Lukman Al-Hakim berwasiat kepada anaknya." Wahai anakku , dunia itu bagaikan lautan yang dalam , telah banyak manusia tenggelam di dalamnya. kalau engkau sanggup ,jadikanlah keimananmu sebagai bahteranya ,amal soleh sebagai muatannya dan tawakal sebagai layarnya , nescaya engkau dapat berlayar dengan selamat ."
Assalamualaikum w.b.t.
.. Sekumpulan semut berebut - rebut memasuki sebiji cawan yang berisi madu. setiap semut ingin menjadi yang pertama untuk merasa manisan itu. Tetapi sayang , satu demi satu semut-semut itu terperangkap dan tenggelam. Walaupun ada yang berjaya keluar namun lebih banyak lagi hanyut dan mati dalam 'dunia yang penuh dengan kenikmatan'.
.. Madu umpama dunia yang sentiasa kita kagumi dan impikan manakala semut-semut itu mewakili kita , anak cucu Adam. Semakin besar nafsu kita mendapatkannya maka semakin besar pula kecelakaan yang menanti . Laksana mata pisau , dunia juga mempunyai dua mata iaitu yang boleh menyelamatkan atau yang boleh membinasakan. Ia akan menyelamatkan bila kita menjadikannya bekal untuk meraih keredhaan Allah swt. sebaliknya membinasakan jika dunia itu dijadikan tujuan dan perjuangan utama dalam hidup ini.
.. Kisah tentang ketamakan manusia terhadap harta dunia digambarkan dalam kisah ini : Pada satu pagi seorang lelaki berjalan bersama Nabi Isa as. Apabila sampai di tepi sebatang sungai , mereka duduk untuk makan roti. sekeping dimakan oleh Nabi Isa as , sekeping dimakan oleh lelaki tadi . sekeping lagi mereka simpan untuk bekal di perjalanan. Setelah makan Nabi Isa as pergi ke sungai untuk minum dan kembali semula menemui temannya. Ketika melihat roti bekalan itu tiada beliau pun bertanya ,"siapa yang mengambil roti kita ?" Temannya menjawab , "aku tidak tahu , wahai Nabi!" Namun keduanya tetap meneruskan perjalanan. Ketika tengahari tiba- tiba seekor kijang melintas bersama dua ekor anaknya. Nabi Isa as memanggil seekor anak kijang dan menangkapnya. Anak kijang itu disembilih lalu dipanggang. Setelah selesai makan maka sisanya dikumpulkan oleh Nabi Isa as. Beliau berkata , "Hai anak kijang , bangkitlah dengan izin Allah!". Anak kijang itu hidup dan terus pergi. Nabi Isa as berkata pada temannya, "Demi Dia yang memperlihatkan tanda itu kepadamu, siapakah yang mengambil roti tadi?" lelaki itu masih menjawab , "aku tidak tahu , Wahai nabi!'.
Mereka meneruskan perjalanan hingga sampai ke sebuah lembah yang dipenuhi air. Nabi Isa as memegang tangan lelaki tadi dan keduanya berjalan di atas air. Bila sampai di seberang beliau bertanya lagi , "Demi Dia yang memperlihatkan tanda itu kepadamu , siapakah yang mengambil roti tadi? " lelaki itu tetap menjawab ,"aku tidak tahu, Wahai Nabi"!..
Akhirnya mereka sampai di sebuah padang rumput dan berhenti untuk berehat. Nabi isa as mengambil selonggok tanah berpasir,lalu berkata, "jadilah engkau selonggok emas dengan izin Allah!".longgokan tanah berpasir itu pun berubah menjadi emas tulen. Baginda membahagikannya menjadi tiga bahagian . Kata Nabi Isa as, "Sepertiga untukku , sepertiga untukmu , sepertiga lagi untuk orang yang mengambil roti tadi." Kerana tamak lelaki itu pun mengaku bahawa dia yang mencuri roti tersebut. Baginda berkata , "Ambillah semua emas ini !".
Setelah Nabi Isa as pergi , datanglah dua orang perompak yang sangat kejam. ketika melihat tiga longgokan emas tersebut keduanya terus merampas emas itu dan bersedia untuk membunuh pemiliknya. Namun lelaki itu cepat - cepat merayu , "jangan kamu bunuh aku, marilah kita bagi harta ini kepada tiga bahagian !". kedua perompak itu pun setuju.
Oleh kerana mereka lapar , salah seorang dari perompak itu telah pergi membeli makanan. Dalam perjalanania berfikir bagaiamana cara untuk membunuh kedua rakannya. Hatinya berkata , "Mengapa aku mesti berbahagi dengan mereka ?. Aku akan jadi kaya raya jika dapat semua emas itu. Lebih baik aku bubuh racun dalam makanan yang kubeli agar kedua mereka mati.
Ketika salah seorang perompak pergi m dua orang yang menjaga emas itu bermuafakat. "Emas ini lebih baik kita bahagi dua saja. Bila teman kita itu kembali , kita bunuh dia saja". Rancangan mereka membunuh perompak yang membeli makanan itu tadi berjaya. kemudian, mereka makan makanan yang beracun itu dengan lahapnya. Akhirnya kedua orang itu juga menemui ajalnya.
Longgokan emas masih berada di tempatnya ketika Nabi Isa as dan beberapa orang sahabat beliau kembali. Berhampiran emas itu , terletaknya tiga tubuh yang telah menjadi mayat. ketika melihat mayat2 tersebut beliau berkata " Waspadalah terhadap kesudahan cinta dunia yang seperti ini .".itulah dunia yang akan membinasakan orang2 yang tamak terhadapnya. mereka ini meletakkan dunia di atas segala2nya..
ps : walaupun kisah ini agak terkenal , penulisan di blog ini adalah sebagai satu peringatan. Mungkin diantara kita yang sudah lupa. (JANGAN MELETAKKAN DUNIA SEBAGAI MATLAMAT KEHIDUPAN KITA!..)