Pages

Awaken

Sometimes, standing among millions of ghuraba people can raise up our holy and strong spirit to awake this ummah. Wait till we meet in jama'ah and we will hit this universe with the holiest and super incredible new system for the new programme generation. Let's raise our hand and pray for our world.


Total Pageviews

Jadual Tugasan 15zikr

  • Minggu 1 : Syuhada - Ruziah - Iffah Hanna - Aliya
  • Minggu 2 : Nabilah Kamal - Basyirah Ritzuan - Syafiqah Sabbri - Syahirah
  • Minggu 3 : Fatin Nabila - Izzati - Fatimah - Basyirah Z
  • Minggu 4 : Sofiah Hadi - Nadhirah - Nadiah - Fatinah

Wednesday, May 2, 2012

Doa untuk korang ....sahabat dan kawan-kawan!






Doa untuk sahabat...
Segala puja dan puji itu hanya milikmu wahai Tuhan penentu segala takdir. Selawat dan salam buat Rasul junjungan petunjuk sepanjang zaman, Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabatnya yang umpama bintang-bintang bergemerlapan.

Ya Allah…
Dalam perjalanan kehidupan ini telah Engkau jadikan bagiku seorang teman. Sedangkan ia adalah diluar jangkaan dan sangkaan hambaMu ini. Aku tetapkan baginya satu peraturan yang hanya Allah yang akan menentukan segalanya.

Ya Allah…
Dalam kekalutan begini, dia pergi menyendiri dan hanyalah dititipkan suatu pesanan melalui seorang teman buatku. Dimanakah salahku wahai Tuhan dan tunjukkanlah dimana silapku. Jangan Engkau biarkan aku begini tanpa diketahui apakah kesalahan yang telah aku lakukan terhadapnya.

Ya Allah…
Walau apa pun takdirMu keatasku, maka disaat ini aku tahu dia perlukan pertolongan. Oleh itu wahai Tuhan, aku dengan penuh rasa kehambaan yang penuh kehinaan memohon padaMu bagi pihaknya, kerana dia adalah sahabatku.

Ya Allah…
Ampunilah daku dan sahabatku dan masukkanlah kami kedalam rahmatMu dan Engkau adalah Tuhan yang maha penyayang.

Ya Allah…
Jangan Engkau tinggalkan untuknya suatu dosa melainkan telah Engkau ampunkan. Dan tiada suatu aibnya, melainkan telah Engkau tutupinya. Tiada suatu dukanya melainkan telah Engkau hilangkan daripadanya. Tiada suatu hutangnya melainkan telah Engkau bayarkannya. Tiada suatu kesakitan melainkan telah Engkau sembuhkannya. Tiada suatu hajatnya dari keperluan dunia dan akhiratnya yang telah Engkau redhai dan tepat untuknya melainkan telah Engkau tunaikan segalanya baginya wahai Tuhan yang Maha Penyayang.

Ya Allah…
Lindunglah sahabatku dari hilangnya nikmatMu dan berubahnya kesejahteraanMu dan mendadaknya seksaMu dan berbagai macam murkaMu.

Ya Allah…
Sungguhnya aku bermohon kepadaMu tabahkanlah dia dalam menghadapi segala urusan dan kekuatan dalam menerima petunjukMu.

Ya Allah…
Kurniakanlah kepadanya jiwa ketaqwaan dan sucikanlah. Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya.

Ya Allah…
Sungguhnya aku bermohon kepadaMu bagi pihaknya dengan sabaik-baik permintaan, sebaik-baik permohonannya, sebaik-baik kejayaannya dan sebaik-baik pahala baginya. Tetapkanlah untuknya, beratkanlah timbangan kebaikannya. Mantapkanlah imannya, tingkatkanlah darjatnya, terimalah solatnya dan ampunkanlah dosa-dosanya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu tingkat yang tinggi di syurga. Ya Allah perkenankanlah permohonanku.

Ya Allah…
Sungguhnya Engkau mengetahui apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku perlihatkan, maka ampunkanlah kealpaan dan kelalaiannya. Dan Engkau mengetahui segala hajatnya, maka kabulkanlah permohonannya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu keimanan yang selalu mendampingi hatinya, dan keyakinan yang kuat sehingga dia mengerti bahawasanya tidak akan menimpa dirinya kecuali apa yang telah Engkau tentukan baginya dan bahawasanya apa sahaja yang telah menimpa dirinya bukanlah semata-mata yang meluputkannya. Dan apa sahaja yang telah meluputkannya bukanlah yang semata-mata menimpa dirinya.

Ya Allah…
Aku bermohon baginya kepadaMu iman yang dia buat cari kebenaran. Cahaya yang dia jadikan ikutan dan rezeki yang dirinya cukupkan. Ya Allah…jadikanlah dia cinta kepadaMu dengan hatinya seluruhnya dan rela kepadaMu dengan segala kemampuan dirinya seluruhnya. Ya Allah… jadikanlah cintanya seluruhnya hanya kepadaMu dan amal perbuatannya seluruhnya hanyalah untuk mencari keredhaanMu.

Ya Allah…
Apa sahaja yang Engkau jauhkan darinya dari hal-hal yang dia cintai, jadikanlah hal itu sebagai penguat untuknya mencintai apa yang Engkau cintai dan jadikanlah cintanya kepadaMu sebagaimana Engkau mencintai.

Ya Allah…
Cukuplah diriMu bagiku, tiada Tuhan selain Engkau. Hanya kepadaMu aku bertawakal. Dan Engkaulah Tuhan yang memiliki arasy yang agong.

Monday, April 30, 2012

You are beautiful dear !


Just a simple cloth with a hijab and cover up your beauty .
Allah said in Surah An-Nur : 31

"And say to the faithful women to lower their gazes, and to guard their private parts, and not to display their adornment except what is apparent of it, and to extend their headcoverings (khimars) to cover their bosoms (jaybs), and not to display their adornment except to their husbands, or their fathers, or their husband's fathers, or their sons, or their husband's sons, or their brothers, or their brothers' sons, or their sisters' sons, or their womenfolk, or what their right hands rule (slaves), or the followers from the men who do not feel sexual desire, or the small children to whom the nakedness of women is not apparent, and not to strike their feet (on the ground) so as to make known what they hide of their adornments. And turn in repentance to God together, O you the faithful, in order that you are successful. "

So, cover your beauty because this is soo precious thing ever for every muslimah right ? ~

SMILE always :D


-a.r.d.-

Thursday, April 26, 2012

Perkahwinan Kedua..


Alhamdulillah..Alhamdulillah..Subhanallah..
  Baru- baru ini , sahibah 15th gens dikejutkan dengan berita perkahwinan JULIZAWATI BINTI JOHARI dengan pasangannya MOHD IMANUNIDDIN RUSLAN. Ya, kami memanggilnya dengan gelaran kak Jue kerana dia lebih tua setahun dari kami semua..so, umur kak jue sekarang 21 tahun..ha, pasangannya 21 tahun juga, dengar kata, classmate di UNISEL…Alhamdulillah, apa jua perancangan, perancangan Allah jua adalah yg terbaik..
 Inilah pasangan bahagia..

 Alhamdulillah, ramai juga sahibah yang turun, ada yang tak pernah jumpa semenjak keluar matri kira2 dlm 3 tahun juga la, jumpa balik..excited bila dengar sorang lagi sahibah nak melayari alam rumahtangga..hehe..kami semua datang dengan pelbagai cara..huh? pelbagai cara?..maksud kat sini, ada yang datang naik keta, bas , dan sebagainya..sesetengah kami yang dari jauh, kumpul di taman tarbiyah dimana tempat kami semua berjuang waktu muda2 dulu..ngeh22..kami menginap di rumah tumpangan yang terbaik iaitu di rumah tumpangan ustaz Shaari..Alhamdulillah, dari dulu, bila kami kumpul buat renion, disitulah tempatnya kami berkumpul..

 Tapi, ada seorang sahibah ni, sangat2 bertuah..tak tahula..memang nasib dia kot..bila kami berkumpul jer, mesti tepat dengan tarikh lahir dia..waktu pertama kali tahun 2010 seingat saya,kami berkumpul pun, buzday dia, kami ni pun sambut la sekali ngan budak2 yang lahir bulan 4..kali ni gak, tarikh lahir dia..jadi, sesetengah dari kami yang arrange kan dia punya kek..and malam tu kami sambut la..hehe..bertuah la punya badan SITI NABILAH BINTI KAMAL..anyways, selamat datang tuan punya badan 20 tahun..hehe..kena matured sikit..hehe..


 Time ni la kami buat surprise kat bill k..

 Esoknya, pagi2 la rumah tumpangan tu riuh..kitaorang tak nak lepaskan peluang untuk akad nikah kad jue nie..jadi kol 9.15 tu kami dah bergerak..tapi sebelum bergerak, memang bergambar sakan la kami..hmm..batch kami ni dari dulu dikenal dengan batch suka bergambar..lagi satu batch yang suka buat bising..heh..jd, bila kami jumpa jer, macam tak jumpa berabad..tu baru sesetengah yang datang, kalau semua, huishh..x dpt bayangkan..huhu..alhamdulillah, dari matri, kami naik 2 keta..satu keta IMTISAL dan satu lagi keta IFFAH HANNA..pastu, kat tengah jalan, pi ambik group keta ATIQAH..meriah lagi, satu keluarga dr 15th genz pun datang iaitu, PUAN SARAH DAN ENCIK TAUFIQ sekali ngan baby KAAMILAH..barakah..barakah..huhu..


       Tak semua yang ada dalam gambar ni..sebelum bertolak ke masjid..di hdpn rumah tumpangan us shaari.
  Akad nikah kak jue, buat dekat masjid berdekatan ngan umah kak jue..selepas itu, barulah kami pi umah pengantinnyer..perkahwinan ni serentak dengan kakak kepada kak jue, iaitu kak juraida..jadi, agak besar-besaran la gak..but seriously, simple..simple, tapi meriah…


Ha, inilah 2 pasangan pengantin..kak jue ngan kakaknya..
 Alhamdulillah., sepanjang kami melalui sebelum dan semasa perkahwinan kak jue, banyak yang kami dapat fahami tentang alam perkahwinan ni..maksudnya, bukan dari pemerhatian kami saja , tapi dari segi perbincangan dan perbualan kami antara rakan se-batch..bila lama tak jumpa, banyak benda yang kami kongsikan bersama..teringat zaman berjuang dahulu, apabila kami jatuh, sahibah2 ini lah yang datang menguatkan kami kembali..apabila umur kian meningkat, banyak benda yang kena pelajari dan fahami bersama..ye, itulah lumrah kehidupan…

 Jadi, setakat inilah yang mampu saya coretkan..ini pun atas permintaan sahibah2 yang lain.maaf kalau tak complete..coz tak tahu nak buat ayat..hehe..anyways, sesiapa yang rase2 dah nak sampai seru, jangan lupa contact2 kami, insyaallah, diizinkan Allah, kami akan datang..lagi satu, pesanan dr sahibah2 yang lain, kalau da nak kawin.,bagitau awal sikit, mudah sikit , kumpul bajet..almaklumla, semua duduk jauh2, untuk tiket bas..hehe…

 WASSALAM..

Wednesday, April 25, 2012

Peluang Lain


Assalamualaikkum wbt, 
Selawat ke atas Muhammad swt serta sahabat2 baginda
Serta panjatkan syukur ke hadrat Ilahi dan
Salam Bahagia daripada saya :) 

Mereka ke Utara , saya ke Selatan . Huhu . Inilah status yang saya buat di facebook dan saya mempunyai bait-bait cemburu dengan mereka pergi ke Perlis untuk menghadiri kenduri sahabat batch kami, Julizawati. Allah izin, mungkin ini adalah terbaik untuk saya dan rakan2 lain yang tidak dapat mengikuti konvoi ke kenduri Kak Ju . Maaf ye Kak Ju , kami hajat sangat nak ke sana tapi Allah adalah sebaik2 perancang kan ? Moga Allah murahkan rezeki Kak Ju dan suami, Barakallahulakuma~



Peluang Lain

Saya tidak berpeluang ke sana tapi Allah izin saya berpeluang untuk berkhidmat di HiMEGA 2012 yang diadakan di Kolej Universiti Islam Selangor, Bangi, Selangor pada 21-23 April 2012. Macam2 pergelutan yang berlaku untuk ke sana tauu. Ayah saya dahlah susah nak beri keizinan ke sana sini, tambah2 lagi luar negeri Kelantan tapi kali ini saya dapat keizinan darinya kerana ayah saya tahu yang saya pergi ke sana secara beramai2 :D . Sabar adalah wasilah saya dapat ke sana, Allah menghadiahkan peluang ini pada saya . Shahiratul Amina pun juga pergi bersama saya. Kami pergi ke sana adalah sebagai pengiring kononnya tapi bukan pengiring sangat pun, saja melawat sebab tambah2 lagi saya amat rapat dengan batch ke-17 MATRI (perempuan) . Maka, saya ambil peluang ini untuk berjumpa dengan mereka yang telah melalui susah senang bersama sewaktu saya berada di Marhalah Khassah MATRI. Ya la, saya bukannya ada rakan2 sebatch bersama cuma Iffah Hanna sahaja, jadi saya bersahabat dengan mereka J .  Di sana, saya berjumpa dengan ramai orang, lebih 200 rasanya. Seronok juga kenal dengan ramai orang tak kira kakak atau adik. Ukhwah baru dibina di sana, serata Negara Malaysia saya ada kawan tau !

Reunion Kecil



Syahirah, Aqilah, Shahiratul Amina, Basyirah Ritzuan, Izzati Bahran, Fatinah, Nabiha Ilya dan SAYA~ Mungkin tak seramai yang menghadiri kenduri yang kira2 lebih 15 orang kan ? Tak apa kami berjumpa walaupun sebentar amat bernilai, berkongsi pengalaman masing2 . Best juga dengar cerita masing2, tambah2 lagi Nabiha sebagai jururawat yang berpengalaman macam2, kami rujuk dia macam doctor tu ! Dia pun sedang praktikal kat satu klinik Ibu dan Anak sekarang, jadi sesiapa nak pergi klinik, boleh laa contact Nabiha J. Syahirah, Fatinah, Izzati , Basyirah  sedang menghadapi final exam. Moga berjaya ya!  Aqilah dan Sha cuti macam saya laa tapi sha dan saya lama lagi nak masuk U untuk kemasukan ijazah bukan 9. Luangkan masa yang hanya beberapa jam dengan mereka amat berharga. Maaf lah tak sempat bergambar kita berlapan orang. Selain itu, saya berjumpa sahabat2 saya JDK dan kakak2 JDK . Ramai ! Seronok . Izati Matnor, Akasyah, Salimah, Sabiha, Siti Atiqah, Adzkia, Imanina, moga kita berjumpa lagi, Allah pasti akan memberi peluang untuk kita berjumpa kan ? Berjumpa dan berpisah kerana-Nya .

Bidan Terjun


menjaga booth haluan siswa
Kami ( saya dan sha ) ingat kami berlengah je di sana. Tak sangka macam2 tugasan kami jalankan di sana. Mula2 fikir jaga booth Haluan Siswa sahaja , Allah izin saya jadi urusetia dokumentasi mengantikan tempat urusetia yang tidak berpeluang untuk meneruskan tugasan mereka atas hal2 tertentu . Agaklah segan, ya la saya ini bukannya biasa pergi program Haluan Siswa anjur , selalu join yang MATRI anjur je (saya kan budak sekolah waktu tu tak sesuai jadi ahli Haluan Siswa lagi). Selain itu, Kak Sah minta kami berdua jadi urusetia pengangkutan memandangkan tenaga pengangkutan amat diperlukan. Alhamdullilah kami berdua mempunyai lesen memandu, kalau tak, maaflah Kak Sah tak dapat bantu. 3 in 1 kan ? Penat juga tapi seronok apabila melihat kerja2 dapat diselesai dengan baik. Macam2  pengalaman, sampai kami tersesat ke jalan Johor . Almaklumlah kami tak kenal jalan di Selangor ini :D . Alhamdullilah ada Kak Ayuny dari KUIS yang membantu. Kami hanya sekejap 2 saja masuk dewan bila ada masa free lah tapi saya tak lepaskan peluang untuk mendengar Promosi Marhalah Khassah MATRI . WAJIB tauuu !! Kerana saya adalah salah satu keluarannya dan saya tahu impak2 baiknya .  Oleh itu, sesiapa yang mahu menanya tentang Khassah, boleh tanya saya. Saya sedia membantu anda !

Geng Sewaktu Khassah

Batch 17 amat saya rapat. Bila jumpa, macam2 cerita la apa la. Kami rapat sangat, saya pernah pesan pada mereka minta bawa kamera. Sewaktu saya di Khassah, saya tak berpeluang nak bergambar dengan mereka, ada sekeping je rasanya . Sakan la kami bergambar di sana. Merai kedatangan mereka. kadang2 saya menghilang sewaktu program berjalan, pasti mereka tanya di mana saya pergi,risau benar yaa . Maaflah sepanjang program saya tak dapat bersama dengan korang. Nanti kita gathering lagi tauu ~ Sekali tu saya ada makanan yang Kak Yong kasik tapi saya tak sempat habiskan, kemudian saya berikan pada mereka . FUH ! Lesap aje . Biasalah budak MATRI kalau nampak makanan , cepat aje.



Afiqah, Safiyah, Nailah, Masyithah, Syafiqah, Aisyah Yus, Naisah, Atikah, Fadwa, Amirah, Najwa, Hajar, Anis, Maryam, Fathonah, Sophie, Mai, Hazi, Hazirah Kamal, Sher, Izzah, Ruru, Nabihah, Areej, Nadhi,  Reha, Khufiyah, Aimi, Faizah, Asma, Amalee, Chup, Nabilah Jamri, June, Teha… ramai lagi saya tak mention . fuuhh . Baru perasan siapa tak mai :’( Takpe nanti kita jumpa lain kali tauu . Mungkin itulah terbaik Allah beri J Thanks for everything , saya menghargai kalian sebagai sahabat di sisi saya . Merekalah geng saya di MATRI tauu !

Apa yang saya dapat sepanjang hari tersebut, SABAR. Jika kita bersabar dalam sesuatu perkara, insyaAllah Allah akan menghadiahkan sesuatu yang kita tidak jangka nilai hadiah-Nya. Nilai sabar mahal kan ?

Friday, April 20, 2012

Mari amalkan hadith

Assalamualikum w.b.t. kepada sidang pembaca. Alhamdulillah setinggi-tinggi syukur kita rafakkan kepada Allah s.w.t. kerana masih menganugerahkan kita nafas ini sekaligus memberikan kita satu lagi peluang untuk mempebahrui diri dan menjadi hamba yang lebih dekat kepada-Nya. Kadang-kadang apabila Allah anugerahkan nikmat nafas dan peluang ini setiap hari, kita hampir menjadi insan yang lupa kepada nikmat-Nya. Lupa akan nafas yang dipinjamkan dan lupa akan peluang waktu yang dianugerahkan. Marilah sama-sama kita cuba pertingkatkan diri dalam meraih kasih, cinta dan redha-Nya. Amat rugi peluang masa ini kita sia-siakan dan amat mengecewakan apabila kita pulang bertemu Allah kelak dengan tangan yang kosong sedangkan dia telah meminjamkan kita peluang masa selama hampir mungkin 20,30 hatta 80 tahun sekalipun.Sama-sama kita fikirkan sejenak supaya jiwa kita menjadi lebih peka dan hidup.

Entry kali ini sebenarnya saya berhajat berkongsi mengenai "Penyelesaian masalah melalui jalan taqwa". Tetapi ada masalah yang tidak dapat dielakkan. Insya-Allah saya akan berkongsikan tajuk ini pada entry yang akan datang. Sebagai ganti, saya akan berkongsi beberapa hadith pendek yang boleh kita amalkan. Sebenarnya hadith2 ini merupakan keratan-keratan daripada hadith yang panjang. Sewaktu saya kecil-kecil dulu, dalam usia 9-10 tahun, apabila diadakan usrah keluarga, ayah saya akan membaca hadith2 pendek ini. Dan kami adik-beradik diwajibkan menghafal maksud hadith-hadith ini. Tetapi kenangan yang tidak dapat saya lupakan ialah kami  adik-beradik menggunakan hadith tersebut sebagai hujah..Salah satu hadithnya "Sesiapa yang menunaikan hajat saudaranya, nescaya Allah akan menunaikan hajatnya." Setiap kali hendakkan sesuatu umpama berebut siaran tv mana yang hendak ditonton, hadith ini amat popular untuk saya dan adik-beradik lontarkan. Kenangan-kenangan lama yang membentuk saya menjadi insan hari ini..

Berbalik pada hadith yang ingin sya kongsikan.Saya akan kongsikan 5 hadith pendek..Mari sama-sama kita amalkan..

1) Rasulullah s.a.wbersabda ; Sesiapa yang berselawat padaku sekali, Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.
(Riwayat Muslim)

2) Sesiapa yang melepaskan kesukaran yang dihadapi oleh seseorang Muslim di dunia, Allah akan melepaskan daripada kesukaran pada hari kiamat.
(Muttafaq 'alayh)

3)Sesiapa yang menutup aib seseorang Muslim, Allah akan menutup aibnya di hari kiamat.
(Muttafaq 'alayh)

4) Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikan, dikekang mulutnya pada hari kiamat dengan kekangan api neraka.
(Riwayat Tarmidzi)

5) Tiada 2 orang Muslim bertemu lalu berjabat tangan, melainkan diampunkan dosa kedua-duanya sebelum mereka berpisah.
(Riwayat Abu Dawud)

Semoga kita semua beroleh manfaat daripada hadith-hadith di atas. Mari kita cuba amalkan hadith-hadith ini dalam kehidupan seharian kita. Segala yang baik adalah hak mutlak Allah, segala yang buruk dari saya selaku insan yang lemah. Walaubagaimanapun, marilah sama-sama kita mengambil manfaat untuk menjadi insan yang lebih dekat kepada-Nya.

Wednesday, April 18, 2012

::.Tutuplah Keaiban Orang Lain.::


 
~Tutuplah keaiban orang lain agar keaiban kita bisa tertutup~

 Setiap umat muslim adalah bersaudara. Mereka yang mengakui saudara dilarang menyusahkan atau menzalimi sesama sendiri malah digalakkan supaya saling membantu apabila dalam kesusahan. Mereka yang memberi kelapangan kepada saudaranya, maka Allah akan memberi kelapangan kepada mereka yang membantu melapangkan hidupnya dari pelbagai masalah.

Menurut Ibnu Umar r.a, Rasulullah SAW berkata, “Seorang muslim itu adalah saudaranya bagi muslim yang lain. Mereka tidak boleh menzalimi dan menyusahkan. Sesiapa yang memenuhi hajat saudaranya, Allah akan penuhi hajatnya pula. Sesiapa yang melapangkan sesuatu kesusahan kepada seorang muslim, Allah akan melapangkan kesusahannya di akhirat nanti. Sesiapa yang menutup aib seorang muslim, Allah akan menutup aibnya di akhirat nanti”.  (HR. Al-Bukhari dan Muslim)   

Apa yang berlaku pada hari ini, hadis di atas tidak dijadikan iktibar. Umat islam tanpa memikirkan kesannya gemar membuka aib orang lain dan menyusahkan orang lain asalkan diri sendiri mencapai kesenangan dan hajatnya tertunai. Bagi mereka yang diaib atau disusahkan, sudah tentu berasa kecewa tetapi mereka digalakkan supaya bersabar kerana ini merupakan satu ujian.   

Oleh itu, janganlah kita sewenang-wenangnya membuka keaiban orang lain. Fikirlah kesannya yang pastinya akan membinasakan diri sendiri. Semoga ada iktibar dan pengajaran buat sidang pembaca sekalian. Wallahu`alam. 

Sunday, April 15, 2012

Ten Things We Waste

How much times that we had waste in our life?? 

Things that we waste:
  1. Our knowledge: Wasted by not taking action with it.
  2. Our Actions: Wasted by committing them without sincerity
  3. Our Wealth: Wasted by using on things that will not bring us ajr (reward from Allah). We waste our money, our status, our authority, on things which have no benefit in this life or in hereafter.
  4. Our Hearts: Wasted because they are empty from love of Allah, and the feeling of longing to go to Him, and a feeling of peace and contentment. In it's place, our hearts are filled with something or someone else.
  5. Our Bodies: Wasted because we don't use them in ibadah and service of Allah.
  6. Our Love: Our love emotional is misdirected, not towards Allah but towards something/someone else.
  7. Our Time: Wasted, not used properly , to compensate for that which has passed, by doing what is righteous to make up for past deeds.
  8. Our Intellect: Wasted on things that are not beneficial, that are detrimental to society and the individual, not in contemplation or reflection.
  9. Our Service: Wasted in service of someone who will not bring us closer to Allah, or benefit in this world.
  10. Our Zikr: Wasted, because it does not effect us or our hearts.

~For us to ponder...Let's refresh our iman. Islah nafsaka wad'u ghairuka!
 

Template by BloggerCandy.com