Pages

Awaken

Sometimes, standing among millions of ghuraba people can raise up our holy and strong spirit to awake this ummah. Wait till we meet in jama'ah and we will hit this universe with the holiest and super incredible new system for the new programme generation. Let's raise our hand and pray for our world.


Total Pageviews

Jadual Tugasan 15zikr

  • Minggu 1 : Syuhada - Ruziah - Iffah Hanna - Aliya
  • Minggu 2 : Nabilah Kamal - Basyirah Ritzuan - Syafiqah Sabbri - Syahirah
  • Minggu 3 : Fatin Nabila - Izzati - Fatimah - Basyirah Z
  • Minggu 4 : Sofiah Hadi - Nadhirah - Nadiah - Fatinah

Thursday, November 18, 2010

Dulu dan Kini (Part 1)


Dulu dan kini.

Masa pantas berlalu. Tup..tup..WAH! Umur kita nak masuk 19 untuk tahun depan. Macam tak percaya! Kira2 sudah mencecah 1 tahun kita meninggalkan bumi wakafan MATRI (tapi lainlah bagi siapa2 yang keluar awal dulu dari kami ni.hehe.), di mana di situlah kita kenal apa itu tarbiyah dan kat situlah juga kali pertama kita mengenali antara satu sama lain, jujur dikatakan lain tau ikatan persahabatan kita jalinkan. Bukan sebarang persahabatan, tetapi persahabatan kerana Ilahi. Di kala kita lupa pada-Nya, ada yang akan tolong mengingatkan kembali. Dulu ingat lagi, boleh kata selalu juga batch kita buat perjumpaan untuk kita refresh balik iman kita, tujuan kita ke MATRI dan matlamat kita di bumi khalifatullah ini. Batch2 lain ada juga buat.

Tapi kalau nak tahu, kat sana jarang ada perjumpaan macam tu dah oleh batch adik2. Main bola perang pun tak selalu. Semua adik2 takut nak main sebab tengok ada orang patah jari la, patah tangan la, selalu ulang-alik pergi hospital je.hehe. MATRI cukup terkenal dengan bola perang pada zaman2 dulu. Sebut je "Korang jom main bola perang!", semua sahut dan jawab NAK! hehe. Seronok bila teringat balik, berapa kali ntah ana balik bola asyik kena kepala Mas je. Sian dia. Tapi dia tak serik2 main oo. haha.

Ok la. Sebenarnya asal nak buat post ni, nak cerita pasal kami2 ni yang sekarang macamana, belajar kat mana, sihat ke dok, dah kahwin ke apa.hehe. Tapi sedikit2 dulu lah. Ana cuba yang terbaik untuk cerita semua2 ni. Mungkin ada sejumlah sahabat2 ana yang dah tinggalkan MATRI lama, ana tak dapat mengesan mereka di mana sekarang, maaf ya! Ana tak cukup hebat dari Allah, Dia kan Maha Mengetahui. Korang duduk mana pun walaupun terperinci mana jauh kat ulu ke tiram ke, dulu pak cik Azir (ayah Sarah) kata " Dah la ULU, TIRAM pulak tu"(Soleha, jangan marah noh), Dia tau oo! But I'll try my best! Ok. Kita mulakan cerita dengan....

Pelajar KTD laa..Lagipun, ramai budak2 MATRI pergi sambung sana..
hehe~

Antaranya,
  1. Halimahtun ( Lepasan Matri '09,Kos Akaun )
  2. Subaihah (Lepasan Matri '09,Kos Akaun )
  3. Nasuha (Lepasan Matri '09,Kos Akaun )
  4. Safiyyah (Lepasan Matri '09,Kos Akaun )
  5. Sofiah (Lepasan Matri '08, Kos Multimedia)
  6. Aisyah Zaini (Lepasan Matri '09,Kos Pengurusan Teknologi)
  7. Najwa Ahmad(Lepasan Matri '07,Kos Multimedia)
  8. Sakinah Nasir ( Lepasan Matri '06, Kos Akaun)
  9. Izzah Athirah ( Lepasan Matri '09,Kos Akaun)
  10. Syuhada (Lepasan Matri '09,Kos Komunikasi)
  11. Mushirah (Lepasan Matri '08, Kos Perbankan Islam)
  12. Aniqah (Lepasan Matri '09,Kos Perbankan Islam)
  13. Naiematun (Lepasan Matri '09,Kos Perbankan Islam)
  14. Fatin Nabila (Lepasan Matri '09, Kos Quran dan Sunnah)
  15. Iman (Lepasan Matri '09,Kos Komunikasi)
  16. Aqilah Shamjudin (Lepasan Matri '06,Kos Pengurusan Perniagaan)
  17. Izzah Firdaus (Lepasan Matri '09,Kos Akaun)
  18. Sakinah Sidi (Lepasan Matri '10,Kos Akaun)

Fuhh! Ramainya. Tak sangka. Bagusnya dengan diaorang. Boleh konsisten dengan DnT.hehe. Bantu KTD juga. Buktikan yang KTD BOLEH~ Jangan main2 dengan mereka. Sekali tengok. Perghh. Up jiddan~ Hehe. Kalau nak tahu, semua pelajar2 cemerlang KTD ni, masih membujang. Lantaran itu, kepada sesiapa yang berminat boleh hubungi tutt..tutt..tutt..Aceh! Lawak je lah. Kejap lagi terasa baham pula. Bila balik je Kelantan, pasti ada yang memanggil , " Hei, bila hang nak mai sini? Rindu kat hang lah. Mai bawak makanan sekali, kami ni lapaq," (macam kenal je ayat ni). Bila sampai je kat KTD, rasa bagaikan artis popular oo, ada sahaja yang memanggil, berebut2 nak salam lah ,apa lah, peluk lah dan macam2 lagi. haha. Kalau tak percaya, cuba la anda datang pula, ana jamin pasti semua perkara itu berlaku. Kepada budak2 KTD, lain kali hampa sediakan karpet merah untuk kami2 ni bila kami semua dah mai sana noh!.haha. Nak cerita satu per satu tak mampu lak. Kalau nak tau lebih lanjut pasal depa2 ni, boleh la datang melawat depa tu, depa mesti syok punya!

Huh~
Dah habis bagi Part 1, nanti bila diri ini rajin bangat pasti ana sambung punya!
Kalau ana rajin edit gambar korang, nanti ana taruk gambar2 hampa ye!


p/s: wep budak KTD, ada yang tertinggal tak? risau ni! cepat bagitau ye!


Selemah2 manusia ialah
orang yang tidak boleh mencari sahabat dan
orang yang lebih lemah dari itu ialah
orang yang mensia2kan sahabat yang telah dicari.

i

Wednesday, November 17, 2010

Eid Adha

Salam Aidil Adha kpd semua ummat Islam yg berada di Malaysia serta tidak lupa yang berada di perantauan. Jangan bersedih2 sebab tak boleh menyambut dgn keluarga. Tak apa. Mungkin lepas ni, manalah tahu Allah bagi peluang pada siapa2 kat perantauan boleh sambut di Malaysia bersama dgn keluarga tercinta.ameen~

Aidil Adha yang kita dok sakan sambut ni, kita raya ni bukan utk suka2 aje. Ada kisah di sebalik Aidil Adha yang boleh kita dapati daripada sumber2 yang diyakini,InsyaAllah.

Pada hari ini diperingati peristiwa korban, iaitu ketika nabi Ibrahim, yang bersedia untuk mengorbankan puteranya Ismail untuk Allah, akan mengorbankan putranya Ismail, kemudian digantikan oleh-Nya dengan domba.

Pada hari raya ini, umat Islam berkumpul pada pagi hari dan melakukan salat Ied bersama-sama di tanah lapang, seperti ketika merayakan Aidil Fitri. Setelah salat, dilakukan penyembelihan haiwan korban, untuk memperingati perintah Allah kepada Nabi Ibrahim yang menyembelih domba sebagai pengganti puteranya.

Hari Raya Aidil Adha jatuh pada tanggal 10 bulan Dzulhijjah, hari ini jatuh persis 70 hari setelah perayaan Aidil Fitri. Hari ini juga beserta hari-hari Tasyrik diharamkan puasa bagi umat Islam.

Pusat perayaan Aidil Adha adalah sebuah desa kecil di Arab Saudi yang bernama Mina, dekat Mekkah. Di sini ada tiga tiang batu yang melambangkan Iblis dan harus dilempari batu oleh umat Muslim yang sedang naik Haji.

Hari Aidil Adha adalah puncaknya ibadah Haji yang dilaksanakan umat Muslim.

((Wikipedia))


Bulan Zulhijjah, khususnya sepuluh hari awalnya adalah merupakan peluang kedua selepas Ramadhan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredhaan, keampunan dan pahala amalan.

Disebutkan oleh Nabi SAW :

“Sebaik-baik hari di dunia adalah sepuluh hari itu” (Riwayat al-Bazzar ; Albani : Sohih).

Allah SWT pula berfirman :

وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ
“Demi Fajar dan hari-hari yang sepuluh” ( Al-Fajr : 1).

Majoriti ulama menyatakan hari sepuluh itu merujuk kepada hari pertama hingga sepuluh Zulhijjah dan bukannya sepuluh terakhir Ramadhan. (Zad Al-Ma’ad, Ibn Qayyim).

Ia juga disebut oleh Nabi SAW dalam hadith lain :

“Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan dari sepuluh hari ini” (Riwayat Al-Bukhari).

AMALAN-AMALAN UTAMA
Manakala amalan-amalan yang digalakkan sepanjang sepuluh awal Zulhijjah yang amat besar pahalanya ini antaranya :-

a) Zikir : Iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar.

Ia bersumber dari hadith riwayat At-Tabrani yang diakui sohih oleh Imam Al-Munziri. Allah SWT juga menyebut ertinya :

“Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu..” (Al-Hajj : 28).

Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti ‘hari-hari tertentu’ adalah sepuluh hari Zulhijjah ini dan inilah pendapat majoriti ulama jua.

b) Berpuasa : Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.

Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :

“Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah” (Riwayat Muslim).

Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.

c) Melakukan lain-lain amalan seperti bersedeqah, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Ia semuanya termasuk di dalam umum hadith yang menunjukkan ianya amat disukai oleh Allah SWT.

d) Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan tawbat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya. Amat biadap jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini.

Bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat dan sedarilah bahawa hidup ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata.

e) Bertakbir : Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu ‘Asar hari ketiga Tashriq.


f) Berkorban : Allah SWT berfirman : ertinya : “dan berdoalah dan berkorban”. Allah SWT juga menyebut :

وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب
Ertinya : “Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) maka ia adalah dari tanda ketaqwaan hati” (Al-Hajj : 32)

Sebuah hadis menyebut :

ما عمل آدمي من عمل يوم النحر أحب إلى الله من إهراق الدم
Ertinya : “Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada hari kurban kecuali berkorban ( dengan menyembelih binatang)” ( Riwayat At-Tirmidzi, Abu Daud ; Gharib, namun terdapat rawi yang dipertikaikan )

((Ust Zaharuddin Abd Rahman))


Jom kita sama2 rebut peluang keemasan yang memberikan ganjaran yang tidak ternilai! Rugi oo..hehe. Kita pun tak tahu jika tahun seterusnya kita ada peluang ini atau tidak. Allah lah sebaik2 perancang dan Dia sahaja lah Yang Maha Mengetahui. Selamat menjalankan ibadah kerana-Nya!

Indah langit kerana awan,
Indah laut kerana kebiruan,
Indah aidilfitri kerana kemaafan,
Indah aidiladha kerana pengorbanan.

Salam aidil adha dari kami,15zikr.
Taqabal Allahu minna wa minkum, taqabala ya kareem!~

Monday, November 15, 2010

Saturday, November 6, 2010

Menjadi Diriku

Kenangan Itu Anugerah


Assalamualaikum w.bt. buat semua sahibah Princess 15 zikr.Sebenarnya tak beniat pun nak tulis post tapi tadi baca komen athifah pasal stimulation of tear duct..tiba2 butiran air mata ni pun tak semena-mena tumpah.Rindu sangat dekat kalian.Kadang-kadang kita rasa tak mahu bangun dari mimpi yang indah.Begitu yang ana rasai 2 hari lepas.Ana tidur tiba-tiba allah anugerahkan ana mimpi yang sangat indah.Ana mimpi ana dengan sahibah2 15 zikr dekat sebuah taman permainan.Di tepinya ada timbunan pasir macam dekat padang aspuri time projek bercucuk tanam.Ana nampak Nasuha,Matun, bekejaran di sekitar timbunan tu.Terus mengigatkan ana matun yang begitu energetik.Yatun,Athifah, dan ramai lagi sahibah yang lain.Indah sangat..Riang ..Seperti tidak pernah belaku sebarang perpisahan.dan kalau boleh mimpi itu berterusan..Tapi itulah hakikat yang pahit yang perlu ana terima.mana mungkin kita terus di dalam mimpi.Itulah ana katakan mimpi itu satu anugerah allah kepada ana.Kenangan itu bagi ana satu anugerah.Dan pahitnya rindu itu juga satu anugerah.Dan ana bersyukur dengan anugerah ini.Moga kita kan bersua lagi.Kalian tiada tandingnya di hati ana.

Thursday, November 4, 2010

Perlis dilanda banjir


Beberapa hari lepas,hujan yang tak berapa lebat turun berpanjangan..Ramai diantara pelajar matri(Khususan ila khassah I puteri) di asrama,'melingkar' di bawah comforter masing-masing akibat kesejukan yang melampau.Kalau tak silap,beberapa pintu di empangan terpaksa dibuka bagi mengelakkan empangan pecah(Tak tahu setakat mana kesahihan)
Dari Subuh hingga subuh hujan yang turun masih mencurahkan keringatnya.Setitis peluh pun tidak berpeluang untuk melihat dunia pada hari itu.Majoritinya yang keluar dari asrama pasti ada bersamanya baju sejuk.Tebal mahupun nipis sangatlah menjadi keperluan bagi memanaskan diri..
Tapi rahmat Allah itu sangat luas.Matri dan kawasan sekitar sedikitpun tidak ditenggelami air.Dengan kata lain,BANJIR.Taman melati,kawasan perumahan bersebelahan Matri yang biasanya ditenggelami air selamat.Walaupun kawasan lain spt. Kangar,Santan dll. ditenggelami air,Taman melati still seperti biasa.ALHAMDULILLAH..

'Mungkin ni peringatan yang Allah nak bagi..'

Kullu bani adam khatta'.wa khairu khatta' tawwabin
"Setiap anak adam itu melakukan kesilapan.Dan sebaik-baik mereka adalah yang selalu bertaubat"



"Peringatan itu sangat bermakna bagi orang-orang yang beriman"
Betu3! Sangat-sangat berguna..

Redhalah dengan Allah,Nescaya Allah redha denganmu..(Betul tak??)

"Sangat ajaib urusan orang mukmin kerana segalanya baik pada mereka.Apabila mendapat Rahmat,mereka bersyukur.Dan apabila diberi Bala,mereka bersabar,"



Firman Allah s.w.t.:
"Berdoalah,nescaya akan aku memperkenankan doamu."

Jadi,doakan agar segala-galanya selamat dan lancar..Doakan kesejahteraan mukmin yang melaksanakan tanggungjawabnya kepada Allah..


*kepada teman teman lain,kalau berpeluang mengikuti misi bantuan banjir ke perlis,jangan lepaskan peluang berbakti.Semoga Allah redha usaha kalian.

Wednesday, November 3, 2010

HAPPY BIRTHDAY!!

"お誕生日おめでとうございます"
"O tanjō-bi omedetō gozaimasu"
"HAPPY BIRTHDAY"
"생일 축하 (saeng-il chugha ) "
"سنة حِلوة"
"祝你生日快乐(Zhù nǐ shēngrì kuàilè)"
Bahasa Melayu??Mm..tak pasti laa nk sebut apa..
Ups!Bahasa Jiwa Bangsa.Kena aplikasi bahasa kebangsaan.

“Selamat Hari Lahir”


haha!Hari ni 15 zIKR nk wish birthday kat 2 orang puteri ne:

1.NAJWA AHMAD(3 November)
2.NADHIRAH RUBANI a.k.a DOT(4 November)


"Semoga meningkatnya umur kalian seiring tertingkatnya
iman dan taqwa
dan kalian terus memandu diri menuju
kematangan yang lebih dalam beramal"



istimewa dari:IFFAH HANNA FIKRI & 15 ZikR..


 

Template by BloggerCandy.com