
Monday, November 22, 2010
Kerbau dan Manusia

Thursday, November 18, 2010
Dulu dan Kini (Part 1)


- Halimahtun ( Lepasan Matri '09,Kos Akaun )
- Subaihah (Lepasan Matri '09,Kos Akaun )
- Nasuha (Lepasan Matri '09,Kos Akaun )
- Safiyyah (Lepasan Matri '09,Kos Akaun )
- Sofiah (Lepasan Matri '08, Kos Multimedia)
- Aisyah Zaini (Lepasan Matri '09,Kos Pengurusan Teknologi)
- Najwa Ahmad(Lepasan Matri '07,Kos Multimedia)
- Sakinah Nasir ( Lepasan Matri '06, Kos Akaun)
- Izzah Athirah ( Lepasan Matri '09,Kos Akaun)
- Syuhada (Lepasan Matri '09,Kos Komunikasi)
- Mushirah (Lepasan Matri '08, Kos Perbankan Islam)
- Aniqah (Lepasan Matri '09,Kos Perbankan Islam)
- Naiematun (Lepasan Matri '09,Kos Perbankan Islam)
- Fatin Nabila (Lepasan Matri '09, Kos Quran dan Sunnah)
- Iman (Lepasan Matri '09,Kos Komunikasi)
- Aqilah Shamjudin (Lepasan Matri '06,Kos Pengurusan Perniagaan)
- Izzah Firdaus (Lepasan Matri '09,Kos Akaun)
- Sakinah Sidi (Lepasan Matri '10,Kos Akaun)
Fuhh! Ramainya. Tak sangka. Bagusnya dengan diaorang. Boleh konsisten dengan DnT.hehe. Bantu KTD juga. Buktikan yang KTD BOLEH~ Jangan main2 dengan mereka. Sekali tengok. Perghh. Up jiddan~ Hehe. Kalau nak tahu, semua pelajar2 cemerlang KTD ni, masih membujang. Lantaran itu, kepada sesiapa yang berminat boleh hubungi tutt..tutt..tutt..Aceh! Lawak je lah. Kejap lagi terasa baham pula. Bila balik je Kelantan, pasti ada yang memanggil , " Hei, bila hang nak mai sini? Rindu kat hang lah. Mai bawak makanan sekali, kami ni lapaq," (macam kenal je ayat ni). Bila sampai je kat KTD, rasa bagaikan artis popular oo, ada sahaja yang memanggil, berebut2 nak salam lah ,apa lah, peluk lah dan macam2 lagi. haha. Kalau tak percaya, cuba la anda datang pula, ana jamin pasti semua perkara itu berlaku. Kepada budak2 KTD, lain kali hampa sediakan karpet merah untuk kami2 ni bila kami semua dah mai sana noh!.haha. Nak cerita satu per satu tak mampu lak. Kalau nak tau lebih lanjut pasal depa2 ni, boleh la datang melawat depa tu, depa mesti syok punya!

Selemah2 manusia ialahorang yang tidak boleh mencari sahabat danorang yang lebih lemah dari itu ialahorang yang mensia2kan sahabat yang telah dicari.
Wednesday, November 17, 2010
Eid Adha
Pada hari ini diperingati peristiwa korban, iaitu ketika nabi Ibrahim, yang bersedia untuk mengorbankan puteranya Ismail untuk Allah, akan mengorbankan putranya Ismail, kemudian digantikan oleh-Nya dengan domba.
Pada hari raya ini, umat Islam berkumpul pada pagi hari dan melakukan salat Ied bersama-sama di tanah lapang, seperti ketika merayakan Aidil Fitri. Setelah salat, dilakukan penyembelihan haiwan korban, untuk memperingati perintah Allah kepada Nabi Ibrahim yang menyembelih domba sebagai pengganti puteranya.
Hari Raya Aidil Adha jatuh pada tanggal 10 bulan Dzulhijjah, hari ini jatuh persis 70 hari setelah perayaan Aidil Fitri. Hari ini juga beserta hari-hari Tasyrik diharamkan puasa bagi umat Islam.
Pusat perayaan Aidil Adha adalah sebuah desa kecil di Arab Saudi yang bernama Mina, dekat Mekkah. Di sini ada tiga tiang batu yang melambangkan Iblis dan harus dilempari batu oleh umat Muslim yang sedang naik Haji.
Hari Aidil Adha adalah puncaknya ibadah Haji yang dilaksanakan umat Muslim.
((Wikipedia))
Bulan Zulhijjah, khususnya sepuluh hari awalnya adalah merupakan peluang kedua selepas Ramadhan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredhaan, keampunan dan pahala amalan.
Disebutkan oleh Nabi SAW :
“Sebaik-baik hari di dunia adalah sepuluh hari itu” (Riwayat al-Bazzar ; Albani : Sohih).
Allah SWT pula berfirman :
وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ
“Demi Fajar dan hari-hari yang sepuluh” ( Al-Fajr : 1).
Majoriti ulama menyatakan hari sepuluh itu merujuk kepada hari pertama hingga sepuluh Zulhijjah dan bukannya sepuluh terakhir Ramadhan. (Zad Al-Ma’ad, Ibn Qayyim).
Ia juga disebut oleh Nabi SAW dalam hadith lain :
“Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan dari sepuluh hari ini” (Riwayat Al-Bukhari).
AMALAN-AMALAN UTAMA
Manakala amalan-amalan yang digalakkan sepanjang sepuluh awal Zulhijjah yang amat besar pahalanya ini antaranya :-
a) Zikir : Iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar.
Ia bersumber dari hadith riwayat At-Tabrani yang diakui sohih oleh Imam Al-Munziri. Allah SWT juga menyebut ertinya :
“Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu..” (Al-Hajj : 28).
Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti ‘hari-hari tertentu’ adalah sepuluh hari Zulhijjah ini dan inilah pendapat majoriti ulama jua.
b) Berpuasa : Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.
Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :
“Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah” (Riwayat Muslim).
Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.
c) Melakukan lain-lain amalan seperti bersedeqah, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Ia semuanya termasuk di dalam umum hadith yang menunjukkan ianya amat disukai oleh Allah SWT.
d) Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan tawbat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya. Amat biadap jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini.
Bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat dan sedarilah bahawa hidup ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata.
e) Bertakbir : Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu ‘Asar hari ketiga Tashriq.
f) Berkorban : Allah SWT berfirman : ertinya : “dan berdoalah dan berkorban”. Allah SWT juga menyebut :
وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب
Ertinya : “Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) maka ia adalah dari tanda ketaqwaan hati” (Al-Hajj : 32)
Sebuah hadis menyebut :
ما عمل آدمي من عمل يوم النحر أحب إلى الله من إهراق الدم
Ertinya : “Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada hari kurban kecuali berkorban ( dengan menyembelih binatang)” ( Riwayat At-Tirmidzi, Abu Daud ; Gharib, namun terdapat rawi yang dipertikaikan )
Monday, November 15, 2010
Saturday, November 6, 2010
Kenangan Itu Anugerah

Assalamualaikum w.bt. buat semua sahibah Princess 15 zikr.Sebenarnya tak beniat pun nak tulis post tapi tadi baca komen athifah pasal stimulation of tear duct..tiba2 butiran air mata ni pun tak semena-mena tumpah.Rindu sangat dekat kalian.Kadang-kadang kita rasa tak mahu bangun dari mimpi yang indah.Begitu yang ana rasai 2 hari lepas.Ana tidur tiba-tiba allah anugerahkan ana mimpi yang sangat indah.Ana mimpi ana dengan sahibah2 15 zikr dekat sebuah taman permainan.Di tepinya ada timbunan pasir macam dekat padang aspuri time projek bercucuk tanam.Ana nampak Nasuha,Matun, bekejaran di sekitar timbunan tu.Terus mengigatkan ana matun yang begitu energetik.Yatun,Athifah, dan ramai lagi sahibah yang lain.Indah sangat..Riang ..Seperti tidak pernah belaku sebarang perpisahan.dan kalau boleh mimpi itu berterusan..Tapi itulah hakikat yang pahit yang perlu ana terima.mana mungkin kita terus di dalam mimpi.Itulah ana katakan mimpi itu satu anugerah allah kepada ana.Kenangan itu bagi ana satu anugerah.Dan pahitnya rindu itu juga satu anugerah.Dan ana bersyukur dengan anugerah ini.Moga kita kan bersua lagi.Kalian tiada tandingnya di hati ana.

