Pages

Awaken

Sometimes, standing among millions of ghuraba people can raise up our holy and strong spirit to awake this ummah. Wait till we meet in jama'ah and we will hit this universe with the holiest and super incredible new system for the new programme generation. Let's raise our hand and pray for our world.


Total Pageviews

Jadual Tugasan 15zikr

  • Minggu 1 : Syuhada - Ruziah - Iffah Hanna - Aliya
  • Minggu 2 : Nabilah Kamal - Basyirah Ritzuan - Syafiqah Sabbri - Syahirah
  • Minggu 3 : Fatin Nabila - Izzati - Fatimah - Basyirah Z
  • Minggu 4 : Sofiah Hadi - Nadhirah - Nadiah - Fatinah

Tuesday, June 15, 2010

Tanggungjawab kita bersama..




Kenangan yang terindah bersama tak kan aku lupakan. Gelak riang, celotehnya mengingatkan kembali daku tentang zaman persekolahanku. Melihat kelas form 3 2010 yang dulunya pernah menjadi kelas form 5 2009, terasa amat rindu sekali! Rasa mahu untuk kembali semula pada saat-saat yang begitu mengasyikkan.

WAH!!! NAK!!!

Jika lah dunia ini seperti KARTUN DORAEMON, akan aku gunakan jam ajaibku untuk kembali semula waktu lalu menghentikannya, dapatlah bersama kawan-kawan hingga bila-bila yang aku mahukan. Kalau tak pun, aku nak guna pintu suka hati agar aku dapat berjumpa dengan sahabat-sahabatku yang berada di ipt tu,bila-bila je, tak yah minta izin dengan kak lang,senang nak pergi program sama-sama.

Kalau tak pun macam cerita HARRY POTTER pun bagus jugak, patah balik masa yang mana kita nak.Ya Allah!! Apa yang aku mengarut ni??! Bangunlah wahai mujahidahku sayang…Bangkitlah!!! Kita hidup di dunia ni hanyalah sementara. Semuanya tak kekal kerana kita tahu

MATI ITU PASTI, HIDUP BELUM TENTU…

Melepaskan sahabat-sahabat dari genggaman ini amat perit. Kadang-kadang kita tak tahu bila lagi kita akan berjumpa,berkongsi rasa, bergurau senda dan macam2 lagi. Ikatan ukhwah kita bukan sebarang ikatan ukhwah yang biasa tetapi ikatan UKHWAH FILLAH namanya…

Sungguh aku sedari bahawa masa yang lalu tidak akan kembali, maka kita haruslah maju ke hadapan. Lupakan result SPM kita yang tak memuaskan, perangai kita yang kurang baik, segala kesilapan yang kita lakukan pada tahun dahulu…aku tidak maksudkan lupakan terusss!! Tetapi jadikan ia sebagai pedoman hidup kita kerna kita mempunyai azam yang baru dan terus maju untuk deen Allah.

Takbirr!!!!

Allahuakhbar!!

Orang2 di Palestin berkata:

”Sudahkah anda bersiap untuk syahid?Syurga yang manakah yang menjadi pilihan?”

Tetapi sayang sekali dengan kita ini yang selalu berkata:

”Sudah siapkah anda untuk menghadapi kematian?Cukupkah amalan anda untuk memelalui saat2 yang menyeramkan?MALAIKAT MAUT??!”.

Amat bezanya kita dengan mereka. Mereka tanpa perasaan takut dan gentar, mereka sanggup untuk mengorbankan diri mereka. Bagaimana dengan kita?? Tepuk dada tanyalah iman pada diri masing2, bagaimana agaknya jawapan. Kita perlu bersedia untuk berkorban tidak kira masa ataupun di mana, kita sebagai S.O.A.(soldiers of Allah)

MESTI bersedia!

Tidak ada masa untuk katakan tidak!

NO SAY NO!

Di medan Khassah, kita perlu ada perdekatan dengan adik2, kita perlu selami diri mereka. Kenalpasti apa yang menjadi masalah dan resolusi yang terbaik untuk menyelesaikan, kita tidak boleh berdiam diri, kita perlu bergerak kerana kalau bukan kita, siapa lagi yang akan menjadi penggerak warissatul anbiya’ di MATRI.Walaupun terpaksa korbankan masa dan segalanya, tak mengapa dan insyaAllah, Allah akan bantu dalam study kita sebab Allah dah kata,

”Wahai orang2 yang beriman! Jika kamu menolong deen Allah, nescaya Allah akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.”

(47: 7)

Nampak tu, Allah memang baik!

Bagi sahibah2 di luar, pastikan sahibah2 kita masih dalam ikatan D n T. Peluklah mereka erat2 hingga tidak ada ruang untuk angin mencela. Sentiasalah ingat memperingati antara satu sama lain, kadang2 kita tak tahu yang dia alpa tentang kata2 Allah. Kita mesti protect sahibah kita.

Manakala sahibah yang bersendirian di tempatnya, tiada sahibah yang ada sekali dengannya, tidak mengapa dan tak perlu risau kerana kita sudah tahu Allah akan memberi ujian kepada kita jika kita mampu untuk menghadapi. Jangan risau! Kita ada Allah. Allah Maha Besar! Pasti Dia mampu untuk lakukan apa sahaja untuk kita, tapi kita tak bolehlah kedekut sangat, kenalah doa pada-Nya setiap hari. Dia selalu ingat kita..tapi kita bagaimana? Ingatkah kita pada si Dia?

Kadang-kadang aku terfikir, walaupun seekor nyamuk yang hinggap kat kita, kita cepat2 tampar dia sampai mati, sampai kita kata,”Hah!! Mampos kau!!” dan walaupun tanah2 dan rumput2 yang kita pijak tu tiap2 hari dan tak tahulah kalau ada yang mati sebab dipijak,tapi mereka sentiasa bertasbih kepada Allah dan tidak pernah berhenti walaupun sesaat atau suku saat. Aku sarankan sahibah2 aku, kalau di sana tiada halaqah dan segala program D n T, apa kata kita yang gerakkan? Bentukkan satu halaqah atau usrah. Ini adalah pesanan Ustaz Abdul Hadi yang selalu ajar Pendidikan Al-Quran. Kita kan tak nak jadi solehah je kan, muslehah mesti la kita nak kan?? Sedikit-dikit menjalankan proses itu, jangan terus drastik pula! Nanti terkejut pula mereka itu. Kita belanja dia makan, kita bawa dia pergi dengar ceramah ataupun kita sendiri bagi ceramah kat dia. Insyaallah, satu hari nanti Allah akan buka pintu hati dia untuk menerima Islam yang kamilah dalam dirinya. Sahsiah yang kita bawa mestilah yang baik, barulah dia tu tertarik dengan Islam yang kita bawakan.

Nasihat Imam As-Syafie’ tentang berakhlak mulia,

“Jagalah lidahmu, agar ia tidak menyengatmu, kerana lidah tidak ubah seperti ular berbisa. Ramai orang binasa akibat lidahnya, padahal dulu mereka dihormati kawan-kawannya.”

Jangan sesekali memandang rendah terhadap mereka sekiranya mereka tidak memakai tudung, banyak perkara yang tidak syara’ mereka lakukan,dan janganlah fikir seolah2 kita ini sudah cukup kamilah dengan Islam dalam diri masing-masing. Kadang2 mereka tidak tahu bahawa Islam mengajar begini, begitu dan begini sepertimana yang kita tahu tapi kita kadang2 kita tahu benda tu salah tapi kita masih buat, teruknya kita ni. Sesungguhnya Allah telah berkata dalam Al-Furqan,

“Wahai orang2 beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?”

(61:2)

Minggu lepas, aku sahaja nak cari lagu arab. Aku pun searchlah kat goggle. Aku dengar lagu ni. Wah! Terasa indahnya Islam itu sebenarnya. Kita kadang2 tidak sedari nikmat yang paling terbesar iaitu nikmat IMAN dan nikmat ISLAM. Selalukan dengar kat matri,selalu sangat sebut macam dah lali dah dengar, yang kita pula, tak pernah rasa bersyukur atas nikmat2 yang Allah bagi sampai sekarang. Tiba2 Allah tarik nikmat,tu macam mana dengan kita??Naazubillah.

“Maka nikmat Rabbmu yang manakah yang kamu dustakan?”

(55:13)

Aku bukanlah insan yang sempurna. Peringatan untuk diri ini juga. Ini adalah permintaan sahibahku sendiri untuk menulis post ini dan telah sekian lama daku tidak mencoret sebarang perkongsian atau warkah untuk 15zikr. Dia kata dia dah boleh hafal post2 yang ada kat blog ni, al-maklum lah sudah lama ‘berkarat’ dan ‘berhabuk’ serta dia cadangkan agar sebarkan emel blog ini dan password kepada 15zikr agar blog terus HIDUP dan tidak lupa untuk berterima kasih kepada siapa yang setia mendengar kata2 ini yang cukup tidak bermakna, tangisan yang sepatutnya tidak perlu keluar pada malam itu.

Kepada orang itu, bila aku fikirkan balik, memang salah aku. Aku tidak pernah ungkapkan pada mereka dan aku cuba untuk bersangka baik kerana

SELEMAH-LEMAH IMAN ADALAH BERSANGKA BAIK…

Terima kasih kepada yang setia mendengar kalamku, amat aku hargai dan aku terasa lega kerana dapat meluahkan, kerana aku tidak tahu untuk meluahkan kepada siapa lagi yang amat memahami diri yang lemah ini.

Syukran ya sohibati..


Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan…Bersyukurlah apa yang kita perkatakan…Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia..

Hold on to your friend with BOTH hands....

A.R.D's writing..
Typing on 1.53 a.m.
Tuesday, 15th June 2010.
Paste on this post time.

Thursday, June 3, 2010

NIKMAT INI!!

Alhamdulillah,Alhamdulillah...Bersyukurlah kita ke hadrat Allah kerana di beri peluang untuk mendapat nikmat hidayah ini.Kita sebagai manusia sering melihat kekurangan yang kita ada.Kelemahan yang kita peroleh tanpa kita sedar bahawa di luar sana atau jiran terdekat kita masih belum mendapat apa yang kita peroleh.Nikmat teragung kita.
NIKMAT IMAN & ISLAM
Mungkin nikmat yang satu ini jarang kita syukuri.Jarang kita renungi..Marilah kita bermuhasabah dengan nikmat yang tiada tandingannya ini.
Jangan kita lepaskan nikmat ini jangan kita tinggalkan nikmat ini kerana jika kita lupakannya,jika kita tinggalkannya ada satu jawapn yang pasti telah menanti kita,termasuklah kita dalam golongan yang merugi.

Ingin diwujudkan persoalan di sini adakah kita berasa izzah dengan nikmat ini?Jika ya mengapa perlu kita tunggu lagi sebarkanlah nikmat ini.Biar mereka yang tidak pernah merasai kebahagiaan dengan nikmat ini merasainya.Bukankah itu tugas kita??MENYAMPAIKAN??
PERBAIKILAH DIRI KAMU & SERULAH ORG LAIN..
Jika ditanya mahukah anda menukarkan nikmat ini dengan kekayaan?Dengan kecantikan?Apa jawapan anda?Jika ya, anda sendiri sudah mengetahui sejauh mana anda mensyukuri nikmat ini..
Pengakhirannya:Marilah kita sama-sama menyebarkan apa yang kita faham,apa yang kita dapat kerana kasihanilah mereka yang tidak pernah mendapat nikmat hidayah ini.Berilah mereka peluang untuk merasai,apa yang kita rasai..
KEBAHAGIAAN DI DALAM FIKRAH INI.
WAllahu'alam


Student UIA

Saturday, May 1, 2010

Warkah Buat Khassah



Kutulis kalam ini dengan jiwa.Hanya Allah yang mengetahuinya.hatiku tersentak setelah membaca mesej yang dihantar Iffah Hanna..Aku baca dengan jiwa,terasa ke lubuk dalam.Aku yakin Iffah juga menulis dengan jiwa.Jika tidak mana bisa impaknya terasa sebegini rupa.Aku yakin sesiapa yang mendapat mesej yang Iffah hantar itu akan turut merasai seperti apa yang kurasai.Demi Allah,aku amat menyanyangi kalian,khususnya khassah1,adik-adik matri,guru-guru matri,biah di matri.Semua itu aku rindu dan cinta.




BUAT KHASSAH,kalian perlu kuat dan teruskan jihad kalian di sana.Sebolehnya aku ingin ulangi itu semua..masih belum cukup baktiku pada lubuk itu.Tetapi episod semalam mana bisa diulangi..tapi kalian masih ada peluang itu...ruang itu..masa itu..Kalian perlu kuat.Kalian perlu bentukkan semula generasi yang dulu pada jiwa adik-adik ini.Kalian harus bentukkan semula adik-adik yang mementingkan dakwah seiring dengan akademiknya,yang bersungguh terhadap tarbiyyahnya,yang merasakan masuliah iti seperti gunung yang menghempap kepalanya tapi dalam masa yang sama apabila dipertanggungjawabkan memikul amanah seikhlas yang mungkin.Kalian harus yakin,kalian mampu kembalikan semula biah tersebut..




Kalian harapan kami..Kalian sahibah tercinta kami..Kami sentiasa mempercayai kalian.Kalian harus yakin Allah bersama kalian..Allah akn sentiasa dan tidak pernah melupakan apatah lagi meninggalkan kalian.Kalian punya matlamt yang jelas..Kalian bukan calang-calang orang yang kukenali.Kalian punya potensi..Kalian berjiwa daie..Kalian pasti punya strategi.Kalian pasti tahu;




"iSLAM YANG TIDAK TERANCANG BAKAL DIKALAHKAN DENGAN JAHILLIYAH YANG TERANCANG"




Walaupun diri ini jauh dengan kalian tetapi kalian tidak pernah lekang dalam sebutan doa..kalian perlu dekat dengan mereka,menangi hati mereka..Itu yang kita selalu lakukan dulu.Bukankah begitu??Walaupun tanpa kehadiran kami kalian masih mampu teruskan baki perjuangan kita..Bukankah kita sudah berjaya menambat hati mereka??Tambat hati mereka dengan kemesraan kita,keramahan kita.Adik-adik kita itu mampu menggegarkan dunia dengan roh jihad mereka.Cuma perlu ada yang membimbing,yang menegur,yang bersama.Memang perlu diakui kalian dan kami tidak sempurna.Tapi jika menunggu kesempurnaan hadir dalam diri kita samalah seperti menunggu bulan jatuh ke riba.Sedangkan




"PERBAIKI DIRI KAMU DAN SERULAH ORANG LAIN"




Insya-allah kalian menjadi perintis pada perubahan mereka.Mereka perlu pengertian semula.Mereka KELIRU.Jangan izinkan kejatuhan ini..Kita semua mempunyai saham atas tanggungjawab ini.Kita semua tidak mahu bukan cerita itu jadi realiti;




"Suatu masa dahulu ada satu jemaah ni,hebat sangat.Mereka amalkan islam yang syumul.Mereka ada sekolah sendiri,hospital,kolej tapi sayang sekarang ni dah terkubur.Generasi tua mereka dah ramai yang meninggal,sakit dan tak berupaya nak teruskan dah.Generasi muda mereka tak rasa izzah dengan kerja-kerja tu.Mereka semua sudah meninggalkan jemaah tu..."




Kita semua pasti tidak mahu mendengar cerita itu bukan?tapi jika sampai perkara ini terjadi,SALAH SIAPA SEBENARNYA?SALAH SIAPA?SALAH KITA.kita penyambung rantaian dakwah ini.Kami pelajar yang datang dari lubuk tarbiyyah itu,tidak akan lupakan kalian..Kalian sahibah kami..Kami yakin Allah ada bersama kalian.Pertahankan impian kalian kerana itu impian kami juga.Insya-Allah suatu hari nanti impian kalian akan bertukar realiti.Tapi kumohon jangan wujudkan keterputus-asaan dalam diri kalian.Kalian harus ingat kalian ada kami dan yang paling penting kalian ada Allah.








Aku yakin sahibah yang lain juga ingin mengatakan perkara yang sama pada kalian.Kuatkan diri kalian dan kami,pasti tidak akan melupakan lubuk tarbiyyah itu..Kerana di sana kami kenal erti dakwah,tarbiyyah,ukhuwwah,cinta dan sayangdan erti tanggungjawab.




Dan kita juga mahu generasi muda menghargai apa yang kita hargai.Doakan kelansungan dakwah dan tarbiyyah kami walaupun di mana kami berada.Insya-allah kami akan kembali ke sana jika itu yang Allah rancangkan..Tapi ingatlah kalian sentiasa dalam doa kami..Itulah bantuan yang tidak akan kunjung padam dari kami.Doakan senjata mukmin..Walaupun kalian kehilangan kami dlm bentuk fizikalnaya tapi inya-allah rantaian ukhuwwah kita hingga ke syurga..Tapi tetap kudoakan kita dapat berkumpul semula.




Sebelum kuakhiri coretan ini ingatlah




"TARBIYYAH DI TANGAN KAMU,MAKA DI TANGAN KAMULAH IA"




KALIAN MAMPU...
AKU YAKIN,




KAMI YAKIN,




KALIAN JUGA HARUS YAKIN...

Friday, April 9, 2010

Jom ikut program reunion gen15 sahibah...

Pengumuman: ''PROGRAM ALUMNI 15zikr''
Prog. ALUMNI 15zikr akan diadakan pada 17-20 April bertempat di MATRI.Semua pelajar MATRI tingkatan 1 tahun 2005 - tingkatan 5 tahun 2009(generasi 15,puteri) dijemput menghadiri program ini.Sahabat2(puteri shj) KEM JATIDIRI siri 1 juga dijemput bagi mmeriahkan lagi program ini.
Yuran penyertaan dikenakan hanya sebanyak RM15 seorang.Namun sumbangan adalah amat digalakkan.
Penginapan & Makanan disediakan.
Para peserta hendaklah membawa satu hadiah yang berharga tidak kurang dari RM2 seorang satu.
berilah seikhlas mungkin.'harga' nya bukan terletak pada 'harga'

Jom kita jumpa balik sama2.Dah lama x jumpa,mesti ada cerita syok nak bagi tau kawan2..INILAH MASANYA.. penuh dengan
biah solehah,
cerita tarbawi,
suasana peringat memperingati dan
saling menegur untuk memprtingkat keimanan..
HAA!! Masanya dah sampai.Sama2 kita review balik rutin ibadah kita time kecik2 kat matri dulu..yg sepatutnya diamalkan oleh setiap ummat islam.BAWA BIAH NI KE KAMPUS ANDA...

Berminat untuk menghadiri?? Berikan nama anda kepada : iffahhanna@yahoo.com / 0194141503 (bg tujuan syar`ie shj..)
sebarang musykilah,hubungi nama yang tertera.

*untung kalau join....xrugi kalau join..
*:konklusi=KENA JOIN..


PROMOSI HEBAT!!!

PELUANG REBUT PAHALA: SUMBANGLAH SEBERAPA BANYAK/SEDIKIT YG ANDA MAMPU.
JAMINAN:seumur hidup ada gantian pahala berlipat ganda.PERCAYALAH!

x percaya?? CUBALAH...

Monday, April 5, 2010

Akhlak Mukmin



1. Taubat
Tinggalkan segala perbuatan tercela yang telah dikerjakannya dengan niat membesarkan Allah. Orang yang bertaubat mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:

· Meninggalkan maksiat dengan kesedaran
· Menyesal dengan perbuatan dosa yang telah dikerjakan
· Berazam tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi.

2. Khauf (takut Allah)
Takut kepada kemungkaran Allah dengan memelihara diri dari melakukan perkara-perkara yang ditegah.

3. Zuhud
Bersih atau suci hati dari berkeinginan lebih dari keperluannya serta tidak bergantung kepada makhluk lain. Hati sentiasa ingat bahawa harta yang dimilikinya merupakan amanah dari Allah S.W.T.

4. Sabar
Tabah dan cekal menghadapi sesuatu ujian yang mendukacitakan.

5. Syukur
Menyedari bahawa semua nikmat yang diperolehinya sama ada yang lahir mahupun yang batin semuanya adalah dari Allah dan berasa gembira dengan nikmat itu serta bertangggungjawab kepada Allah

6. Ikhlas
Mengerjakan amal ibadah dengan penuh ketaatan serta semua perbuatan yang dilakukan semata-mata mengharapkan keredhaan Allah, bukan kerana tujuan yang lain.

7. Tawakkal
Berserah diri kepada Allah dalam melakukan sesuatu rancangan.

8. Mahabbah
Kasihkan Allah dan hatinya sentiasa cenderung untuk berkhidmat dan beribadat kepada-Nya serta bersungguh-sungguh menjaga diri dari melakukan maksiat.

9. Redha dengan qada’ dan qadar
Menerima ketentuan nasib yang telah ditakdirkan Allah sama ada yang berupa nikmat atau musibah.

10. Zikrul maut
Sentiasa ingat kepada kematian dan berusaha meningkatkan amal sebagai persediaan untuk menghadapinya.

Thursday, April 1, 2010

Suara Kakak2 Khassah 1-2010

picture by 'iffahhannafikri'
dari kanan:sos marry(mariah),sos undima(fatima),sos aisa(aisha), iffahhanna,ririn dyana,nabilah kamal,nurul aliya,nurul iman....tiada dlm gmbr-sakinah smakL

Ya Allah...
Hari ini kami merasai nikmatmu..setiap hari kami bertemu dengan orang2 yang banyak ilmu, ulamak,guru2 soleh....
namun!
xpernah kami hargai kewujudan mereka...
Tapi hari ini kau tunjukkan kami seperkara yang membuat kami teramat bersyukur
hidup bersama murabbi2 misali ini..

KAu letakkan kami bersama saudara2 baru, dari luar negara....
Aduh!!
Lelahnya kami melihat mereka..
Berusaha untuk memahami bait kata2 ustaz..
KAu uji mereka.....
tidak mengerti bahasa kami,
tidak mengerti bahasa dunia,
tidak mengerti bahasa syurga..
namun engkau menetapkan mereka `BERUSAHA KERAS`
untuk memahami kata2 hidayah dari bibir mursyid kami..
KAMI..
yang selalu mendengar da memahami tidak mengendahkan kata2 itu lagi...
YA ALLAH..
Ampunkan kami..
tetapkanlah kami dijalanMU ini.
semoga kami dapat lagi mendengar seruan2 Ilahi itu YA RAbb!
SEMOGA KAMI SENTIASA MENGHARGAI BUTIR MUTIARA HIDAYAH-MU YA RABB..

Wednesday, March 31, 2010

Carilah yang telah hilang.

Koreksi diri... Apa program kita sepanjang cuti

Semoga apa yg kita sedang lakukan,telah lakukan,atau akn lakukan semuanya menaikkan islam dan meruntuhkan jahiliah..AAmin..
HIDAYAH...
sebuah permata yg kita dapat dari sebuah daurah kehidupan di matri..
Apakah ianya masih mekar di hati??
Muhasabahlah diri... mana perginya kata2 yg dulunya menjadi pedoman untuk kita meraih redha ilahi. mana semangat perjuangan kita untuk meningkatkan kualiti diri sebagai mukmin "LUAR BIASA"??
Apakah semangat kobar seorang pejuang kini telah luntur...??
Dihanyut arus jahiliah yg luar nya nmpk indah spt syurga tp dalamnya jijik x ubah seperti neraka..
Ayuhlah!
Sahabat2 semukmin ku sekalian..
MArilah kita SAMA-SAMA bangun kembali meningkatkan kualiti diri sebagai mukmin sejati supaya kita tidak goyah meniti arus kehidupan yang teliti dirancangkan oleh kufur.
Fikirkanla.
Apa kebaikan yang kita lakukan sepanjang cuti ini.. segala butir2 ketaqwaan yg kita terima di matri apakah masih lagi kita amalkan. jangan lah kita biarkan semua tradisi ibadah kita dahulu lenyap di gilis jahiliah di luar.. Semoga ALLAH menjaga dirku dan DIRI KALIAN.. AAAMIN..
 

Template by BloggerCandy.com