MATRI yang dapat nama.. ish3..

pikir punyala pikir, tetiba Allah izin, sepasang couple lalu di hadapan mata, berpelukan naik motor bersama. lalu ku utarakan, "diorang ne harap je islam kan..".. lalu sahabatku mengangguk tanda setuju. dan ku berkata lagi "hm,awak rasa, agama islam tu ke yang salah sebab ajar diorang camtu?" dengan pandangan seribu keanehan, dia memandangku. pelik.
dan ku menyambung,"jangan salahkan agama yang mengajar, tapi diorang sendiri yang salah. ada ke agama islam ajar peluk2 bukan muhrim, berdua2an? ada kah?" senyap seketika. "camtu la jugak ngan matri, matri tu special, tak tau nak cakap cane. ex matri yang dah kuar, yang perangai truk2 tu, bukan salah matri. tak pernah pun matri ngajar gitu." dan dia hanya mengangguk..

conclusion, jangan kerana kita yang buat perangai, islam yang dapat nama. weh..malu la..dan jangan biarkan sahabat2 kita yang mungkin dah jauh, kita biarkan camtu je. sama2 la kita berubah ke arah yang lebih baik. moga Allah hadiahkan hidayahNya kepada kita. amin... dan berpesan-pesanlah ke arah kebaikan..

hadiah untuk anda..
 

Template by BloggerCandy.com