Pages

Awaken

Sometimes, standing among millions of ghuraba people can raise up our holy and strong spirit to awake this ummah. Wait till we meet in jama'ah and we will hit this universe with the holiest and super incredible new system for the new programme generation. Let's raise our hand and pray for our world.


Total Pageviews

Jadual Tugasan 15zikr

  • Minggu 1 : Syuhada - Ruziah - Iffah Hanna - Aliya
  • Minggu 2 : Nabilah Kamal - Basyirah Ritzuan - Syafiqah Sabbri - Syahirah
  • Minggu 3 : Fatin Nabila - Izzati - Fatimah - Basyirah Z
  • Minggu 4 : Sofiah Hadi - Nadhirah - Nadiah - Fatinah

Friday, March 15, 2013

WAspada Mencintai Dunia~

 
   
Lukman Al-Hakim berwasiat kepada anaknya." Wahai anakku , dunia itu bagaikan lautan yang dalam , telah banyak manusia tenggelam di dalamnya. kalau engkau sanggup ,jadikanlah keimananmu sebagai bahteranya ,amal soleh sebagai muatannya dan tawakal sebagai layarnya , nescaya engkau dapat berlayar dengan selamat ."

                                                           Assalamualaikum w.b.t.

    .. Sekumpulan semut berebut - rebut memasuki sebiji cawan yang berisi madu. setiap semut ingin menjadi yang pertama untuk merasa manisan itu. Tetapi sayang , satu demi satu semut-semut itu terperangkap dan tenggelam. Walaupun ada yang berjaya keluar namun lebih banyak lagi hanyut dan mati dalam 'dunia yang penuh dengan kenikmatan'.

 .. Madu umpama dunia yang sentiasa kita kagumi dan impikan manakala semut-semut itu mewakili kita , anak cucu Adam. Semakin besar nafsu kita mendapatkannya maka semakin besar pula kecelakaan yang menanti . Laksana mata pisau , dunia juga mempunyai dua mata iaitu yang boleh menyelamatkan atau yang boleh membinasakan. Ia akan menyelamatkan bila kita menjadikannya bekal untuk meraih keredhaan Allah swt. sebaliknya membinasakan jika dunia itu dijadikan tujuan dan perjuangan utama dalam hidup ini.

.. Kisah tentang ketamakan manusia terhadap harta dunia digambarkan dalam kisah ini : Pada satu pagi seorang lelaki berjalan bersama Nabi Isa as. Apabila sampai di tepi sebatang sungai , mereka duduk untuk makan roti. sekeping dimakan oleh Nabi Isa as , sekeping dimakan oleh lelaki tadi . sekeping lagi mereka simpan untuk bekal di perjalanan. Setelah makan Nabi Isa as pergi ke sungai untuk minum dan kembali semula menemui temannya. Ketika melihat roti bekalan itu tiada beliau pun bertanya ,"siapa yang mengambil roti kita ?" Temannya menjawab , "aku tidak tahu , wahai Nabi!" Namun keduanya tetap meneruskan perjalanan. Ketika tengahari tiba- tiba seekor kijang melintas bersama dua ekor anaknya. Nabi Isa as memanggil seekor anak kijang dan menangkapnya. Anak kijang itu disembilih lalu dipanggang. Setelah selesai makan maka sisanya dikumpulkan oleh Nabi Isa as. Beliau berkata , "Hai anak kijang , bangkitlah dengan izin Allah!". Anak kijang itu hidup dan terus pergi. Nabi Isa as berkata pada temannya, "Demi Dia yang memperlihatkan tanda itu kepadamu, siapakah yang mengambil roti tadi?" lelaki itu masih menjawab , "aku tidak tahu , Wahai nabi!'.

   Mereka meneruskan perjalanan hingga sampai ke sebuah lembah yang dipenuhi air. Nabi Isa as memegang tangan lelaki tadi dan keduanya berjalan di atas air. Bila sampai di seberang beliau bertanya lagi , "Demi Dia yang memperlihatkan tanda itu kepadamu , siapakah yang mengambil roti tadi? " lelaki itu tetap menjawab ,"aku tidak tahu, Wahai Nabi"!..

  Akhirnya mereka sampai di sebuah padang rumput dan berhenti untuk berehat. Nabi isa as mengambil selonggok tanah berpasir,lalu berkata, "jadilah engkau selonggok emas dengan izin Allah!".longgokan tanah berpasir itu pun berubah menjadi emas tulen. Baginda membahagikannya menjadi tiga bahagian . Kata Nabi Isa as, "Sepertiga untukku , sepertiga untukmu , sepertiga lagi untuk orang yang mengambil roti tadi." Kerana tamak lelaki itu pun mengaku bahawa dia yang mencuri roti tersebut. Baginda berkata , "Ambillah semua emas ini !".

  Setelah Nabi Isa as pergi , datanglah dua orang perompak yang sangat kejam. ketika melihat tiga longgokan emas tersebut keduanya terus merampas emas itu dan bersedia untuk membunuh pemiliknya. Namun lelaki itu cepat - cepat merayu , "jangan kamu bunuh aku, marilah kita bagi harta ini kepada tiga bahagian !". kedua perompak itu pun setuju.

 Oleh kerana mereka lapar , salah seorang dari perompak itu telah pergi membeli makanan. Dalam perjalanania berfikir bagaiamana cara untuk membunuh kedua rakannya. Hatinya berkata , "Mengapa aku mesti berbahagi dengan mereka ?. Aku akan jadi kaya raya jika dapat semua emas itu. Lebih baik aku bubuh racun dalam makanan yang kubeli agar kedua mereka mati.

 Ketika salah seorang perompak pergi m dua orang yang menjaga emas itu bermuafakat. "Emas ini lebih baik kita bahagi dua saja. Bila teman kita itu kembali , kita bunuh dia saja". Rancangan mereka membunuh perompak yang membeli makanan itu tadi berjaya. kemudian, mereka makan makanan yang beracun itu dengan lahapnya. Akhirnya kedua orang itu juga menemui ajalnya.

  Longgokan emas masih berada di tempatnya ketika Nabi Isa as dan beberapa orang sahabat beliau kembali. Berhampiran emas itu , terletaknya tiga tubuh yang telah menjadi mayat. ketika melihat mayat2 tersebut beliau berkata " Waspadalah terhadap kesudahan cinta dunia yang seperti ini .".itulah dunia yang akan membinasakan orang2 yang tamak terhadapnya. mereka ini meletakkan dunia di atas segala2nya..


  ps : walaupun kisah ini agak terkenal , penulisan di blog ini adalah sebagai satu peringatan. Mungkin diantara kita yang sudah lupa. (JANGAN MELETAKKAN DUNIA SEBAGAI MATLAMAT KEHIDUPAN KITA!..)

#lovenote


Fear Allah. Do we?

Monday, February 11, 2013

Subuh kita

Assalamualaikum wbt

Selawat dan salam atas junjungan ke atas Rasulullah serta sahabat2 beliau yang mana tidak pernah putus cinta mereka kepada Rabbul Alamin , moga Allah pelihara mereka dan kita di jalan-Nya.

Salam cinta buat pembaca sekalian,
Apa khabar teman-teman? Iman sihat? Moga ia sentiasa maksima berbanding yang terdahulu.
Sebut tentang iman kita, sudah tentu solat menjadi isu utama untuk tingkatkan iman kita dan bukan setakat solat sahaja, tetapi kekhusyukan jugak merupakan aspek yang penting untuk menentukan tahap keimanan kita. Tapi di sini saya hanya akan menyentuh tentang Subuh, Subuh kita :)

Umur sudah makin bertambah, adakah iman kita juga makin bertambah atau berkurang? *muhasabah*
Umur kita ni sepatutnya sudah excellent bab2 solat, ye la, solat tak pernah tinggal, solat on time dan tak perlu disuruh untuk solat, sudah tahu tanggungjawab masing2. Tapi mostly kita kecundang untuk solat Subuh kerana apa? Kita selalu stay up dan tidur lewat untuk siapkan assignment, (pelajar universiti especially) sakit dan sebagainya tapi itu bukanlah penghalang UTAMA dan ini adalah hanya alasan yang TAK relevan. Berbalik pada diri kita, kita agak berat untuk bangun menunaikan solat Subuh yang hanya 2 rakaat, tak banyak pon Allah minta, hanya 2 RAKAAT! dan hal ini kenapa? Kerana kepekatan dosa kita ~

"Bukan sakit atau letih yang menghalang kamu bangun awal untuk Subuh, tetapi dosa yang pekat di hatimu itulah yang menjadi penghalang."
Akhi Afdholul Rahman 

Ya. Benar, kerana kepekatan dosa kita. Waktu Subuh merupakan ujian kepada segala kekuatan dan di situlah kekuatan umat Islam yang dapat diperoleh pada waktu Subuh. Dan pada waktu inilah, syaitan berusaha untuk menewaskan kita untuk memperoleh kekuatan mukmin dengan dakapan erat, bisikan di samping bantal yang empuk dan selimut yang hangat. Oleh itu, ayuh kita bebaskan dari dakapan erat syaitan itu dengan mengambil wudhu sebelum bermunajat kepada Allah. Inilah kekuatan luar biasa yang boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja yang mempunyai keinginan yang tinggi.

Where is the will, there is the way~

"Perkara yang sama ini juga telah dijadikan indikator dan penanda aras kepada kekuatan generasi pejuang ketika berlakunya peperangan-peperangan besar di zaman yang terdahulu. Kekuatan kebangkitan dan kekuatan barisan ketenteraan bukanlah kepada fizikal dan persiapan kelengkapan semata-mata, malahan persiapan yang lebih penting ialah persiapan kekuatan generasi pejuang di dalam menagih simpati untuk menang daripada Ilahi.
Tidak hairanlah bahawa inilah penanda kekuatan yang telah digunakan oleh Solahuddin al Ayyubi dahulunya sebelum menang ketika mendepani kekuatan tentera Salib yang merupakan kesatuan gabungan ketenteraan daripada 22 buah negara-negara Eropah.
Tidak hairanlah juga bahawa soalan-soalan yang ditujukan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh mengikut urutan menggambarkan peringkat kekuatan seseorang. Lima waktu solat fardhu kemudian solat rawatib dan kemudiannya solat tahajjud. Di waktu penghujung malam sehingga subuh itu dijadikan indikator terakhir kepada kekuatan para pejuangnya. Tidak dapat dibayangkan di manakah kedudukan kita jika berada di dalam barisan tentera baginda al-Fateh. Mungkin juga kita dan barisan pemuda kebangkitan kini bakal berada di barisan tercorot sekali.
Di atas alasan yang sama inilah juga menyebabkan agen-agen KGV di Chechnya dan agen-agen Gaddafi di Libya akan menangkap pemuda-pemuda yang bersolat subuh secara berjamaah dengan keyakinan bahawa mereka adalah pemuda kebangkitan yang bakal menggegarkan kerajaan Russia dan Libya."
iluvislam.com

Solat Subuh merupakan aset yang penting untuk meraih kemenangan mereka  dalam peperangan ketika itu malah bertahajud untuk meminta kemenangan itu daripada Pemberi Kemenangan yang Hakiki , apatah lagi kita yang hamba kerdil lagi hina yang tidak ada tanggungjawab fisabillilah iaitu BELAJAR? Tambah-tambah lagi pelajar yang mengambil bidang agama seperti syariah, pejuang Islam tetapi solat Subuh masih tidak terjaga, bagaimana nak jaga umat nanti? Oleh itu, titikberatkan Subuh kita ~




Friday, December 7, 2012

..::Raikan Cinta::..


               




 




 

Alhamdulillah:)

              
               Tanggal 2 Disember 2012 merupakan detik bersejarah buat ahli 15 Generations kita, Soleha Rafiee bersama suami tercinta, Iqbal Fadhil Bin Ayi kurnia. Ini bukan sekadar cerita mengenai perkahwinan semata-mata bahkan turut mencoretkan kisah perjalanan ke Johor serta aktiviti-aktiviti kami di sana sebagai wakil Batch yang turut memeriahkan majlis ini^^.

                Pada 1 Disember 2012, seramai 9 wakil ‘batch’ dan Salsabila(adik Tasnim Jamil) telah berkumpul di Tasik Bandar Selantan untuk menaiki bas di Terminal Bersepadu Selatan(TBS) ke Larkin, Johor pada pukul 2.15 p.m. Manakala Insyirah bersama Kaamilah bergerak asing. Kumpulan pertama yang sampai di TBS merupakan Maryam Siddiqah bersama Tasnim dan adiknya. Kumpulan kedua wakil daripada USIM-Fatinah,Taqiah,Syahirah dan Izzati Bahran manakala kumpulan terakhir ialah wakil UIA-Basyirah Ritzuan,Iffah Zaaba,-dan KTD-Nasuha. Setelah menempuh berjam-jam perjalanan, pada pukul 8.15 p.m kami tiba di stesen bas Larkin. Tetapi penantian kami belum berakhir di situ, kami terpaksa menunggu selama dua jam sebelum tiba ke destinasi yang ingin dituju dan sempat bertemu dengan Soleha sebentar-baru habis memakai inai.



                               Setelah sampai di rumah yang ditumpangi kami, kami melakukan persediaan hari esok di samping berkongsi-kongsi cerita sesama sendiri setelah lama tidak bertemu (memeriahkan rumah waktu tengah malam).
                Pada keesokan harinya, kami bersiap-siap untuk menghadiri majlis akad nikah pada sekitar 9.30 a.m. Di sinilah bermulanya debaran bermula. Oh ya, 2 Disember 2012 merupakan hari istimewa buat 2 warga 15gen. Hari ini, Soleha bergelar isteri, dan hari ini juga Tasnim meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke 20! (hai, baru nak sambut umur 20 ke Tasnim, kami dah nak masuk 21 tau!^-^)

Sebelum bergerak ke masjid, macam datang beraya pun ada;P






Hantaran dari pihak lelaki.


Usai ijab kabul - still malu2^^

 




Jom makan! Sedap sangat2, even dessert!


Moga berkekalan hingga ke syurga-Nya!

Muka bahagia~ Who's next?


                Bersama ‘mamarazi’ Taqiah dan Maryam Siddiqah, kita dapat melihat gambar-gambar perkahwinan Soleha yang seperti yang telah dimuatkan di ‘Group FB’ (tidak lupa kepada HP Tasnim dan Insyirah^______^ ). Sudah bergelar isteri orang sahabat kita ini. Moga menjadi isteri solehah seperti namanya. Amin…Kami di sana bukan sahaja sebagai tetamu semata-mata tetapi juga turut melancarkan perjalanan majlis dengan membantu apa yang perlu. Pada waktu petang, masing-masing menaiki bas pulang.


p/s: yang ini saja sempat dicoretkan. Maaf kalau ada apa yang tertinggal. Selepas ni siapa pula yang menyusul..^^

Posted by: ~nurizbah~ & amp; ~sfms~

Tuesday, December 4, 2012

The 3rd Marriage:)

2.12.2012 | Ulu Tiram, Johor

"Barakallahulakuma 
wabaraka 'alaikuma 
wa jama'a bainakuma fi khair"

Tahniah buat Soleha & suami, Iqbal Fadhil. Moga baitul muslim yang dibina diredhai dan mendekatkan kalian pada-Nya, Pencipta Cinta



*Just an intro, mungkin yang lain akan buat post panjang( tak tau bila), sebab gambar2 yg banyak ada pd sahibah lain..huhu
*Having a nice trip to Johore with you, girls:)
*Kalau ada yg nak 'join the group' jgn lupa gitau awal2 deh, boleh nak reserve tarikh:P

Sunday, November 18, 2012

Adakah anda orang yang 'BAHAGIA'?



KEBAHAGIAAN
   Kebahagiaan itu merupakan syurga impian, yang dirindukan oleh setiap orang. Daripada ahli fikir yang berada di puncak pemikiran dan renungannya, sehinggalah kepada rakyat biasa yang hidup dalam serba kekurangan dan kesederhanaan. Daripada raja-raja yang bersemayam dalam mahligai dan istana yang indah, hinggalah kepada kaum miskin yang melarat, hanya mendiami tempat tinggal yang kecil, semuanya merindukan kebahagiaan. Pasti tidak ada seorangpun yang menginginkan atau mencari nasib yang malang, dan tidak ada pula yang merasa puas dengan kesengsaraan hidupnya.

  Maka timbullah persoalan, “DI MANAKAH LETAKNYA KEBAHAGIAAN?”

  Banyak orang mencari kebahagiaan, tetapi dicarinya bukan di tempat kebahagiaan itu terletak. Akibatnya, bagai orang mencari mutiara di gurun pasir, lalu pulang dengan tangan yang kosong. Dia pulang hanya membawa kaletihan badan, kekecewaan perasaan, kesal dan putus harapan.

BAHAGIA BUKAN DALAM KEBENDAAN
  
   Sebagai contoh, kita kemukakan di sini apa yang ditulis oleh pemimpin redaksi majalah ‘Ros el Yusuf’, sebuah majalah yang tidak memperhatikan persoalan kerohanian. Tulisan itu berjudul, ‘Penduduk Syurga bukanlah Orang-Orang yang Berbahagia.’ Yang dimaksudkan dengan penduduk itu ialah penduduk negeri Sweden, yang hidupnya dalam tingkat perekonomian yang tinggi. Setiap rakyat Sweden tidak perlu merasa takut dan cemas terhadap kemiskinan, pengangguran dan kesengsaran di hari tua. Pendek kata, mereka hidup dalam keadaan yang cukup serba-serbi. Negara memberikan jaminan yang cukup besar dalam segala keperluan hidup, sehingga bagaimana juapun tidak perlu ada kekhuatiran dalam segala bidang kehidupan kebendaan mereka.
  
Namun anehya, dengan keadaan sedemikian senang, begitu makmur dan selesa, orang-orangnya masih hidup susah, berkeluh-kesah, mengeluh dan kesal serta ada yang sampai berputus asa. Akibatnya banyak yang melarikan diri dari hidup yang dirasanya penuh kesulitan dengan cara membanuh diri. Cara ini digunakan oleh beratus-ratus dan bahkan beribu-ribu orang sebagai jalan keluar dari kesulitan.

IMAN SUMBER KEBAHAGIAAN

   Maka, dapat disimpulkan bahwa bukanlah dengan banyaknya harta, tingginya ilmu pengetahuan dan teknologi yang menjamin kebahagiaan seseorang. Kebahagiaan itu ditemui hanya dengan KEIMANAN. Hanya keimanan yang dapat memancarkan ke dalam hati manusia sumber-sumber kebahagiaan, yang dirindukan oleh setiap orang. Kebahagiaan hanya akan menjadi kenyataan sekiranya wujud ketenangan, ketenteraman, keamanan batin, pengharapan, cita-cita dan kasih sayang. Untuk semua itu, iman yang menjadi sumbernya. Dengan keimanan, maka terciptalah keamanan lahir dan batin. Oleh itu, seharusnya kita menghargai nikmat iman yang telah kita kecapi dan berusaha terus untuk meningkatkannya tanpa rasa jemu dan lelah.

Ingatlah kata-kata Saidina Umar,“Nahnu qaumun a’azzanallah bil Islam, famahna nabtaghi izzah, bi ghairi ma a’azzanallah, azallanallahu. Kita adalah kaum yang hina, KEMUDIAN ALLAH MULIAKAN KITA DENGAN ISLAM, BARANGSIAPA YANG MENCARI KEMULIAAN SELAIN DARI APA YANG ALLAH MULIAKAN KITA, MAKA ALLAH PASTI AKAN MENGHINA KITA.”

   Sebagai kesimpulan, kebahagiaan itu dapat digambarkan bagai sebuah pohon yang rendang. Tempat tumbuhnya ialah jiwa dan hati nurani. Keimanan pada Allah itulah pengairan dan makanannya, menjadi udara dan cahaya yang membantu pertumbauhannya.

Moga bermanfaat. Petikan dari buku ‘Iman dan Kehidupan’, karya Dr. Yusuf al-Qardhawi.

Saturday, November 17, 2012

Jihad kita..


Assalamualaikum WBT.

Selawat dan salam ditujukan buat junjungan besar Rasulullah SAW dan kepada keluarga baginda. 

Hanya perkongsian ringkas atau boleh diistilahkan sekadar peringatan. Isu terkini yang hangat diperkatakan ialah berkenaan  “Siri serangan terbaru Israel secara besar-besaran ke atas Gaza”.

Di sini saya hanya ingin membangkitkan persoalan pada diri kita, sejauh mana kita mengambil berat dan sejauh mana kita berusaha dalam membantu saudara-saudara seIslam kita.

1) SUDAHKAH KITA BERDOA PADA MEREKA?

2) SUDAHKAH KITA MEMBOIKOT BARANGAN ISRAEL?

3) SUDAHKAH KITA  INFAKKAN UNTUK MEREKA?

Jika sudah, marilah kita tingkatkan lagi usaha kita.

Jika belum, masih belum terlambat untuk kita berbuat demikian. 

Dan di sini ingin saya tekankan tentang pemboikotan barang. Rasanya ramai dalam kalangan kita mengetahui akan perkara ini, tetapi mengapa kita masih mampu membutakan mata dan hati kita dengan terus membeli dan menyumbangkan kepada Israel?(Pengecualian pada barangan yang sangat2 penting dan tiada sumber2 lain) Marilah kita sama-sama muhasabah.

"Barangan yang selalu dibeli Nestle, Kit Kat, Maggi, L'Oreal"

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud, 
“Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya” 
(Hadith riwayat Bukhari)

Akhir kata saya menyeru  sama-samalah kita berdoa untuk saudara-saudara kita. Sesungguhnya doa itu senjata mu’min. Selain itu, marilah sama-samalah kita memboikot barangan mereka . Walaupun peratusan untung yang diterima oleh mereka hanya sedikit tetapi tetap memberi kesan yang mendalam pada saudara-saudara kita. 


"McD, Coco Cola, Ralp Lauren"


Segala kebenaran hanya dari Allah dan segala kelemahan dari diri ini. Waallahu'alam.
 

Template by BloggerCandy.com