Pages

Awaken

Sometimes, standing among millions of ghuraba people can raise up our holy and strong spirit to awake this ummah. Wait till we meet in jama'ah and we will hit this universe with the holiest and super incredible new system for the new programme generation. Let's raise our hand and pray for our world.


Total Pageviews

Jadual Tugasan 15zikr

  • Minggu 1 : Syuhada - Ruziah - Iffah Hanna - Aliya
  • Minggu 2 : Nabilah Kamal - Basyirah Ritzuan - Syafiqah Sabbri - Syahirah
  • Minggu 3 : Fatin Nabila - Izzati - Fatimah - Basyirah Z
  • Minggu 4 : Sofiah Hadi - Nadhirah - Nadiah - Fatinah

Wednesday, November 17, 2010

Eid Adha

Salam Aidil Adha kpd semua ummat Islam yg berada di Malaysia serta tidak lupa yang berada di perantauan. Jangan bersedih2 sebab tak boleh menyambut dgn keluarga. Tak apa. Mungkin lepas ni, manalah tahu Allah bagi peluang pada siapa2 kat perantauan boleh sambut di Malaysia bersama dgn keluarga tercinta.ameen~

Aidil Adha yang kita dok sakan sambut ni, kita raya ni bukan utk suka2 aje. Ada kisah di sebalik Aidil Adha yang boleh kita dapati daripada sumber2 yang diyakini,InsyaAllah.

Pada hari ini diperingati peristiwa korban, iaitu ketika nabi Ibrahim, yang bersedia untuk mengorbankan puteranya Ismail untuk Allah, akan mengorbankan putranya Ismail, kemudian digantikan oleh-Nya dengan domba.

Pada hari raya ini, umat Islam berkumpul pada pagi hari dan melakukan salat Ied bersama-sama di tanah lapang, seperti ketika merayakan Aidil Fitri. Setelah salat, dilakukan penyembelihan haiwan korban, untuk memperingati perintah Allah kepada Nabi Ibrahim yang menyembelih domba sebagai pengganti puteranya.

Hari Raya Aidil Adha jatuh pada tanggal 10 bulan Dzulhijjah, hari ini jatuh persis 70 hari setelah perayaan Aidil Fitri. Hari ini juga beserta hari-hari Tasyrik diharamkan puasa bagi umat Islam.

Pusat perayaan Aidil Adha adalah sebuah desa kecil di Arab Saudi yang bernama Mina, dekat Mekkah. Di sini ada tiga tiang batu yang melambangkan Iblis dan harus dilempari batu oleh umat Muslim yang sedang naik Haji.

Hari Aidil Adha adalah puncaknya ibadah Haji yang dilaksanakan umat Muslim.

((Wikipedia))


Bulan Zulhijjah, khususnya sepuluh hari awalnya adalah merupakan peluang kedua selepas Ramadhan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredhaan, keampunan dan pahala amalan.

Disebutkan oleh Nabi SAW :

“Sebaik-baik hari di dunia adalah sepuluh hari itu” (Riwayat al-Bazzar ; Albani : Sohih).

Allah SWT pula berfirman :

وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ
“Demi Fajar dan hari-hari yang sepuluh” ( Al-Fajr : 1).

Majoriti ulama menyatakan hari sepuluh itu merujuk kepada hari pertama hingga sepuluh Zulhijjah dan bukannya sepuluh terakhir Ramadhan. (Zad Al-Ma’ad, Ibn Qayyim).

Ia juga disebut oleh Nabi SAW dalam hadith lain :

“Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan dari sepuluh hari ini” (Riwayat Al-Bukhari).

AMALAN-AMALAN UTAMA
Manakala amalan-amalan yang digalakkan sepanjang sepuluh awal Zulhijjah yang amat besar pahalanya ini antaranya :-

a) Zikir : Iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar.

Ia bersumber dari hadith riwayat At-Tabrani yang diakui sohih oleh Imam Al-Munziri. Allah SWT juga menyebut ertinya :

“Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu..” (Al-Hajj : 28).

Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti ‘hari-hari tertentu’ adalah sepuluh hari Zulhijjah ini dan inilah pendapat majoriti ulama jua.

b) Berpuasa : Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.

Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :

“Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah” (Riwayat Muslim).

Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.

c) Melakukan lain-lain amalan seperti bersedeqah, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Ia semuanya termasuk di dalam umum hadith yang menunjukkan ianya amat disukai oleh Allah SWT.

d) Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan tawbat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya. Amat biadap jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini.

Bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat dan sedarilah bahawa hidup ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata.

e) Bertakbir : Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu ‘Asar hari ketiga Tashriq.


f) Berkorban : Allah SWT berfirman : ertinya : “dan berdoalah dan berkorban”. Allah SWT juga menyebut :

وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب
Ertinya : “Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) maka ia adalah dari tanda ketaqwaan hati” (Al-Hajj : 32)

Sebuah hadis menyebut :

ما عمل آدمي من عمل يوم النحر أحب إلى الله من إهراق الدم
Ertinya : “Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada hari kurban kecuali berkorban ( dengan menyembelih binatang)” ( Riwayat At-Tirmidzi, Abu Daud ; Gharib, namun terdapat rawi yang dipertikaikan )

((Ust Zaharuddin Abd Rahman))


Jom kita sama2 rebut peluang keemasan yang memberikan ganjaran yang tidak ternilai! Rugi oo..hehe. Kita pun tak tahu jika tahun seterusnya kita ada peluang ini atau tidak. Allah lah sebaik2 perancang dan Dia sahaja lah Yang Maha Mengetahui. Selamat menjalankan ibadah kerana-Nya!

Indah langit kerana awan,
Indah laut kerana kebiruan,
Indah aidilfitri kerana kemaafan,
Indah aidiladha kerana pengorbanan.

Salam aidil adha dari kami,15zikr.
Taqabal Allahu minna wa minkum, taqabala ya kareem!~

Monday, November 15, 2010

Saturday, November 6, 2010

Menjadi Diriku

Kenangan Itu Anugerah


Assalamualaikum w.bt. buat semua sahibah Princess 15 zikr.Sebenarnya tak beniat pun nak tulis post tapi tadi baca komen athifah pasal stimulation of tear duct..tiba2 butiran air mata ni pun tak semena-mena tumpah.Rindu sangat dekat kalian.Kadang-kadang kita rasa tak mahu bangun dari mimpi yang indah.Begitu yang ana rasai 2 hari lepas.Ana tidur tiba-tiba allah anugerahkan ana mimpi yang sangat indah.Ana mimpi ana dengan sahibah2 15 zikr dekat sebuah taman permainan.Di tepinya ada timbunan pasir macam dekat padang aspuri time projek bercucuk tanam.Ana nampak Nasuha,Matun, bekejaran di sekitar timbunan tu.Terus mengigatkan ana matun yang begitu energetik.Yatun,Athifah, dan ramai lagi sahibah yang lain.Indah sangat..Riang ..Seperti tidak pernah belaku sebarang perpisahan.dan kalau boleh mimpi itu berterusan..Tapi itulah hakikat yang pahit yang perlu ana terima.mana mungkin kita terus di dalam mimpi.Itulah ana katakan mimpi itu satu anugerah allah kepada ana.Kenangan itu bagi ana satu anugerah.Dan pahitnya rindu itu juga satu anugerah.Dan ana bersyukur dengan anugerah ini.Moga kita kan bersua lagi.Kalian tiada tandingnya di hati ana.

Thursday, November 4, 2010

Perlis dilanda banjir


Beberapa hari lepas,hujan yang tak berapa lebat turun berpanjangan..Ramai diantara pelajar matri(Khususan ila khassah I puteri) di asrama,'melingkar' di bawah comforter masing-masing akibat kesejukan yang melampau.Kalau tak silap,beberapa pintu di empangan terpaksa dibuka bagi mengelakkan empangan pecah(Tak tahu setakat mana kesahihan)
Dari Subuh hingga subuh hujan yang turun masih mencurahkan keringatnya.Setitis peluh pun tidak berpeluang untuk melihat dunia pada hari itu.Majoritinya yang keluar dari asrama pasti ada bersamanya baju sejuk.Tebal mahupun nipis sangatlah menjadi keperluan bagi memanaskan diri..
Tapi rahmat Allah itu sangat luas.Matri dan kawasan sekitar sedikitpun tidak ditenggelami air.Dengan kata lain,BANJIR.Taman melati,kawasan perumahan bersebelahan Matri yang biasanya ditenggelami air selamat.Walaupun kawasan lain spt. Kangar,Santan dll. ditenggelami air,Taman melati still seperti biasa.ALHAMDULILLAH..

'Mungkin ni peringatan yang Allah nak bagi..'

Kullu bani adam khatta'.wa khairu khatta' tawwabin
"Setiap anak adam itu melakukan kesilapan.Dan sebaik-baik mereka adalah yang selalu bertaubat"



"Peringatan itu sangat bermakna bagi orang-orang yang beriman"
Betu3! Sangat-sangat berguna..

Redhalah dengan Allah,Nescaya Allah redha denganmu..(Betul tak??)

"Sangat ajaib urusan orang mukmin kerana segalanya baik pada mereka.Apabila mendapat Rahmat,mereka bersyukur.Dan apabila diberi Bala,mereka bersabar,"



Firman Allah s.w.t.:
"Berdoalah,nescaya akan aku memperkenankan doamu."

Jadi,doakan agar segala-galanya selamat dan lancar..Doakan kesejahteraan mukmin yang melaksanakan tanggungjawabnya kepada Allah..


*kepada teman teman lain,kalau berpeluang mengikuti misi bantuan banjir ke perlis,jangan lepaskan peluang berbakti.Semoga Allah redha usaha kalian.

Wednesday, November 3, 2010

HAPPY BIRTHDAY!!

"お誕生日おめでとうございます"
"O tanjō-bi omedetō gozaimasu"
"HAPPY BIRTHDAY"
"생일 축하 (saeng-il chugha ) "
"سنة حِلوة"
"祝你生日快乐(Zhù nǐ shēngrì kuàilè)"
Bahasa Melayu??Mm..tak pasti laa nk sebut apa..
Ups!Bahasa Jiwa Bangsa.Kena aplikasi bahasa kebangsaan.

“Selamat Hari Lahir”


haha!Hari ni 15 zIKR nk wish birthday kat 2 orang puteri ne:

1.NAJWA AHMAD(3 November)
2.NADHIRAH RUBANI a.k.a DOT(4 November)


"Semoga meningkatnya umur kalian seiring tertingkatnya
iman dan taqwa
dan kalian terus memandu diri menuju
kematangan yang lebih dalam beramal"



istimewa dari:IFFAH HANNA FIKRI & 15 ZikR..


Saturday, October 9, 2010

ziarah kawan2 khassah kat matri

makan2 di RFC,Perlis.
fatimah nak jadi pekerja RFC suatu masa akan dtang.INSYAALLAH.
destinasi terakhir.Ziarah sahabat se`batch.Lillah.


Alhamdulillah.Minggu lepas Syuhada mai MATRI.Mai ziarah kawan2 khassah kat matri ne.Syok sangat dpat jumpa.Rasa cam tak mau lepas dia balik.Minggu ne,alhamdulillah sahabat2 tercinta dari UIA dan KTD mai plak..Haa..sorang lagi budak DQ..Ummi Kalsum.Timah,Basyirah R dan Iffah Z..Sempat pi jln2 mkn RFC.Sambil menyelam minum air.Allah izin,ada peluang pi ziarah Akh Salman sekali.Dia makin pulih.ALhamdulillah.

UNTUK SAHIBAH 15ZIKR..
kedatangan antunna dialu-alukan..mai pakat mai ramai2..
Mai la melawat kami bdk2 khassah ne..

Post yang ringkas..NGANTOK...nak prepare,sok khassah nk kna pi camping kt BALING.. doakan km lksnkn tgs seikhlas mgkn!..


 

Template by BloggerCandy.com