Tuesday, April 10, 2012
Cukup 4 syarat
Sunday, April 8, 2012
Kembara Sirah

Assalamualaikum w.b.t
Segala puji-pujian hanyalah bagi Allah, Rabb sekalian alam dan ucapan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Entry kali ini, marilah sama-sama kita menyelak kembali lembaran sirah kita. Yang di dalamnya terdapat sosok peribadi yang hebat. Jika tiada sosok-sosok ini, tidak akan generasi ini digelar khairul ummah sebaik-baik kelompok manusia. Keperibadian mereka yang mahu kita jadikan contoh dan sebagai tanda aras untuk memperbaiki diri. Sirah ini berkaitan ABU ‘UBAIDAH BIN JARRAH. Mungkin nama sahabat ini biasa kita dengar tetapi dalam fikiran kita berlegar-legar pertanyaan, “Sirah sahabat ini berkaitan apa?” Jadi marilah kita meluangkan sedikit masa yang ada dan menyemak kembali sirah ini. Moga manfaatnya dapat kita kutip.
Wajahnya selalu berseri. Matanya bersinar. Tubuhnya tinggi kurus. Bidang bahunya kecil. Dia seorang yang ramah-tamah, lemah-lembut, tawadhu’ dan sangat pemalu. Tetapi apabila mengahadapi suatu urusan penting, beliau sangat cekap bagaikan singa jantan bertemu musuh. Beliaulah kepercayaan ummat Muhammad. Nama penuhnya ‘Amir bin ‘Abdillah bin Jarrah Al- Fihry Al- Quraisy.
Abdullah bin Umar pernah bercerita tentang sifat-sifat beliau yang mulia. Katanya, “Ada 3 orang Quraisy yang sangat cemerlang wajahnya, tinggi akhlaknya dan sangat pemalu. Bila berbicara, mereka tidak pernah dusta. Dan apabila orang berbicara kepada mereka, mereka tidak cepat-cepat mendustakan. Mereka ialah, Abu Bakar assiddiq, Utsman bin ‘Affan, dan Abu ‘Ubaidah bin Jarrah.”
Abu ‘Ubaidah antara kelompok pertama yang masuk Islam. Beliau Islam di tangan Abu Bakar, sehari sesudah Abu Bakar masuk Islam. Jadi, beliau juga merupakan salah satu daripada tiang-tiang dalam pembentukan awal Islam. Abu ‘Ubaidah juga ikut berperang dalam perang Badar. Beliau menyusup ke dalam barisan lawan tanpa gentar lalu tentera berkuda musyrikin mengejar beliau ke mana sahaja beliau pergi. Terutama seorang lelaki ini, dia mengejar Abu ‘Ubaidah ke mana sahaja beliau pergi. Tetapi Abu ‘Ubaidah pula sebaliknya, cuba mengelak serangan lelaki tersebut. Lelaki trsebut terus mengejar beliau sehingga Abu ‘Ubaidah terperangkap. Beliau pun bersiap-siaga melawan lelaki tersebut dan apabila tiba waktu yang sesuai beliau mengayunkan pedang dan lelaki terbabit berjaya beliau bunuh.
Pasti cerita ini menarik perhatian kita. Siapkah lelaki itu? Mengapa Abu ‘Ubaidah mengelak dari berlawan dengannya? Kita pasti terkejut kerana jawapannya, lelaki yang dibunuh oleh Abu ‘Ubaidah ialah bapa kandungnya sendiri, Abdullah bin Jarrah. Mungkin ada sebahagian yang akan berkata, tidak berperikemanusiaan kerana membunuh bapa sendiri. Tapi kita harus ingat Abu ‘Ubaidah sudah cuba sedaya-upaya mengelak dari berlawan dengan ayahnya dan tindakan kaum musyrikin terhadap muslimin telah melampaui batas. Dan sebenarnya Abu ‘Ubaidah bukanlah membunuh bapanya tetapi, kemusyrikan yang bersarang di hati bapanya. Mengenai kejadian ini, Allah telah berfirman dalam surah al-Mujadalah ayat 22:
“Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya; sekalipun orang-orang itu bapa-bapa atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka. Mereka itulah orang-orang yang Allah telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan pertolongan yang datang daripada-Nya. Dan dimasukkan-Nya mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah ridha kepada mereka dan mereka pun puas terhadap(limpahan rahmat)-Nya. Mereka itulah golongan Allah. Ketahuilah bahawa golongan Allah itu ialah golongan yag beruntung.”
Kisah lain yang berkaitan Abu Ubaidah adalah gelaran beliau iaitu orang yang terpercaya. Muhammad bin Ja’far menceritakan, “Pada suatu ketika, para utusan Nasrani datang menghadap Rasulullah. Kata mereka, “ Ya Aba Qasim! Kirimlah bersama kami seorang sahabat anda yang anda kira pada pandangan anda dapat menjadi hakim tentang harta yang kami perselisihkan sesama kami. Kami senang menerima putusan dari kaum muslimin.” Jawab Rasulullah, “Datanglah nanti petang, saya akanmengirim kalian “orang kuat yang terpercaya”.”
Kata Umar bin Khattab, “Saya pergi solat awal daripada biasa. Saya tidak ingin tugas itu diserahkan kepada orang lain, kerana saya mahu mendapatkan gelaran “orang kuat yang terpercaya”.Sesudah solat Zuhur, Rasulullah melihat ke kanan dank e kiri. Saya agak menonjolkan diri,supaya Rasullah dapat melihat saya.Tetapi baginda tidak melihat ke arah kami, tetapi setelah baginda melihat Abu ‘Ubaidah, baginda berkata kepadanya, “Pergilah engkau bersama mereka. Dan adililah dengan baik perkara yang mereka perselisihkan. Maka pergilah Abu ‘Ubaidah dengan para utusan Nasrani tersebut, menyandang gelaran, “orang kuat yang tepercaya”.
Dalam musyawarah pemilihan khalifah yang pertama (Yaumul a-saqifah), Umar bin Khattab mengulurkan tangannya kepada Abu ‘Ubaidah seraya berkata, “Saya memilih anda dan bersumpah setia dengan anda. Kerana saya pernah mendengar Rasulullah s.qa.w bersabda,
“Sesungguhnya tiap-tiap ummat mempunyai orang yang dipercayai. Orang yang paling dipercayai dari ummat ini adalah Anda (Abu ‘Ubaidah).”
Jawab Abu ‘Ubaidah, “Saya tidak mahu mendahului orang yang pernah disuruh Rasulullah untuk mengimami kita solat sewaktu baginda hidup(Abu Bakar) . Walaupun baginda telah wafat, mari kita imamkan juga Abu Bakar”.
Akhirnya mereka sepakat memilih Abu Bakar menjadi khalifah pertama, sedangkan Abu ‘Ubaidah menjadi penasihat dan pembantu utama khalifah. Setelah Abu Bakar, khalifah pindah ke Umar al-Khattab. Abu ‘Ubaidah sentiasa dekat dengan Umar dan tidak pernah membangkang perintah-perintah Umar kecuali sekali.
Periustiwa itu berlaku ketika Abu ‘Ubaidah memimpin tentera Muslimin menakluk wilayah Syam(Syria). Sementara itu, negeri Syam diserang penyakit berjangkit(Tha’un) yang membawa kepada kematian. Khalifah Umar dari Madinah sengaja berkunjung untuk menemui Abu ‘Ubaidah. Lalu Umar menulis surat pada Abu ‘Ubaidah.
“Saya sangat penting bertemu saudara. Tetapi saya tidak dapat bertemu saudara kerana wabak penyakit sedang berjangkit di dalam kota. Kerana itu, jika surat ini sampai di waktu malam, saya harap saudara segera berangkat bertemu saya di luar kota sebelum subuh. Dan jika surat ini sampai di siang hari, maka saya harap saudara berangkat di petang hari.”
Setelah surat itu dibaca Abu ‘Ubaidah berkata, “Saya tahu maksud Amirul Mukminin memanggil saya. Beliau ingin menyingkir saya dari penyakit berbahaya ini.”
Lalu beliau membalas surat Umar al Khattab, katanya’
“Ya Amirul Mukminin! Saya mengerti maksud anda memanggil saya. Saya berada di tengah-tengah tentera muslimin dan sedang bertugas memimpin mereka. Saya tidak akan meninggalkan mereka dalam bahaya yang mengancam hanya untuk menyelamatkan diri sendiri.Saya tidak ingin berpisah dengan mereka sehingga Allah memberi putusan pada kami semua. Maka apabila surat ini sampai kepada anda, maafkanlah saya kerana tidak dapat memenuhi permintaan anda dan berilah izin pada saya untuk menetap tinggal bersama-sama mereka.”
Setelah Khalifah Umar membaca surat itu, beliau menangis sehingga air matanya meleleh ke pipi. Orang di samping beliau bertanya, “Ya Amirul Mukminin! Apakah Abu ‘Ubaidah telah wafat?”
Beliau menjawab, “Tidak tetapi dia berada di ambang kematian.”
Dugaan Khalifah Umar benar kerana tidak lama selepas itu, Abu ‘Ubaidah di serang wabak dan ruhnya yang suci berangkat ke rahmatullah.
Antara pengajaran yang saya peroleh ketika membaca sirah ini:
1) Keimanan yang sebenar akan dapat diterjemah ke dalam bentuk amalan.
2) Allah akan mendatangkan kekuatan dan pertolongan kepada orang yang beriman untuk melaksanakan sesuatu yang perit dan payah.
3) Kepatuhan kepada pemimpin yang bertakwa.
4) Melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan sebaik mungkin.
Hakikatnya pengajaran di atas dapat direalitikan jika kita mempunyai keimanan yang mendalam yang bersarang di dalam diri kita. Kerana dengan keimanan setiap perkara yang dilakukan mempunyai arah matlamat yang jelas dan alasan yang kukuh atas sesuatu perkara walaupun ia menyakitkan. Seperti kisah di atas, Abu ‘Ubaidah mempunyai arah yang jelas dalam membunuh bapanya dan beliau mempunyai alasan utuh untuk terus bersama tentera di bawah pimpinan beliau. Apa yang pasti arah matlamat dan alasan itu adalah natijah dari keimanan beliau.
Kerana kita tanpa keimanan, laksana sehelai bulu yang diterbangkan oleh hembusan angin, yang tentunya tidak akan tetap pada sesuatu keadaan dan tidak mengetahui sesuatu arah tertentu. Kita tanpa keimanan juga laksana manusia yang tidak ada nilai dan akarnya, manusia yang bingung dan ragu-ragu yang tidak mengetahui hakikat dirinya dan rahsia wujudnya.
Moga sirah ini dapat kita hayati dan cuba kita praktikkan contoh-contoh keimanan yang yang terzahir ini dalam kehidupan kita. Segala yang benar hanyalah dari Allah dan segala kesilapan adalah dari diri yang hina dan cetek ilmu ini. Mohon diampunkan Allah atas perkara yang tidak benar.Tapi ambilah segala kebaikan yang terkandung dari tulisan ini.
Sumber tulisan :
1) Kepahlawanan Generasi Sahabat Rasulullah S.A.W
ABBDURRAHMAN RA’FAT BASYA
2) IMAN DAN KEHIDUPAN
DR YUSUF AL-QARDAWI
POSTED BY : ZAHRA
Thursday, March 15, 2012
Uniknya mereka ~
Assalamualaikum w.b.t.
Panjatkan setinggi2 kesyukuran ke hadrat Ilahi yang memberi peluang ini . Ucapkan Alhamdullilah pada diri kita pada hari ini, tak rugi tau ~
Lamakan saya tak menulis di laman blog ini ? Saya baru sahaja selesai daripada satu tugasan yang diberi oleh Ustaz Yazib Noh iaitu Praktikal Mengajar di sekolah2 IPS . Ini cuma ada pada Sijil Syahadah MATRI jee tau ! Special tak ? Kami dibahagi 2 kumpulan iaitu satu kumpulan pelajar2 perempuan terdiri Iffah Hanna, Nur Syafikha dan saya ! dan satu lagi kumpulan pelajar2 lelaki . Kumpulan kami ditempatkan di Sekolah Rendah Ugama Al-Hilal, Kota Bahru, Kelantan . Manakala kumpulan satu lagi di Sekolah Rendah Ibnu Kathir, Gombak , Selangor . Saya highlight cerita kami di SeRU Al-Hilal yaa !
PENGALAMAN PERTAMA dan MENYERONOKKAN !
Inilah pengalaman pertama kami . Kalau saya dulu, saya pernahlah ajar kejap di MATRI dan buat tuisyen untuk pelajar2 yang lemah , tapi pelajar2nya sudah besar dan bijak untuk berfikir . Berbeda ! Di SeRU Al-Hilal, kami gelarkan mereka dengan MURID2 . Ada salah seorang teman kami di KTD berkata sungguh lawak mendengar kami memanggil mereka murid2 atau “pupils” . Tapi apakah daya , mereka masih di tahap rendah, takkanlah kami nak panggil pelajar2 ? Tinggi tuu ! Cuba bayangkan kita buat apa2 assignment dan menulis “The pupils of KTD” . Lucu kan ? Sesuai dengan sekolah rendah jee .
Murid2 di SeRU al-Hilal bermacam2 ragam mereka .(bukan sekolah ini sahaja tau macam tu sekolah lain pun sama!) Buat hari pertama yang jatuhnya tarikh pada 1.2.2012, kami mula melaporkan diri di sekolah dan berjumpa dengan Ustaz Wan Taib ( beliau seorang yang mengambil berat tentang pekerja2nya )untuk pengagihan pelajaran2 untuk kami mengajar . Akhir perbincangan, saya mendapat pelajaran Akhlak 1 Al-Biruni, Bahasa Inggeris 2 Tarmizi, Tauhid 3 Nasaie dan Sains 5 Ibnu Sina . Iffah pula, Bahasa Inggeris 1 Al-Biruni, Bahasa Arab 2 Tarmizi dan Tulisan Jawi 5 Ibnu Majah . Manakala Syafikha mendapat, Matematik 2 Ar-Razi, Feqah Darjah 2 Tarmizi dan Ar-Razi *dua2 kelas* dan Sains 5 Ibnu Majah.
Keesokannya , kami sudah masuk kelas yang ditetapkan . Tuptaptuptap . Debaran bagaimanalah keadaan mereka sebenarnya ? Macam2 negatif dan positif pemikiran . Saya tak meletak apa2 pandangan yang pelik2 pada kelas2 yang saya akan ajar KECUALI … (amboii ) 5 Ibnu Sina sebab berbagai2 pandangan guru2 di sana menyatakan kelas ini kurang dari segi pelajaran dan mereka agak lambat catch-up, buas pun ada . Gementar juga mula2, bila kaki melangkah ke kelas itu , muka mula membuat serius ( kononnya nak buat garanglah ), mereka berdiri dan memberi salam yang tak seberapa semangat dan longlai . Saya memberi salam semula agak mereka alert dengan pemberian salam daripada seorang guru. ( eleh, baru beberapa hari jee ) Dengan semangat, mereka menjawab salam berupa darjah 5 yang kalau taknyaa bagi salam macam budak darjah 2, 3 jee . Pada waktu itu, saya mengadakan sesi berkenalan bersama mereka . Lama2 saya rasa selesa mereka , mereka tidak seperti yang saya jangkakan sebelum ini . Mesranya mereka dengan guru baru . Satu perkara saya dapat hari ini, Don’t jugde book by its cover ~ #nilaimurni1
1 Al-Biruni perempuan sahaja ~ Areena, Auni, Hajar (di atas) Hidayah, Sarah, Ulya (di bawah)
MURID2 YANG UNIK
Danial berbaju hijau dipeluk oleh rakan2nya .
2 Tarmizi mempunyai seorang ketua darjah yang bertubuh kecil tetapi suara dia mengalahkan badannya bernama Danial . Saya cukup berminat melihat dia , seorang ketua yang pemalu , bijak dan selalu nak siapkan kerja dia on time tapi suara KUAT ! .. Nak tahu sekolah ini ada satu trademark mereka sebelum guru memberi salam kepada murid2 .
“Semua bangun, berdiri tegak , pandang ke hadapan, tangan di sisi . Se----dia --- !!! “ arahan dari ketua.
“In---sya---Allah !!! “ semua jawab
Lucu juga saya melihat gelagat mereka, yalah arahan yang diberikan oleh ketua bukanlah mereka ikut sangat, bangun tetap bangun tapi tegaknyaa takde, melilau2 mata mereka dan bersembang dengan kawan sebelah . haha . Biasalah budak2 . Terngiang2 lagi kata2 tu dan saya pasti akan ketawa kecil apabila teringat kelakuan mereka . Kata Iffah,
" Kami taknak guna trademark tu bila kami masuk kelas depa bukan depa buat pon .”
Atas Imran, Latip, Ridhwan. Bawah, Qassim, Fairuz dan Ikhwan .
Ada masa kalau kami masuk kelas berdua, mesti kami ajuk balik mereka bersama2 memberi arahan tapi mereka tak perasan pun sama ada kami ejek . Kami seronok tengok gelagat mereka yang bermacam2 . Pernah sekali, ada seorang anak murid dari kelas itu juga , dia nak sangat kuih dan akhirnya dia geram dia tarik kerusi cikgu tu lalu cikgu tu jatuh . Saya bertanya pada dia,
“ Kenapa awak buat macam tu kat cikgu tu ?”
Nak tau apa dia jawab ?
Dia kata “ Ni….(sambil tunjuk tangan dia) Tangan ini …..”
Saya pun tertanya2 kenapa dengan tangannya ??
“ Tangan kito tak leh kawal ,” sambung diaa .
Saya ketawa , saya ingatkan apa yang suspen sangat tuuu . Petah betul dia .
Budak yang sama, waktu saya mengajar dia memang jarang nak bagi tumpuan . Ada je hal yang dia buat . Yang lucunya, waktu saya habis mengajar, dia sedang membuat gaya menjaga gol keeper seorang diri tiba2 berhenti ,
“ Allaaa . waktu bermain dah tamat . Sekarang waktu belajar . “
Selepas tu, mulalah pulun dia nak buat kerja kelas yang saya bagi tadi sebelum saya betul2 keluar kelas. Dia pun sibuk pula dok tanya Syafikha yang kebetulan waktu tu Syafikha nak menemani saya . Namanya Fairuz , tapi kalau dia bercerita, semua orang beri tumpuan sepenuhnya pada dia . Dia ini memang pandai bercerita ! Saya cadangkan dia supaya masuk pertandingan bercerita . Pandai dia buat orang suspen dan klimaks dalam penceritaan dia. PETAH BERKATA2 #nilaimurni2

Anaqy muka innocent
Saya nak perkenal seorang murid saya yang jujur . Tiap kali saya nampak dia, mesti saya menyapa dia, dan dia membuat muka innocent dia tu laaa tanpa berbalas kata . Anaqy pernah kata,
“Cikgu, tahu dok, kito sayang kat cikgu kenapa ? “
“ Kenapa, Anaqy ??” saya tanya
“ Sebab cikgu selalu kasik Angry Bird kat kito, “
“ Bakpo cikgu lukis cantik ?...”
Tiba2 dia kata, “ Kito tengok tulisan cikgu _____ hodoh “
Saya memang tergelak sampai tak tahan . Tiba2 cikgu tu datang , saya terus report laa . hehe . Dia kena pulas telinga main2 oleh cikgu tu . Begitu jujur sekali .Seorang guru bimbingan pelajaran Akhlak saya , Cikgu Radhiah pernah tanya dia,
" Anaqy sayang cikgu tak ?"
Dia jawab " Tak " sebab pernah satu hari tu cikgu tu marah kat dia sebab mengata cikgu2 baru ni . Cikgu tu mengacu tak acu je marah dia .
Cikgu tu bertanya , " Anaqy nak biskut ?.."
Dia kata nak .
Lepas tu , dia kata " Cikgu ada biskut tu lagi tak, kito nak .. "
Ambooi. Tadi kata tak sayang kat cikgu tapi minta biskut lagi dengan muka innocent dia laah . Tak jadi nak marah . Membuatkan kami gelak ketawa sahaja .
Ada sekali tu, dia dipanggil oleh Guru Disiplin ketika perhimpunan sebab bising dan suruh dia duduk sebelah tempat duduk guru di hadapan murid2. Anaqy dengan muka tak bersalah dia tuu , dia bangun tanpa segan silu dan terus duduk di tempat tersebut, memandangkan dia tu darjah 1 berbadan kecil, tak dapat dia naik ke kerusi tu lalu guru disiplin tu tolong angkatkan dia duduk di kerusi tu . Uniknya ! Tak rasa malu, dan terus ke hadapan apabila dipanggil . Kalau saya, mesti dah dupdap jantung dan malu depan kawan2 . Sekali lagi dia berani tampil ke depan > Rumah sukan dia UHUD (MERAH) . Ada seorang cikgu kata Uhud kena denda sebab bising dan minta ke depan . Semua kumpulan Uhud tak nak pergi . Tapi Anaqy dah bersiap berdiri untuk didenda, belum ke depan lagi walaupun pada waktu tu mungkin dia tidak bersalah . BERANI TAMPIL DIRI dan JUJUR ! #nilaimurni3&4
Panjang juga cerita tentang murid2 saya . Uniknya mereka . Ini pun baru cerita sedikit pasal mereka. Allah kurniakan mereka ini suci bersih dan guru , ibu bapalah yang mencorakkan mereka sama ada mereka menjadi yang terbaik atau sebaliknya .Apa2pun cikgu sayang awak semua ! Semoga Allah izinkan kita berjumpa lagi yaa . Rindu pada mereka .
p/s :- Kalau saya rajin, saya buat sambungan yaa . kalau nak, katakan nak, biar saya tahu yaa !
Friday, March 9, 2012
SKEMA 9
Saturday, March 3, 2012
...:::Bukan Cerita Cinta Biasa:::...
Tuesday, February 28, 2012
REHLAH TARBAWI ZON WILAYAH TENGAH (MENYEMAI KASIH KERANA ALLAH S.W.T)
Gambar ni agak blurr tapi yang ni je ada semua muka.
Kemudian kami meneruskan perjalanan yang panjang menuju ke empangan untuk meneruskan checkpoint 2. Checkpoint 2 diconduct oleh Taqiah dan Izzati. Kami bermain permainan di sebalik tabir. Tujuan game ini adalah untuk lebih mengenali sahibah-sahibah kita. Time tu memang rasa sangat proses ta’aruf itu perlu terus berjalan dan tidak akan selesai. Permainan yang menyeronokkan dan membina . Perjalanan kami di Taman Botani juga diuji sedikit oleh Allah. Salah seorang sahibah kami pedal basikalnya tercabut. Bayangkan kami telah berbasikal hingga ke kawasan yang agak dalam dan kalau berjalan kaki mungkin mengambil masa selama satu jam. Tetapi ujian ini juga dapat menjadi satu ibrah buat kita. Seorang teman yang lain menawar diri untuk menaiki basikal tersebut dengan mengayuh sebelah sahaja pedal. Pada pendapat anda, bagaimanakah solusinya? Akhirnyakeputusan telah dibuat dan inilah jalan penyelesaiannya.

Oleh kerana waktu menjangkau lewat zohor kami mengambil keputusan untuk meneruskan checkpoint 3 di dalam surau usai solat. Checkpoint 3 mengajak kami mentadabbur perkara di sekeliling kita. Checkpoint ini ialah “Ada apa dengan diriku”. Checkpoint ini memerlukan kami mengambil satu benda dan menerangkan apa maksudnya pada diri kita. Yang conduct checkpoint ini Basyirah Ritzuan. Izzati memilih planner, Atiyah memilih belon, Syahirah memilih kad pengenalan, Yam dan Taqiah memilih roti. Walaupun benda yang sama tetapi pengertian yang berbeza. Basyirah memilih tanah dan Iffah memilih buku. Saya sendiri memilih cebisan-cebisan kertas. Kalau nak tau apa pengertian barang-barang ini bolehlah bertanya pada pemiliknya sendiri. Kebanyakan aktiviti tidak sempat kami rakamkan kerana begitu khusyuk dengan setiap bahan yang disediakan di setiap checkpoint. Selepas habis checkpoint 3 kami teruskan dengan rumusan untuk sepanjang aktiviti di Taman Botani. Kemudian kami berjalan-jalan di kawasan Taman Botani buat kali terakhir sebelum berpisah.
Apa yang dapat saya simpulkan kita mahu membina ukhuwwah lillahi taala. Bagaimana ukhuwwah tersebut? Kita tidak akam membiarkan sahabat kita terjebak dalam dosa dan sepanjang kita bersahabat kita akan saling mengingati kepada Allah. Dan inilah harapan saya untuk hubungan persahabatan ini. Tolong jangan tinggalkan saya sendirian. Jika tak call or messege tak mengapa tapi tolong selitkan doa buat saya dan sahibah-sahibah 15 zikr yang lain. Kalau kita sayang seseorang tu pasti kita tak nak dia terjebak dalam murka Allah jadi marilah sama-sama kita membantu sahibah-sahibah kita dalam rangka membantu diri kita juga.
Pada kalian yang hadir terima kasih kerana sudi meluangkan masa. Maryam Siddiqah yang sedang menduduki exam final tika ini, kami sahibah 15 zikr mendoakan yang terbaik untuk Yam. Terima kasih keransa sudi hadir di tengah kesibukan untuk menduduki exam. Dan tidak lupa pada shbh KUIS yang tak dapat hadir Hajar dan Basyirah Zul. Kami juga mendoakan kalian. Sahibah-sahibah USIM, Izzati Bahran, Taqiah Mahyidin, Syahirah Farhanah teruskan perjuangan kalian untuk sem yang baru ini. Pesanan saya jangan mengikut arus tapi menongkahlah arus. Dan jadikanlah jiwa-jiwa yang jauh itu menjadi dekat semula seiring dengan dekatnya tempat. Terima kasih kerana datang dalam kesibukan menghadapi sem baru.Juga tidak lupa pada Fatinah, teruskan berjuang di sana. Buat Atiyah yang bakal menjalankan posting tidak lama lagi, kami doakan Atiyah terus diberi kekuatan oleh Allah untuk menghadapi suasana yang baru yang mencabar keimanan kita . Dan tidak lupa pada sahibah UIA, Basyirah dan Iffah. Marilah sama-sama kita rapatkan barisan dan perkemaskan ukhuwwah untuk terus memacu tanggungjawab yang diamanah Allah pada kita. Pada Ruhi juga harapan itu saya tujukan. Pada sahibah-sahibah yang tak dapat datang, mungkin ada hikmah di balik perkara ini. Tapi satu sahaja pesanan saya, JAGALAH IMAN KALIAN. Moga ukhuwwah ini dapat berterusan hingga ke Jannah-Nya. Sungguh ku bersyukur mengenali kalian teman.
Saturday, February 4, 2012
Enjoy~

