Pages

Awaken

Sometimes, standing among millions of ghuraba people can raise up our holy and strong spirit to awake this ummah. Wait till we meet in jama'ah and we will hit this universe with the holiest and super incredible new system for the new programme generation. Let's raise our hand and pray for our world.


Total Pageviews

Jadual Tugasan 15zikr

  • Minggu 1 : Syuhada - Ruziah - Iffah Hanna - Aliya
  • Minggu 2 : Nabilah Kamal - Basyirah Ritzuan - Syafiqah Sabbri - Syahirah
  • Minggu 3 : Fatin Nabila - Izzati - Fatimah - Basyirah Z
  • Minggu 4 : Sofiah Hadi - Nadhirah - Nadiah - Fatinah

Friday, April 9, 2010

Jom ikut program reunion gen15 sahibah...

Pengumuman: ''PROGRAM ALUMNI 15zikr''
Prog. ALUMNI 15zikr akan diadakan pada 17-20 April bertempat di MATRI.Semua pelajar MATRI tingkatan 1 tahun 2005 - tingkatan 5 tahun 2009(generasi 15,puteri) dijemput menghadiri program ini.Sahabat2(puteri shj) KEM JATIDIRI siri 1 juga dijemput bagi mmeriahkan lagi program ini.
Yuran penyertaan dikenakan hanya sebanyak RM15 seorang.Namun sumbangan adalah amat digalakkan.
Penginapan & Makanan disediakan.
Para peserta hendaklah membawa satu hadiah yang berharga tidak kurang dari RM2 seorang satu.
berilah seikhlas mungkin.'harga' nya bukan terletak pada 'harga'

Jom kita jumpa balik sama2.Dah lama x jumpa,mesti ada cerita syok nak bagi tau kawan2..INILAH MASANYA.. penuh dengan
biah solehah,
cerita tarbawi,
suasana peringat memperingati dan
saling menegur untuk memprtingkat keimanan..
HAA!! Masanya dah sampai.Sama2 kita review balik rutin ibadah kita time kecik2 kat matri dulu..yg sepatutnya diamalkan oleh setiap ummat islam.BAWA BIAH NI KE KAMPUS ANDA...

Berminat untuk menghadiri?? Berikan nama anda kepada : iffahhanna@yahoo.com / 0194141503 (bg tujuan syar`ie shj..)
sebarang musykilah,hubungi nama yang tertera.

*untung kalau join....xrugi kalau join..
*:konklusi=KENA JOIN..


PROMOSI HEBAT!!!

PELUANG REBUT PAHALA: SUMBANGLAH SEBERAPA BANYAK/SEDIKIT YG ANDA MAMPU.
JAMINAN:seumur hidup ada gantian pahala berlipat ganda.PERCAYALAH!

x percaya?? CUBALAH...

Monday, April 5, 2010

Akhlak Mukmin



1. Taubat
Tinggalkan segala perbuatan tercela yang telah dikerjakannya dengan niat membesarkan Allah. Orang yang bertaubat mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:

· Meninggalkan maksiat dengan kesedaran
· Menyesal dengan perbuatan dosa yang telah dikerjakan
· Berazam tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi.

2. Khauf (takut Allah)
Takut kepada kemungkaran Allah dengan memelihara diri dari melakukan perkara-perkara yang ditegah.

3. Zuhud
Bersih atau suci hati dari berkeinginan lebih dari keperluannya serta tidak bergantung kepada makhluk lain. Hati sentiasa ingat bahawa harta yang dimilikinya merupakan amanah dari Allah S.W.T.

4. Sabar
Tabah dan cekal menghadapi sesuatu ujian yang mendukacitakan.

5. Syukur
Menyedari bahawa semua nikmat yang diperolehinya sama ada yang lahir mahupun yang batin semuanya adalah dari Allah dan berasa gembira dengan nikmat itu serta bertangggungjawab kepada Allah

6. Ikhlas
Mengerjakan amal ibadah dengan penuh ketaatan serta semua perbuatan yang dilakukan semata-mata mengharapkan keredhaan Allah, bukan kerana tujuan yang lain.

7. Tawakkal
Berserah diri kepada Allah dalam melakukan sesuatu rancangan.

8. Mahabbah
Kasihkan Allah dan hatinya sentiasa cenderung untuk berkhidmat dan beribadat kepada-Nya serta bersungguh-sungguh menjaga diri dari melakukan maksiat.

9. Redha dengan qada’ dan qadar
Menerima ketentuan nasib yang telah ditakdirkan Allah sama ada yang berupa nikmat atau musibah.

10. Zikrul maut
Sentiasa ingat kepada kematian dan berusaha meningkatkan amal sebagai persediaan untuk menghadapinya.

Thursday, April 1, 2010

Suara Kakak2 Khassah 1-2010

picture by 'iffahhannafikri'
dari kanan:sos marry(mariah),sos undima(fatima),sos aisa(aisha), iffahhanna,ririn dyana,nabilah kamal,nurul aliya,nurul iman....tiada dlm gmbr-sakinah smakL

Ya Allah...
Hari ini kami merasai nikmatmu..setiap hari kami bertemu dengan orang2 yang banyak ilmu, ulamak,guru2 soleh....
namun!
xpernah kami hargai kewujudan mereka...
Tapi hari ini kau tunjukkan kami seperkara yang membuat kami teramat bersyukur
hidup bersama murabbi2 misali ini..

KAu letakkan kami bersama saudara2 baru, dari luar negara....
Aduh!!
Lelahnya kami melihat mereka..
Berusaha untuk memahami bait kata2 ustaz..
KAu uji mereka.....
tidak mengerti bahasa kami,
tidak mengerti bahasa dunia,
tidak mengerti bahasa syurga..
namun engkau menetapkan mereka `BERUSAHA KERAS`
untuk memahami kata2 hidayah dari bibir mursyid kami..
KAMI..
yang selalu mendengar da memahami tidak mengendahkan kata2 itu lagi...
YA ALLAH..
Ampunkan kami..
tetapkanlah kami dijalanMU ini.
semoga kami dapat lagi mendengar seruan2 Ilahi itu YA RAbb!
SEMOGA KAMI SENTIASA MENGHARGAI BUTIR MUTIARA HIDAYAH-MU YA RABB..

Wednesday, March 31, 2010

Carilah yang telah hilang.

Koreksi diri... Apa program kita sepanjang cuti

Semoga apa yg kita sedang lakukan,telah lakukan,atau akn lakukan semuanya menaikkan islam dan meruntuhkan jahiliah..AAmin..
HIDAYAH...
sebuah permata yg kita dapat dari sebuah daurah kehidupan di matri..
Apakah ianya masih mekar di hati??
Muhasabahlah diri... mana perginya kata2 yg dulunya menjadi pedoman untuk kita meraih redha ilahi. mana semangat perjuangan kita untuk meningkatkan kualiti diri sebagai mukmin "LUAR BIASA"??
Apakah semangat kobar seorang pejuang kini telah luntur...??
Dihanyut arus jahiliah yg luar nya nmpk indah spt syurga tp dalamnya jijik x ubah seperti neraka..
Ayuhlah!
Sahabat2 semukmin ku sekalian..
MArilah kita SAMA-SAMA bangun kembali meningkatkan kualiti diri sebagai mukmin sejati supaya kita tidak goyah meniti arus kehidupan yang teliti dirancangkan oleh kufur.
Fikirkanla.
Apa kebaikan yang kita lakukan sepanjang cuti ini.. segala butir2 ketaqwaan yg kita terima di matri apakah masih lagi kita amalkan. jangan lah kita biarkan semua tradisi ibadah kita dahulu lenyap di gilis jahiliah di luar.. Semoga ALLAH menjaga dirku dan DIRI KALIAN.. AAAMIN..

Ukhwah Sahabat Qudwah Kami..


"Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan sediakan tempat duduknya di dalam sesuatu majlis dan panggillah ia dengan nama yang paling disenanginya..."

:-HR TAbrani

Tuesday, March 30, 2010

KAMAR HATIKU



Kudedikasi khas buat:


Ahli Halaqahku,Athifah,Matun,Fatin,Iffah,Ummi & Aisyah...Terima kasih menjadi cermin diriku..


Sahibah-sahibah yang kurindui celotehnya,Ruzie,Basyirah Zul,Biel,Atikah Rosli,Taqiah,Syuhada.


Yang memahamiku,Syahirah...


Kuanggap seperti adikku,Aliya,Yatun,Izzah Firdaus & Hazwani


Pelbagai ragam,Nabiha,Iffah hanna,Imtisal,Izzati,Dot,Nasuha..


buat puteri bongsu,Mardhiah,Sha,Aniqah


Temanku kecil-kecil cili padi,Una, Hajar,izzah A,Mas,Iman,Nabilah Hasnan,Hanna


Adik & kakak,Saffiyah,K Ju & K Nina


Teman seperjuang,Basyirah R & Syafiqah


Serta sahibah-sahibah yang dikasihi;Afiqah,Naiemah,Sue,Puteri,Fatinah,Nabilah Kamal,Nadzirah &Ayie


TERIMALAH DARIKU





"Kamar Hatiku"






Kamar hatiku,


Siapa yang tahu,


Dalam kemelut jiwa.




Kamar hatiku,


Indah berbunga luar,


Sepi menghantui mahligai.




Kamar hatiku,


Dihambat dek kenangan semalam,


Terimbau jejak usang,


Tinggalan masa,


Sukar menduga,


Putaran kala,




Kamar hatiku,


Bukannya tidak pasrah,


Bukannya tidak menerima,


Suratan azali tetap terlaksana.




Kamar hatiku,


melepasi lewat mimpi-mimpi purba,


Ukiran terbina mewarnai sirna,


Mencakup pengalaman yang mendewasa,


Tetapi riangnya hanya seketika.




Kamar hatiku,


Sunyi kembali tiada ternoktah,


Menghadapi satu realiti,


Yang semakin pasti.




Pernah dikhabarkan pada...


Kamar hatiku,


Tentang peritnya cinta.




Kamar hatiku,


tidak peduli,


Tetap yakin dengan cinta,


Terus mengharungi hari,


Mengatur langkah ke destinasi.




Kamar hatiku,


Mengumpul cebisan-cebisan kenangan,


Membentuk cantuman-cantuman,


Sumber inspirasi.




Kamar hatiku,


Tahu...


Mengerti...


Kenangan lalu mana bisa diulangi.




Tetap...


Kamar hatiku,


Pahatkan di lubuk dalam,


kasih-sayang kerana Allah tiada akhirnya,


Walaupun kini tinggal kenangan.




Kamar hatiku,


Jadikan kenangan sebagai cinta,


Kerana...




Kamar hatiku,


Yakin dan percaya,


Cinta itu inspirasi,


Cinta itu azam,


Cinta itu obor,


Cinta itu madu,


dan...


Cinta itu hingga ke syurga.


Wednesday, March 17, 2010

perjuangan kita.


sahibah- sahibahku..
seandainya ada kesempatan,
jangan lupa menolong sahabat2 kte di sana..
moga segalanya mndapat keredhaan ALLAH.
HULURKAN TANGAN, RINGANKAN BEBAN.
MEREKA SAUDARA KITA!!
 

Template by BloggerCandy.com