Pages

Awaken

Sometimes, standing among millions of ghuraba people can raise up our holy and strong spirit to awake this ummah. Wait till we meet in jama'ah and we will hit this universe with the holiest and super incredible new system for the new programme generation. Let's raise our hand and pray for our world.


Total Pageviews

Jadual Tugasan 15zikr

  • Minggu 1 : Syuhada - Ruziah - Iffah Hanna - Aliya
  • Minggu 2 : Nabilah Kamal - Basyirah Ritzuan - Syafiqah Sabbri - Syahirah
  • Minggu 3 : Fatin Nabila - Izzati - Fatimah - Basyirah Z
  • Minggu 4 : Sofiah Hadi - Nadhirah - Nadiah - Fatinah

Sunday, February 28, 2010

Jom masuk U!


p/s:-Klik kan pd gambar di atas utk melihat dgn lebih jelas.
Maklumat yg selanjutnya layarilah

Tuesday, February 23, 2010

Kem Jati Diri Yang Amat Dirindui



Selepas tamatnya SPM dan Graduasi 2009,
Semua pulang ke jalan haluan masing2...
Tidak sampai 5 hari melepak di rumah...

"EHHH.....ada kem!
Kem Jati Diri.....
nmpk MACAM bosan....
tak apa lah,join je...
at least mengisi masa yg lapang sikit...
tapi lamanya....dkt 2bulan ooooo!
Nak ambil lesen..
Ish...nak ambil part time job?
Macam mana?
Hmm..umi abah suruh pergi jugak...
Pergi je lepas habis kem boleh ambil lagi...."

Rungutan sebelum pergi kem...
Bila tiba di KTD pada 22Disember 2009...
Di sinilah pertama kali ku mengenali KTD..

"Ohh...macam ni rupanya KTD...
Alamak!...
Kilang??!!.."

Itulah first impression yg terkeluar...
Tapi bila diterangkan oleh Pak cik Zaini..
Katanya Kilang Terbaik Dunia...


Berlangsungnya Kem Jati Diri...
TEKUNnya mendengar ceramah dari

Cikgu Azmi..

Cikgu Azizan...

Cikgu Ishak...

Pak Cik Nasir..

dan seterusnya...

sampai TERSENGGUK2...

Selepas tamatnya Modul Anjakan Paradigma, terbahagi kepada 3Modul pulak...



USAHAWAN




ICT




PERTANIAN,PENTERNAKAN DAN PERIKANAN



Lebih kurang seminggu lebih ber'kem' di KTD
Kemudian berpindah ke Pantai Bachok..



"WAHH!!
Pantai...BEST!
Tapi rindu kat KTD...
abg2 dan kakak2 kat sana..
nnt dia org dtg melawat kita punya..."

Di sini kami pelajari banyak perkara....



KEPIMPINAN




HALUAN FITRAH




LDK




PROMOTE KTD DAN HALUAN




REKREASI


macam2 kena buat kat sana...
lama2 dah 'kamceng' dgn kwn2..
Bkn kawan dah tapi SAHABAT...
Sekian lama kem ini berlangsung..
Ada pula yg menghitung hari..
Siap catit kat kalender..
Berapa hari lagi lah nak balik...
Tapi bila dah last2..
Mula lah rasa tak nak balik...

"Esok balik..Lepas ni tak tahu lah kita nak berjumpa bila..."

7Februari 2009..
Tamat lah Kem Jati Diri..
Pulanglah peserta2 KJD ke rumah masing2...
Selepas 2 3hari,
mulalah chit chat kat ym..facebook laa..
kata rindu kem laa...apa laa..macam2...
ada pulak group KJD kat facebook!
Ramai pulak yg masuk...
Kem dah habis laa....
Punyalah awal2 tak suka kem...
Ada jugak bibit2 rindu kat kem..
Rasa macam nak patah balik..
Nak pergi pantai!
Tapi bukannya ada kem dah...
Semua dah berlalu...


Kat sini lah,
UKHWAH dirasai..
UKHWAH bkn sebarang UKHWAH...
tetapi UKHWAH FILLAH namanya...



Teringin pula bertemu dengan sahabat2 yg tercinta...
Tidak tahu lah di mana dan bila lagi kita akan bertemu...
Untuk bersama2 memantapkan aqidah...
merentas segala onak duri kehidupan..


DI MANA??

dan

BILA????



Pasti ada...
Ada resolusi yang terbaik...






MARILAH SAMA2 KITA MASUK KTD BERAMAI2!!!
AYUH!
MAHU INFO SELANJUTNYA?
Di sini kami menyediakannya...
Klik kan pada gambar ini...


Terpulang lah..tak paksa..
Just promote....
THE CHOICE IS IN YOUR HAND!


P/S:-Sekalung penghargaan dan segunung kemaafan buat Pak Cik Zaini,Pak Cik Nasir, Abg Ali dan Abg Zul, abg2, kakak2 fasi, sahabat2 seperjuangan KJD dan sesiapa sahaja yang berkaitan...atas bantuan dan tunjuk ajar, kami 15gen MATRI amat menghargai...kami tahu pak cik2, mak cik2, abg2 dan kakak2 cuba memberi yang terbaik agar kami berasa seronok di kem (banyak betul kerenah budak2 nih!..hehe..)...Kepada sahibah2 yg tidak berpeluang untuk mengikuti, tidak mengapa dan kami sentiasa mengingati antunna serta mendoakan antunna, teruskan perjuangan antunna walau berada di mana jua..insyaAllah kita pasti akan bertemu satu hari nanti! Doakan kami agar Allah memberi kami jalan yang terbaik...SPM kami juga!


Friday, February 12, 2010

KALIAN YANG AKU CINTAI & RINDU




Cantik sungguh si tuan puteri,

Menambat hati setiap insani,

Kenangan terindah menyusuri hari,

Mendambakan keredhaan ilahi.


Betapa diri ini tidak tergambarnya rindu pada kalian sahibah2 seperjuangan-15 gens MATRI.Hanya Allah s.w.t. yang lebih mengetahui rasa hatiku ini.Walaupun baru berjumpa segelintir dari kalian di Kem Jati Diri tetapi tetap tidak sama.Bukan semua dari kalangan kita yang ke kem tersebut.Kita sama2 mencorakkan khidupan kita.Mana bisa aku melupakannya.Aku rindu mendengar akan celoteh Atikah Rosli,


aku rindu mendamaikan pertengkaran kecil antara.....


Ruziah


dan Imtisal....

aku rindu saat kita study beramai2 dlm dorm oren a.k.a hafizah.Aku rindu suasana 4.00 pagi kelas addmath.
AKU RINDU SANGAT..........


Tetapi satu kenyataan yang harus aku terima ialah semua itu hanya tinggal memori.Walaupun kita masih belum melangkah ke IPT tetapi kita sudah membawa haluan masing2.Yang mendapat PLKN harus akur.Yang baru balik kem mungkin baru hendak bersama famili.Pelbagai lagi aktiviti yang bermain di benak kita semua.Waktu ini bagi aku adalah pra -pertempuran.Kita sudah besar dan bebas.Kita yang perlu mencorak kehidupan kita seharian.Kalau dulu dari pukul 8.00a.m-4.00p.m. ada kelas yang perlu kita hadiri kemudian sibuk dengan study.Sekarang....??

Kita dalam keadaan lapang dan moga masa kita tidak terbuang.Waktu begini kita perlu bijak menguruskan masa.
THE CHOICE IS IN YOUR HAND!!
Kita hendak mengisi masa terluang untuk mendekat diri dengan Allah atau sebaliknya.Jika pra-pertempuran ini kita sudah longlai bagaiman petempuran di IPT nanti??
TEPUK DADA TANYA IMAN!!

Sebagai salah seorang dari kalian dan juga seorang remaja.Ingin kuingatkan diriku juga kalian.Jangan terperdaya dengan perkenalan yang tidak syarak.Kalian fahamkan maksudku..Aku sering terdengar kakak2 terdahulu berbicara soal ini.Maksudnya perkara ini membarah secara senyap.Aku ingin kita semua menjadi wanita yang terpelihara lagi terhormat.tetapi kehormatanitu adalah milik kalian yang tidak mampu aku jaga.Aku hanya mampu mengigatkan sebagai seorang teman.Kita perlu sama2 mujahadah.Kita perlu sama2 menjadi hebat.Aku percaya dan yakin sahibah2 ku ini mampu...Moga kalian turut percaya dan yakin.

Mungkin post aku kali ini agak seperti leteran atau seangkatan dengannya.TAPI sebab aku rindu aku menulis begini.Aku risau kita tidak akan berjumpa lagi di lain masa dan ketika.Tetapi satu cuba aku pastikan yang....
AKU AKAN BERJUMPA KALIAN DI JANNAH-NYA....

Marilah sama2 kita mengislahkan diri moga cuti kali ini tertingkatnya iman dan ilmu..

Aku juga harap kalian mempunyai impian yang sama denganku...........

SYURGA YANG ABADI YANG KITA KEJARI

DENGAN IKATAN UKHUWAH INI



Satu pesananku,

JGN CICIRKAN DIRI KALIAN DARI JALAN DAKWAH & TARBIYAH INI!!!

Ingatlah surah Ali Imran:139

Sekali lagi ingin aku sebutkan aku mahu jumpa kalian di JANNAHNYA



Sunday, December 27, 2009

PENTING!!!

Berita TERKINI!!
bagi sesiapa yg belum isi borang bpkp lagi,
sila isi secepat yg  mungkin
kerana
anda hanya mempunyai tempoh kurang lebih 3 hari dari hari ini!
untuk fasa pertama..
Jangan melengah-lengahkan lagi!!
Sesungguhnya perbuatan menangguh2 itu disukai syaitan..
Semoga Allah redha setiap amalan yang kita buat..

Wednesday, December 23, 2009

Matlamat masih sama...


Telah 5 tahun kita bersama,(bagi yang duduk daripada form 1) akhirnya kita 'berpisah'..
masing2 ada rancangan untuk ke u mana...
ada yang rancang nak sambung belajar ke luar negeri, dalam negeri..
manakala ada juga yang nak sambung pelajaran kat MATRI...
(khassah la katakan,tak tahu la sapa..hehe)..
tapi kita masih ada matlamat yang sama iaitu..

::MARDHOTILLAH
::

sampai je kat rumah, termimpi pula pasal MATRI..
time kita kalut2 buat add math sama2, belajar dalam kelas, cikgu bercakap kat depan...
time kita periksa kat dewan....
macam2 lagi....
sedih pula bila mengenangkan...
lepas ni tak tahu la macam mana nak kumpul kita semua...
macam dulu...
47 orang...
kalau kita buat reunion, tak jamin la semua akan datang..
ada yang dah sambung belajar kat luar la, tak boleh cuti la..
DULU dan SEKARANG..
tak sama...
mana la tahu, ada dalam kalangan kita ni
'ALLAH SAYANGKAN DIA DULU'???...
macam2 perkara boleh terjadi, yang tidak terjangka pun boleh terjadi..
so, kita mestilah bersiap sedia dengan semua perkara yang akan menimpa kita...
(INGAT! orang ISLAM haruslah bersedia dalam setiap waktu)
Dalam jangka masa ni, sementara menunggu result keluar, banyak2 lah berdoa dan tawakallah, kerana itulah yang tinggal untuk kita setelah kita usahakan..
penat2 burn the midnight oil utk study,solat hajat,tahajud...
tiap2 hujung minggu ada kelas ini la itu la....
Macamana pun kita dah usaha susah-kipas-mati..
Kalau Allah nak bagi, bagi ar...
Kalau Dia tak nak bagi, tak bagi la...
Kita kena ingat kita tak boleh 100% bergantung pada usaha kita
walaupun usaha kita dah tinggi melayut macam KLCC...

Semuanya Allah yang tentukan..

Mana tahu time kita jawab peperiksaan hari itu,
Kita tahu soalan tu senang macam kacang...
TAPI
Allah izin kita lupa apa yang kita usahakan sebelum2 ni

Mana tahu kita tak yakin dengan jawapan kita...
TAPI
Allah izin betul..(janji isi kalau xisi,xtahu laa)

Kita perlu ingat..

"WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN! JIKA KAMU MENOLONG DEEN ALLAH,NESCAYA DIA AKAN MENOLONGMU DAN MENEGUHKAN KEDUDUKANMU.."
(47:7)


berpeganglah pada ayat ni...
Kawan2,sama2 lah kita mendoakan kejayaan kita bersama...


Sunday, August 23, 2009

kita di musim bunga..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
'betul ke ni??'
'aku dah di musim bunga??'
'dapat ka capai ke tiga-tiga fasa Ramadhan ni?'
'macam mana ya?'
'apa yang perlu aku buat ya?'
'boleh ka ni?'

~Tepuk dada tanya iman~
 

Template by BloggerCandy.com