Pages

Awaken

Sometimes, standing among millions of ghuraba people can raise up our holy and strong spirit to awake this ummah. Wait till we meet in jama'ah and we will hit this universe with the holiest and super incredible new system for the new programme generation. Let's raise our hand and pray for our world.


Total Pageviews

Jadual Tugasan 15zikr

  • Minggu 1 : Syuhada - Ruziah - Iffah Hanna - Aliya
  • Minggu 2 : Nabilah Kamal - Basyirah Ritzuan - Syafiqah Sabbri - Syahirah
  • Minggu 3 : Fatin Nabila - Izzati - Fatimah - Basyirah Z
  • Minggu 4 : Sofiah Hadi - Nadhirah - Nadiah - Fatinah

Friday, March 20, 2009

Matlamat kita hanya satu


Tahun ini kita semua akan mengambil Peperiksaan SPM(Sijil Pelajaran Malaysia)Bagaimana dengan perasaaan kita?Takut,gementar atau apa?Kebiasaannya orang akan berkata:

"Takutnya.Tak ready lagi la.Dalam kelas pun asyik tidur aje."

"Relax aar baru bulan tiga.Lambat lagi....Sejauh mata memandang,jauh lagi diri yang merasai."
Tetapi itu jawapan bagi remaja biasa tetapi kita perlu mjadi remaja yang luar biasa.Kita tidak layak.Memang kita tidak layak.Tapi kita perlu melayakkan diri kita untuk status itu.Kita perlu mempunyai matlamat yang jelas mengapa kita perlu belajar.Adakah hanya untuk lulus dengan cemerlang dalam SPM dengan puluhan A?Ataupun demi mencapai cita-cita untuk menjadi seorang doktor sakit puan ataupun arkitek yang ternama?Adakah berbaloi penat lelah yang kita curahkan?Memang berbaloi.Tetapi labanya hanya di dunia sahaja di akhirat kelak adakah saham kita juga akan melonjak sama?Mengapa di dunia sahaja?Semuanya bergantung kepada niat kita,matlamat kita.Buat apa kita berjaya memperoleh 21A atau 12A di dalam SPM.Atau kita punya ramai saintis yang kegeniusannya tidak tertanding tetapi tidak sedikit pun mampu memberi sumbangan kepada Islam.Kita megah dengan kejayaan kita.Kita kagum dengan kegemilangan kita tetapi kita lupa tentang betapa umat memerlukan kita.Sedari awal kita belajar kejernihan matlamat perlu kita miliki.Kita belajar,berusaha untuk mencari ilmu adalah untuk merawat kembali kepincangan umat ini.Melalui kebijaksanaan kita dan keteraturan kita.Kita akan bina kembali runtuhan-runtuhan umat ini dengan binaan-binaan yang terancang.Ya, itulah tanggungjawab kita!Jika matlamat kita yang satu ini sudah jelas maka impak yang akan terhasil akan membuktikan kesungguhan kita.Sudah tiada istilah bermalas-malasan.Kita akan mengumpul seluruh kekuatan kita dan akan berusaha semaksimum mungkin untuk berjaya dalam lapangan ini.Walau sesibuk mana pun kita, kita akan cuba berusaha untuk mencapai yang terbaik dalam peperiksaan kita.Kita akan tinggalkan perkara-perkara yang kurang penting untuk kita fikirkan.Kita tahu waktu-waktu yang menuntut keseriusan kita dan waktu-waktu yang kita boleh berseronok.Apa salahnya di waktu genting begini kita lakukan sedikit pengorbanan.Segala yang manis itu hanya akan diperoleh selepas melalui kepahitan.Jika sebelum ini kita tidur tepat jam 11 malam mungkin sekarang kita boleh tidur sekitar jam 12 malam atau 1 pagi.Jika ada dalam kalangan kita tidak boleh tidur lewat malam mungkin kita boleh bangun seawal jam 4 pagi.Inilah kita namakan sebagai pengorbanan,bukan calang-calang tempat yang ingin kita beli,kita ingikan jannah-Nya.Segala perkara yang kita lakukan kita perlu berfikir ke hadapan kerana segala-galanya merupakan saham akhirat kita.Walaupun kadang-kadang kita rasa letih,tak berdaya tetapi ingatlah akan janji Allah

"Jika kamu membantu deen Allah nescaya Allah akan membantu kamu."
Mungkin kadang-kadang kita kecewa dengan keputusan peperiksaan kita.(contonya keputusan sewaktu tingkatan4).Kita rasa kita dah kerahkan tenaga sehabis mungkin tetapi result yang kita dapat tidak sehebat mana.Niat kita juga semata-mata kerana Allah.Kita rasa macam Allah tak bantu kita.Tapi ingatlah apa yang Allah beri itulah yang terbaik untuk kita.Walaupun kadang-kadang nak redha dengan apa yang Allah tetapkan tu rasa macam nak pecah hati kita tapi yakinlah itulah yang terbaik untuk kita.Mngkin Allah tak bantu dari aspek pelajaran sekarang tapi ke hadapan siapa tahu?Allah mungkin bantu kita dari aspek penjagaan hati;tak nak bagi kita riak, ujub.Yakinlah dengan Allah kerana Allah akan menjadi seperti apa yang hamba-Nya sangkakan.Biar orang kata kita tak pandai asalkan Allah dah tahu kita dah usaha semaksima mungkin.Kepandaian bukan hak milik kita tapi usaha merupakan hak kita.Yakinlah.Moga mimpi semalam menjadi nadi dan impian hari ini menjadi realiti.

Saturday, March 14, 2009

SemanGaTmu iNspiRasi kAmi..

Ya Jundullah...
Syabab Palestin di semenanjung Ghaza..
Yang telah membangkitkan kembali semangat jihad kaum muslimin seluruh dunia...
Moga jihad kalian tidak sia-sia
Moga perjuangan kalian kan bisa mengembalikan pasukan berkuda putih,
Yang sedia menjadi pembela pada bila-bila masa
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita
Dan tidak rela menjadi boneka
Yang akan meramaikan tokoh yang sedikit sekali..
Setia mengangkat kemuliaan agama
Menggadai nafsu dunia dan seisinya..
Wahai Asadullah..
Engkau pemangkin semangat
Wahai Saifullah..
Perjuanganmu bagai gelombang
Yang memetik api jihad yang terkambus dek hujan kemewahan
Demi menyatukan hati-hati
Yang rindukan JIHAD!
Yang cintakan SYAHID!
Wahai tentera Allah
Semangatmu Inspirasi Kami!

Wednesday, January 21, 2009

Jauh di mata VS jauh di hati..

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum warahmatullah..

Moga Allah menjaga kalian, ameen..

Alhamdulillah, dalam kesibukan berjuang,

Allah bg gak kesempatan ntuk luangkan sedikit masa..

Duduk sebentar dan kembali mengait, membetulkan

benang2 persaudaraan antara kita, kamu dan saya...

Sebenarnya, hari nie..

Tetiba jadi wndu sangat2 kat Matri,

Wndu suasana Matri, wndu ngan cikgu2..

Dan wndu ngan kalian semua, puteri2 15gens..

Sungguh, kat tmpat laen..

Persahabatan spt yg kte, kamu dan saya bina,

agak sukar dicari (walaupun ada) ..

Alhamdulillah, Allah susun..

Allah rancang dan atur..

Kita, kamu dan saya bertemu..

Dan menjalinkan satu pertalian..

Ukhwah Fillah...

Yg akan membantu kita..

Bukan setakat di dunia,

Tetapi di Syurga kelak, insyaAllah..

Cuma, pernahkah kita, kamu dan saya terfikir..

Yang mana satu lebih baik bagi kita, kamu dan saya..?

Jauh di mata, dekat di hati...

Atau dekat di mata, jauh di hati...??

Jauh di mata, dekat di hati...

kita, kamu dan saya tidak boleh menegur

seandainya terdapat khilaf yg dilakukan..

kerana kita, kamu dan saya tidak mengetahui..

bahkan tidak nampak apa yg dilakukan.. kan??

Tapi, kita akan sering saling mendoakan...

Agar kita, kamu dan saya terus kuat dalam jalan D&T ini..

insyaAllah...

Jauh di hati, dekat di mata...

Kita, kamu dan saya boleh menegur..

Boleh menasihati jua memarahi seandainya
terdapat khilaf dalam tutur cara dan perlakuan..

Kerana kita, kamu dan saya duduk bersama2...

Tetapi, tiada doa buat kita, kamu dan saya setiap

kali kita, kamu dan saya mendoakan kebaikan diri masing2..

jadi....??

saya suka untuk meninggalkan post ini begini..

kerana saya suka seandainya kita, kamu dan saya

berfikir sendiri jawapan yang wajar diberi...

saya suka menantikan jawapan kamu di ruang komen..(smiley)

semoga kita, kamu dan saya berusaha untuk sentiasa menjadi yang terbaik disisiNya..~

Tuesday, December 30, 2008

kisah 1

Sebagai penulis blog ke-2,
Insya-Allah kali ni ana nak bawak perbezaan sedikit daripada artikel-artikel sebelum ni..

Tersebutlah sebuah kisah,
tentang 2 orang yang sedang bersahabat(tapi x rapat sangat)...

Manusia:assalamualaikum..

Insan :w'salam..

Manusia:anti apa khabar?

Insan :Alhamdulillah sihat.

(belakulah perbualan diantara mereka sehinggalah Manusia berkata begini...)

Manusia:tau la anti ni soleh
x macam ana..
jahat....
per0sak dakwah & tarbiyah..

Insan :ya Allah..
mana ada..
anti p0n ok
ana lagi la...teruk
sebenarnya anti ni ok ja

Manusia:ala...perli la tu
ana tau la ana ni bermasalah>>maksud manusia terhadap 'bermasalah'{buat hal
kat skolah)

Insan :sebenarnya x dak sapa 'bermasalah' p0n..
yang tu Allah bagi ujian kat anti
ana rasa anti boleh jadi yang lebih baik kalau anti nak

Manusia:ana jahat..
anti plak baik...
jahat ngan baik mana bleh campur

Insan :sapa kata??

Manusia:anti kata

Insan :kalau macam tu camna Rasulullah bleh mentadbir 1 negara yang ada islam+kafir??

(....dan seterusnya.Cerita ini ada kena mengena dengan yang hidup dan x dak kena mengena dengan yang mati..Diubahsuai oleh penulis mengikut kesesuaian)

Status Manusia:pelajar biasa..jenis yang boleh 'masuk' dengan semua orang,tapi x semua boleh
masuk dengan dia.Ska merendah diri ke tahap yang x sepatutnya...Tapi
insyaAllah Manusia jenis yang 'makan saman'.ada p0tensi bergerak untuk
dakwah.
Status Insan :pengawas skolah.tapi Insan ni banyak lagi kekurangan sebab dia adalah 'bekas'
plajar yang sosial skit.jenis yang x pandai bagi nasihat(skit-skit dia bleh la).X dak
skill nak tarik 0rang.jenis yang slamber kadang2.Try untk masuk dengan semua.
x tau sel0k-bel0k Da'wah >< jahiliyah.

Kita kan masih dalam lubuk tarbiyah..jadi ana nak minta pandangan dari sesiapa sahaja yang membaca kisah di atas..sebenarnya apa yang sepatutnya 'Manusia' buat untk 'impr0ve' diri dia??
Dan apa yang perlu Insan lakukan untuk ajak Manusia kearah yang sepatutnya dalam masa yang sama nak jaga hubungan dengan sahabatnya itu??

Lapangan yg berbeza..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum warahmatullah...
Semoga rahmat Allah bersama kita, ameen...

kalau nak diikutkan,
tinggal bpe hari je lagi kte akan masuk skewl, kan??
ntuk pelajar Matri, berjuanglah di sana..
ntuk yg dah kluar, jom berjuang di tmpat masing2...
tapi, walau kat mana pown tmpt kte..
kte membawa identiti yg sama...
puteri 15generation, seorang muslimah..

temanku yg disayangi fillah..
SPM merupakan medan pertempuran..
so, persiapkan diri kalian dari skrang...
Islam mendambakan kemenangan...
ibu bapa mahukan kebahagiaan..
kte juga mahukan kegembiraan, btol kan??
tunggu apa lagi?? berjuanglah!!

Anime Pictures, Images and Photos

sungguh, kte akan menempuh 1001 kesulitan
dalam menggapai impian nh..
dan ujian kte tak sama...
Allah akan uji sesorang berdasarkan kemampuannya..
cme.. tme nie arr..
sebagai seorang sahabat,
kte kne mainkan peranan kte..
jadilah bnteng kekuatan ntuk kwn2 kte brsandar..
pnjamkan bahu untuk mereka alirkan air mata..
hulurkan tangan ntuk tarik mereka, bangkit..
dan kmbali brjalan bersama2...
" mukmin dan mukmin yg laen ibarat binaan bata
yang saling kuat menguatkan antara satu sama lain.."
jangan takut, Allah PASTI bersama kalian...
paling penting, teruskan berjalan..
walau terpaksa merangkak, teruskan berjalan..
dan JANGAN sesekali berhenti......
Islam perlukan kalian....

apa yg kalian perlu ingat dan tahu..
biar lapangan kte berbeza,
matlamat kte tetap sama.. orait???
chaiyok2 ntuk semua...
sayang fillah dari semua untuk semua.. he2


Smiley Face

Monday, December 29, 2008

Salam Hijrah..




Salam Hijrah buat semua umat islam...

Tanpa kita sedari...

Pejam celik pejam celik...
Sudah pun tahun 1430H...
Fuhh!!!
Sungguh pantas masa berlalu...
Rasa macam baru je tahun 2008...
Rasa macam baru je form 4...
Rasa macam baru je PMR..
Rasa macam baru je UPSR...
Macam2 lagi....
Semua itu sudah menjadi kenangan buat kita...
Tak kira la ia pahit atau manis...
Hmm...
Tahun hadapan kita SPM pulak...
Macam2 perasaan ada..

Takut...

Seram...
Tak ready lagi la...
Semangat nak belajar...
Teruja pun ada..(sebab dah jadi senior!)


Hahaha...

Tahun pun dah baru....
Azam mesti la baru juga!
Wah....
Sebut pasal azam..(bukan nama laki la)
HAH!!
Macam mana azam antum kali ini?
Adakah antum rancang yang lebih baik daripada yang dulu?



Nak buat study group la tahun nih..
Kurangkan main internet...
Nak tumpu perhatian lebih kat ijtimaam...
Nak buat halaqah tiap2 minggu..
Nak solat sunat tiap2 masa sblm & slps solat..
Nak menabung utk masa depan...
Tak nak tidur dalam kelas la...
SPM pun nak dekat...




HohoHo...
Macam2 la keluar...
Tapi kita pasti ke yang azam kali ini kita dapat buat??
Sedangkan azam yang dulu pun tak tersettle...
Kita selalu kata nak ubah diri..
Tapi apa yang ada...
the bad habit masih lagi terlekat pada diri..
Semuanya ada di tangan kita..
Sama ada nak berubah atau tidak...
Kita kena berdisiplin dgn diri sendiri..
Untuk suatu penghijrahan pada diri...
No DICIPLINE..No CHANGES...
Harap2 15th gen dapat melakukan suatu penghijrahan..
Tambahan2 pula...
Kita nak SPM tahun hadapan..
So...
Kena study lebih laa..

Lakukan kerana Allah...
Insyaallah...

Moga Allah memberkati segala perbuatan kita...



Saturday, December 27, 2008

j0m kiTa gEGarKan dUniA!!


assalamualaikum semua..

Seperti yang antunna sedia maklum,keputusan peperiksaan batch kita untuk hujung tahun ini telah pun keluar.Post sebelum ni sahibah ana telah nyatakan tentang itu,jadi antunna boleh click di tempat yg tersedia untuk melihat keputusan masing-masing.

Mengikut hasil kajian,ramai yg kecundang gara-gara 'berat sebelah'.Maksud ana begini,kita sbg pelajar islam ada tanggungjawab lagi selain belajar.Jadi kita perlu menyeimbangkan kedua-duanya.Ana juga kadang2 terg0long dalam kumpulan ni.Kadang2 d0k buat kerja2 dakwah terlupa kat akedemik.Dan ada juga yg sebaliknya.Kadang-kadang kita pandang sebelah mata.

Ana(yang menulis ini) teramat2 berharap antum dapat beri cadangan atau pendapat antum untuk menyelesaikan masalah ini. Dan jika ada cadangan untuk memperbaiki akedemik (cara belajar gr0up/sendiri) amat dialu-alukan untuk reply p0st.Nanti boleh la kita praktikkan di sek0lah(MATRI).

Ana sebagai wakil warga 15th generation jadi segan, gara-gara result ana yg x ok menyebabkan turunnya peratus batch kita. Sapa x segan. Alhamdulillah result last year dah meningkat skit drpd dulu,tp tetap K.0. Ana harap dapat buat yang lebih baik untk tahun depan. Ana nak berjuang sama-sama dengan sahabat2 ana yg dah maju ke depan.Harap dapat kejar antum.


Jom kita berjuang sama-sama. Ada cadangan?
Apa kata antum??

'Ayuhlah wahai generasi ke-15 Matri,
ayuh bersama-sama kita gegarkan Dunia!!!'
TAKBIR!!!
ALLAHU AKBAR!!!!!!!!
 

Template by BloggerCandy.com