Pages

Awaken

Sometimes, standing among millions of ghuraba people can raise up our holy and strong spirit to awake this ummah. Wait till we meet in jama'ah and we will hit this universe with the holiest and super incredible new system for the new programme generation. Let's raise our hand and pray for our world.


Total Pageviews

Jadual Tugasan 15zikr

  • Minggu 1 : Syuhada - Ruziah - Iffah Hanna - Aliya
  • Minggu 2 : Nabilah Kamal - Basyirah Ritzuan - Syafiqah Sabbri - Syahirah
  • Minggu 3 : Fatin Nabila - Izzati - Fatimah - Basyirah Z
  • Minggu 4 : Sofiah Hadi - Nadhirah - Nadiah - Fatinah

Wednesday, November 14, 2012

DOA AWAL DAN AKHIR TAHUN

sekadar perkongsian...

Menjadi kelaziman sebahagian orang Islam, apabila berakhir bulan Zulhijjah yang memberi erti bermulanya tahun baru Hijrah, mereka melakukan satu upacara doa yang dikenali dengan ‘Doa Awal dan Akhir Tahun’. Ia dibaca selepas waktu Asar, atau sebelum Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijjah. Lafaz doanya ‘disunatkan’ dibaca sebanyak tiga kali. Dan dikatakan fadilat doa ini ialah apabila dibaca, maka syaitan akan berkata, “Kesusahan bagiku, dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua”. Disebut juga, dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun.
Begitulah besarnya kelebihan yang disebut-sebut tentang doa awal dan akhir tahun ini. Tidak hairan, ramai yang mempercayainya dengan harapan memperoleh kelebihan itu. Sehingga di sesetengah sekolah, asrama, atau pejabat-pejabat, ia dibaca secara berkumpulan, dengan dipimpin oleh seorang ustaz selaku tekong dalam upacara doa tersebut dan di’amin’kan oleh jemaah.
Jika diteliti doa awal dan akhir tahun tersebut, diakui bahawa lafaz Arabnya sangat elok, susunan kata-katanya menarik, dan maksud kandungan doa juga tidak bersalahan dengan mana-mana prinsip syarak.
Tetapi, oleh kerana doa ini ditetapkan lafaz bacaannya, bilakah waktu dibaca, berapa kali bacaannya diulangi, dan apakah fadilatnya, maka upacara membaca doa ini adalah termasuk dalam bidaah. Kerana bacaan doa ini tidak pernah direkodkan dalam mana-mana kitab hadis muktabar, tidak pernah dinukilkan amalannya di kalangan para sahabat, tabien dan para salaf, dan tidak disebut pun oleh imam-imam yang masyhur.
Sedangkan kita tahu doa adalah ibadah. Dan dimaklumi bahawa ibadah bersifat tauqifiyyah iaitu mesti diambil asal dan kaifiatnya daripada syarak. Tetapi, dalam persoalan doa awal dan akhir tahun ini, tidak didapati sebarang asas pun daripada nas-nas syarak.
Syeikh Bakr Abu Zaid -rahimahullah- menyebut satu kaedah dalam amalan doa, iaitu: Setiap orang yang mengada-ngadakan sesuatu dalam urusan ibadah seperti doa dan zikir dalam bentuk yang ditetapkan dengan menganggap ia adalah satu sunnah, sedangkan ia bukan daripadanya, maka dia dihukum berdosa.
Alasannya perbuatan ini adalah satu bentuk meninggalkan perkara yang disyariatkan, satu penambahan terhadap syarak, satu galakan terhadap amalan yang bukan daripada syarak, dan menyebabkan orang awam menyangka bahawa ia suatu yang masyruk. (Tashih Ad-Dua: 44)
Apabila dikatakan bahawa ia bidaah, pasti ada suara membantah, “Sikit-sikit bidaah, apa salahnya berdoa?”. Ya, berdoa tidak salah. Ibadah doa boleh dilakukan pada bila-bila masa yang sesuai.  Termasuklah berdoa pada tarikh 29 Zulhijjah. Yang salahnya ialah menetapkan bentuknya seolah-olah ia daripada syarak. Ditambah pula dengan fadilat palsu tentang kata-kata syaitan begitu dan begini, dan jaminan pengampunan dosa selama setahun. Ini semua perkara ghaib yang mesti diambil daripada nas-nas sahih.
Ada juga mengatakan, “Perkara kecil seperti ini pun hendak diperbesar-besarkan?”. Jawapan kepada persoalan ini ialah kata-kata Imam al-Barbahari, “Dan awaslah kamu daripada perkara-perkara kecil yang diada-adakan, kerana bidaah-bidaah kecil akan berulang hingga ia menjadi besar”.
Ibn Taimiyyah pula mengatakan, “Bidaah-bidaah pada permulaannya hanya sejengkal. Kemudian ia bercambah di kalangan pengikut-pengikut, hingga menjadi beberapa hasta, beberapa batu dan beberapa farsakh“. (Satu farsakh bersamaan 3 batu).
Oleh itu,  janganlah dipandang mudah terhadap perkara-perkara kecil yang menyalahi syariat, apatah lagi termasuk dalam bidaah. Dan yakinilah bahawa setiap amalan ibadah yang dilakukan, sedangkan ia bukan daripada agama, maka amalan itu ditolak oleh syarak. Wallahu A’lam.
nukilan : abu umair

Monday, October 29, 2012

KOBAR


Assalamu'alaikum wbt.. Apa khabar warga 15zikr dan semua? Moga sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT. Dah lama blog ni tak terupdate..-.-
Post kali ni berkenaan program yang akan diadakan tak lama lagi, jemput semua untuk hadir ya. Jom baca sat...

HALUAN adalah singkatan kepada Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada tahun 1988. Ianya merupakan sebuah NGO yang berteraskan kepada prinsip dan nilai Islam, mencurahkan bakti kepada setiap lapisan masyarakat yang memerlukan tanpa batas kepercayaan agama, bangsa, politik, status sosial mahupun geografi.


Menyedari hakikat bahawa kebanyakan pentingnya belia ini dimantapkan fikiran dan akal mereka bagi memenuhi tuntutan ummah, maka program Konvensyen Belia Haluan (KOBAR) telah dirangka untuk memantapkan lagi barisan pelapis dalam memaju perubahan Malaysia kearah yang lebih baik.


KOBAR Menggariskan beberapa Objektif:

1- Memperkasa kesedaran Islam dalam realiti kehidupan belia masa kini.
2- Menjana kekuatan ukhuwah di kalangan belia Islam.
3- Mendedahkan belia kepada isu-isu Islam dalam dan luar negara.
4- Memperkenalkan dan merapatkan hubungan belia dengan HALUAN.


Butir-Butir Program :

1-Tarikh Program : 3-4/11/2012

2-Hari : Sabtu – Ahad

3- Tempat : Pusat Konvensyen KUIS, Bangi.

4
-Yuran Program : RM 50.00

5- Pendaftaran :

Daftar di sini : http://kobar.haluan.org.my/2012/

Join event di sini :https://www.facebook.com/events/269214329848739/?fref=ts


Sebarang maklumat yang tidak jelas boleh hubungi Pihak Penganjur. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita, dan memelihara perjalanan kita, serta memberi kelapangan waktu serta keterbukaan hati kepada kita untuk menerima sebanyak mungkin ilmu dan mutiara yang akan kita dapati di sana. InsyaAllah. ^__^. Akhir kalam, semoga dengan saling mencintai kerana Allah akan menjadi sebab untuk kita semua mendapat cinta Allah & RasulNYA dan bertemu di syurgawi.


*Boleh disebarkan kepada sesiapa yang berminat.

*oh ya, antara penyampai yang akan hadir guru2 kita juga-Sir Abdoh, Ustaz Muhtad, Sir Rosdi pun ada! ;)

Moga hujung minggu kita terisi dengan hal2 yang bermanfaat dan diredhai Allah! Jumpa di sana, insyaAllah.


Sunday, September 9, 2012

SEMESTER BARU

Assalamualaikum WBT,


Lamanya blog ni tak di'update', dah bersawang jugalah kan. Apa-apa pun di harapkan para pengunjung blog ini dan warga 15 zikr sentiasa berada di bawah naungan rahmat dan kasih-sayang Allah SWT. Sekarang dah bulan 9 jadi ini petanda permulaan semester baru untuk pelajar-pelajar yang ambil degree di Malaysia. Jadi di sini, mari kita sama-sama cuba buat checklist beberapa perkara sebelum memulakan semester baru;



Checklist

1)Post-mortem previous semester   


2)Target & goal untuk semester baru

  • Aspek study
  • Aspek DnT

3)Tajdid niat


4)Perancangan untuk target & goal


5)Doa


6)Restu ibu bapa


7)Tahap keimanan


Yang ni short checklist je, banyak lagi yang boleh ditambah. Jom sama-sama kita tingkatkan diri kita ke arah yang lebih baik.


Diri,
Engkau berharga,
Maralah ke hadapan,
Ke arah pembaikan,
Agar kau berdiri megah di sana,
Dengan gunungan amal dan bakti,
Lautan ilmu dan budi,
Demi agama tercinta ini,
Haruslah diri,
Jadikan ayat ini realiti,
Dalam lingkungan diari hidupmu,
al-islamu ya'lu wa la yu'la 'alaih,
Kuatkan azam,
Semarakkan tekad,
Tajdidkan niat,
Moga redha Allah mengiringi bersama,
Hingga ke syurga firdausi.



Yang baik semuanya dari Allah SWT. Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada kita semua.



Saturday, August 11, 2012

MARI BELI BUKU KITA..


MARI BELI BUKU KITA..


Asslmkm..
PENGUMUMAN:-

*Buku RAMADHAN 15ZIKR ini akan siap dicetak dan dipasarkan bermula Isnin ini.(INSYA-ALLAH)..

*Sesiapa yang berminat untuk membeli secara terus bolehla brjumpa dgn Iffah Hanna Fikri sndiri.

*Hanya RM5 senaskah-full colour

*Jika anda memerlukan perkhidmatan pengeposan..bolehla meng-PM @ msej @ cntact Aliya Roseli Dol nama anda,no fon dan alamat buku nk dhntar..(Transfer duit kat IFFAH HANNA )

*Charge RM2 bg setiap kiriman..(Dalam MALAYSIA shj.Maaf km xdpt mmbntu mmbuat pghntaran ke luar negara.Kecuali IZZAH HUSNA)

*Barang akan dhntar 1/2 hari selepas hari rabu ini.(Semua order hendaklah dibuat sebelum hari RABU/15 Ogos)-selepas 15 Ogos boleh.tapi tambah lagi seringgit. kos minyak dua-tiga ulg alik.baik order siap2..

*Order dibuka SEKARANG!!

*INGAT!Anda membeli buku ini..Bermakna anda telahpun menyumbang kepada 15ZIKR..CEPAT ORDER!!!!

#####JUMLAH BUKU ADALAH TERHAD!!#####

-p/s:tolong sebar dan hebahkan info ini kpd rakan2 yg lain.. please...

nota tambahan:- kalau nak buat pos skali gus ntuk IPT anda jgak bole.. misalnya, 10 buah buku dhntar kpd wrga 15 zikr di KTD,UIA,USIM etc.. hrga pos RM5 satu kiriman.

>>  BIMB IFFAH HANNA FEKARAY
       09-010-02-058027-5.

>> Atau wang pos
     No8,Lorong Melati 4,Taman Melati Indah,02400 Beseri,Perlis

mklumat lanjut :   - iffahhanna 019-4141503
                            -aliya roseli 011-19723940

Friday, August 3, 2012

Projek Infaq Ramadhan MATRI 1433

Assalamualaikum wbt,
Apa khabar? Semoga Ramadhan kali ini ditempuh dan dilalui dengan penuh keimanan. Sedar ataupun tidak dah 14 Ramadhan sekarang ni. Macam mana? So far so good? Harapnya begitulah ya, dan masih belum terlambat untuk kita perbaiki Ramadhan kali ini. Apa yang penting masing-masing berusaha mencapai target:)

Bersempena Ramadhan kali ini, suka saya mengajak warga 15zikr untuk menyumbang dana buat MATRI. Moga sumbangan yang kita hulurkan di bulan penuh keberkatan ini diredhai Allah, dan mungkin juga sebagai titik permulaan untuk kita terus istiqamah menghulurkan sumbangan seperti yang pernah kita sepakati sebelum ni.

Siapa yang berminat untuk infaq RM10 atau lebih, boleh la bank-in ke akaun:

No akaun: 08-040-02-007235-2
Bank: BANK ISLAM (BIMB)
Pemegang akauun: NORANI BINTI ABD SHUKOR *cek dulu nama sebelum bank-in

Resit perlu dihantar pada HALIMAHTUN SAADIAH HARUN sama ada dalam bentuk mms @ emel: matun_alisa@yahoo.com. InsyaAllah, akan diperingat dari masa ke semasa agar tidak terlepas peluang ini:)
Mohon agar sumbangan dihulurkan before the end of Ramadhan.


Jom sama-sama contohi batch senior kita nih..hee~


"Orang yang mendermakan hartanya malam dan siang, secara rahsia mahupun terang-terangan itu, akan mendapat balasan (pahala) di sisi Tuhan mereka, tidak ada ketakutan atas mereka serta tidak akan dukacita"
~Al-Baqarah: 274


*Untuk makluman, projek infaq Ramadhan kali ini merupakan hasil KOLABORASI 15gen MATRI.


Wednesday, August 1, 2012

..::Manfaatkan Ramdhan Ini::..

Iklan Bulan Al-Quran Tiada Di Malaysia

Semasa Ramadhan la masa yang kita sepatutnya manfaatkan untuk membaca Al-Quran. Kerana amal semasa bulan mulia ini dilipatgandakan. Moga Allah memberkati Ramadhan ini dan menjadikannya lebih baik dari tahun sebelumnya.Selain membaca Al-quran kita juga boleh membantu ibu bapa kita dalam melakukan pekerjaan seharian di rumah seperti memasak(dapat belajar banyak resipi baru^^), mengemas rumah, melipat pakaian, mencuci halaman dan sebagainya.

Gambar di'share' dari facebook 


Solat pula boleh di'improve'kan. Jika sebelum ini solat sering dilewat-lewatkan moga-moga bulan ini kita melakukan satu langkah perubahan positif dalam kehidupan kita.Rebutlah peluang ini kerana seperti yang kita telah maklum saat ini syaitan dibelenggu hanya nafsu yang tinggal bersama-sama dengan kita. Bentukkan nafsu kita ke arah kebaikan. Perbanyakkan berdoa kerana Allah rindu mendengar kita memohon pada-Nya.


Gambar hiasan semata-mata (di'share' dari facebook)


Gambar hiasan semata-mata (di'share' dari facebook)
 Gambar hiasan semata-mata (di'share' dari facebook)

Sama-sama kita 'list' kan amalan untuk dilakukan sepanjang Ramadhan ini. Manfaatkan Ramdhan yang setahun sekali.Andaikan ini Ramadhan terakhir kita, sudah tentu kita akan menghargai saat ini sebaik mungkin. Moga Allah berkati Ramadhan tahun ini.

p/s: rindu suasana Ramadhan di matri T_T

posted by_~nurizbah~
 

Template by BloggerCandy.com