Pages

Awaken

Sometimes, standing among millions of ghuraba people can raise up our holy and strong spirit to awake this ummah. Wait till we meet in jama'ah and we will hit this universe with the holiest and super incredible new system for the new programme generation. Let's raise our hand and pray for our world.


Total Pageviews

Jadual Tugasan 15zikr

  • Minggu 1 : Syuhada - Ruziah - Iffah Hanna - Aliya
  • Minggu 2 : Nabilah Kamal - Basyirah Ritzuan - Syafiqah Sabbri - Syahirah
  • Minggu 3 : Fatin Nabila - Izzati - Fatimah - Basyirah Z
  • Minggu 4 : Sofiah Hadi - Nadhirah - Nadiah - Fatinah

Tuesday, January 31, 2012

It brings back memories...


In the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful.

My dear friends, it’s the end of the month again. And it’s my turn to share something with the people I cherished -- each and every one of you who is the princesses of the 15th Generations of MATRI.

SO, for this entry, I think this is QUITE special, because I think I’m actually trying to share some of my own feelings. Maybe you’ll think that it’s normal, but, well… for me it’s not. You can say that it’s something rare for me to do :)

Okay!

What is the most recent event that concerns all of us?


Ting ting ting!!!

Correct!

It’s the annual PLM Gathering that was held on January 23rd at MATRI.
Now, who attended the anticipated gathering??
I’m sure some of us excitedly attended the gathering and pretty much enjoyed it, no?
Well, I didn’t go.
I repeat…
I DIDN’T GO TO THE PLM GATHERING THAT PEOPLE KEEP ON TALKING ABOUT.
Don’t get me wrong, I’m neither getting angry nor in a bad mood. I’m simply stating the facts.


I was casually viewing the ‿♡ 15th Generation (SAHIBAH MATRI) ‿♡ group on Facebook, and there were some pictures uploaded by those who went to the PLM Gathering recently.

You guys ate together sharing a single talam, in the Dining Hall that left us with lots of unforgettable memories…
And I remembered that it’s been a long time since I ate like that too.

You guys took pictures in the beloved musolla
And I suddenly missed the place that taught all of us lots of things. There we all sat and recited the Quran every night after the Maghrib prayer, we sat for Hafazan session every Thursday evening, and we listened for the weekly Tazkirah delivered by the male students a.k.a Sahabat/Putera.

It really brought back memories, and I would say I could even go all teary just by simply looking at the pictures of you guys.
What I really wanted to say is that I really wish I was there, HONESTLY.
It wasn’t my intention not to be there during the gathering. I have reasons that made me unable to go.
I wish I can be with you guys, and enjoy as much as all of you did.
I also wish that everyone was there, not just some of us.
I pray that all of us will be friends forever, for God’s sake Insha Allah, no matter how far we’re separated.
I love you guys, from the bottom of my heart.


May our friendship be in the name of Allah and blessed always...


A little bit of my thoughts…

Sometimes I thought to myself…Why didn’t I join the JDK? Why didn’t I join the KIBAR at MATRI after SPM? Why didn’t I join the PLM Gathering? Why didn’t I join the programs that HALUAN held?

There were always reasons that made me unable to attend most of the programs..Honestly, I’m really sad. But I try to accept it, redha…I know that there’s a reasons behind everything that happens. I know that Allah knows best. I try to console myself, even though it’s hard to accept. I can only keep my sad feelings to myself. I really, really miss all of you.


p/s: sorry for the late post...

Saturday, January 28, 2012

PERJUANGAN Wa P.L.M !!!

   Alhamdulillah..minta maaf sangat2 coz memang tak ada idea nak tulis apa..tapi, memang kena jalankan amanah yang diberikan juga..insyaallah..lepas solah isyak tadi, selak2 balik fail yang dipenuhi dengan artikle2 yang dapat dari sekolah dahulu..banyak sangat sampai tak tahu nak share apa..tapi, alhamdulillah selepas meneliti satu "surat cinta" dari sahibah tercinta ni, rasa nak share..pasti sumer tahu kan nasyid ni?moh kita nasyid sama2...surat cinta ini dapat time diri ini betul2 jatuh dan memang rasa down sangat2..tak mampu nak bangun..selepas terima surat cinta ni, kembali semangat..insyaallah..pasti anda akan dapat sesuatu dari lirik nasyid nie.
 Perjuangan itu gerun dan mengerikan

Hebat dan dasyat menggerunkan hati
Bagi mukmin di sini harga dan nilainya 2x

Perjuangan itu bagai sampan di laut
Di atas lapang tiada perlindungan
Di bawa air melambung dan menggunung
Menongkah gelombang yang datang melanda

Kiri kanan depan dan belakang
Angin yang menderu tidak tahu bila datang
Hujan badai yang datang menyerang 
Bak singa yang lapar yang garang

Kadang-kadang terdampar di batu karang
Penumpang menerima nasib berlainan
Ada yang jatuh ada yang tenggelam 
Yang pandai berenang berpaut ke sampan

Ada yang berjaya berenang ke tepian 
Sekali lagi dia melayar sampan
Walau pelayaran mungkin tidak berjaya
Namun harapnya hanya pada yang esa.

   
     kata2 nasihat dari beliau,
  sahibahku, ayuhlah bersama2 kita berjuang sedaya mungkin..ujian yang ditempuh,cemuhan,kritikan semuanya adalah tarbiyah dari Allah..Misi membawa hati2 insani mengenal Allah memang banyak ranjau..kesabaran, keikhlasan amat diperlukan..banyakkan pergantungan pada Allah, insyaallah, Allah permudahkan urusanmu..

  
Pertemuan kembali pada 23 januari 2012 di matri.
   
  • aNiQaH sYaFiFaH
  • NaIeMaTuN sAaDaH
  • HaLiMaHtUn sAaDiaH
  • IzZaH aThIrAh
  • nUrul iFfAH
  • nuR bAsYiRah
  • NuRuL iZzAtI
  • sYaHiRaH fArHaNaH
  • nUrUl aTiQaH
  • nAbILah kAmAl
  • hAiFaA nAjWa
  • IMtIsAl
  • nUrUl aLiYa
  • rUzIaH
  • sItI NaBiLaH hAsNaN
  • nOrSyUhAdA sAfUrAh
 Di program tersebut (P.L.M) program lepasan matri itu, mengumpulkan batch pertama sehingga batch yang baru abez jer spm tahun lpas kembali..banyak yang kami dapat pada hari itu..ini adalah tentatif dari program tersebut..
             
                            sek ren agama m3-PLM dlm dewan ni
   
    8.00-9.00     = pendaftaran peserta wacana
    9.00-10.00   = muqalatoh
   10.00-10.30  = pembentangan projek dana matri 
   10.30-11.00  = rehat
   11.00-11.30  = bersama imam muda Ashraf
   11.30- 1.00   = majlis perasmian program wacana
                        = ucapan aluan pengarah program
                        = ucapan cikgu mohd abdoh
                        = ucapan perasmian oleh mudir MATRI
   1.00- 2.30    = solat zohor dan makan tengahari
   2.30-4.30     = mesyuarat agung PLM
   4.30-5.30     = kalimah akhirah

 Apa yang kami dapat sepanjang program, kami dapat berkenalan batch2 yang lain tidak kiralah sama ada kami sudah berkenalan sebelum ini ataupun tidak. Biasalah kalau mula2 datang mesti nak lekat dengan batch masing2, mestilah duduk dalam satu batch . hehe ~ tapi bijak pengerusi tu dia suruh tukar tempat selepas sesi pertama berkenalan . Yang mana dapat no 1 -no 7 , kenalah duduk dalam bulatan yang mengikut no , maka pecahlah gap2 antara batch2 masing2 . Sebenarnya kami terlepas sesi pertama tu hehe ...almaklum laa lama tak jumpa..faham2lah ye Apa yang kami perasan, PLM mengadakan sesi ini untuk kita mengenal antara batch2 yg lain, kita ini kan sefahaman kalau tak kenal antara satu sama lain, amatlah sayang sekali ! Alhamdullilah, kami sempat berkenalan beberapa orang kerana mereka melakukan 2 sesi taaruf bersama, sat je kan? :( kalau buat lagi mesti ramai lagi kami kenal . SERONOK !
   
                                        sesi taaruf antara batch..
                                            
                                               


Selepas selesai sesi tersebut,kami diminta untuk susun kerusi dalam keadaan formal untuk sesi taklimat serta perasmian program tersebut. Penyampaian pertama adalah tentang dana untuk MATRI sendiri yang disampaikan oleh Ustaz Syahid. Dana yang dimaksudkan bukanlah dari segi kewangan tetapi pelbagai aspek iaitu seperti tenaga, harta benda dan sebagainya. Kemudian, Imam Muda Asyraf menyusul untuk bersembang santai bersama Pelajar Lepasan MATRI. Sepertimana yang kita tahu, beliau amat petah dalam berkata2 dalam apa2 program tetapi buat kali ini beliau gugup kerana beliau berhadapan dengan murrobi2 yang telah sekian lama tidak berjumpa dan mereka hebat ! sehingga kini masih berkhidmat di Mahad Attarbiyah Al-Islamiyah untuk melahirkan generasi pewaris berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. Bukanlah beliau tidak mampu untuk memberi kata2, tetapi beliau merendahkan hati di hadapan murrobi2 yang beliau kasihi.     



us syahid

Imam Muda Ashraf
                                                             

  Seusai berehat, program tersebut diteruskan lagi dengan ucapan oleh pengarah program tersebut iaitu ustaz syahid amin disusuli ucapan dari sir Abduh..memang seperti yang kita tahu, ucapan dari beliau sangat2 bersemangat..(kagum)..diteruskan kata2 nasihat daripada ustaz omar haji salleh..apa yang membuatkan kami sangat tertarik dengan murabbi2 ini, mereka sangat tekun dan bersungguh dalam melaksanakan kerja2 islam, kerja2 dakwah dan tarbiyah..walaupun usia mereka hampir dengan usia atuk2 kita, tetapi,mereka masih istiqomah dan tidak pernah jemu dalam menyampaikan kebenaran...dari ucapan mereka, kami yang muda2 ni sangat malu dengan kesungguhan mereka dalam menyebarkan dakwah..kami mengakui, walaupun kami ni muda2, banyak perkara yang tidak setel lagi ditambah dengan merungut, masih main2, tidak bersungguh...jadi, P.L.M kali ini amat2 menyuburkan kembali hati kami yang makin lama makin layu dek simbahan jahiliyyah yang semakin hebat sekarang nie..
   
                                             

 Rehat yang kedua rehat yang paling ditunggu2 oleh semua pelajar lepasan matri dimana nostalgia dahulu bertandang kembali dimana kami makan di dalam talam..yer..makan dalam talam..sudah lama rasanya tidak merasai sentuhan dari tangan2 sahibah dimana dari tangan2 tersebut yang memberi kami kekuatan ketika kami down dan tidak bersemangat..maksud disini ialah sentuhan tangan sahibah yang makan bersama2 menggunakan talam..disitu, kami berbincang masalah,disitu kami mensyukuri nikmat Allah, disitu kami berbincang tentang ummah..disitu bertambah eratnya kekuatan ukhuwwah...yer, makan dalam talam..

              

 Acara pada petang tersebut ialah mesyuarat agung P.L.M dimana organisasi2 P.L.M disusun semula supaya program2 yang akan datang akan lebih tersusun dan sistematik..tapi, sayangnya, batch kami tidak mengikuti mesyuarat tersebut..hehe...kami sibuk bergambar di atas musolla..adalah seorang dua yang pergi sebagai wakil batch untuk mendengar input2 yang boleh dipraktikkan bersama..kalimah akhirah di sampaikan oleh ustaz abdul hadi~~.


                                         mesyuarat agung P.L.M
                                kalimah akhirah oleh ustaz hadi

         
 Apa yang menarik perhatian kami ialah perubahan2 dari segi infrastruktur di matri semakin 'upgrade'...walaupun tidak banyak, tetapi, matri semakin lama semakin membangun dengan bangunan yang baru kerana bilangan jumlah pelajar yang semakin tahun semakin ramai...perubahan yang dapat dilihat di matri ialah padang hoki, yang dulu, pelajar matri selalu berkawad, riadhah, ekspo dan sebagainya kini terdapat batu bata yang disusun untuk bina bangunanlah...hurm...asrama di cat dengan warna kuning menyerlah...surau dicabut pintu2..banyak la juga..

bangunan dalam pembinaan
asrama aspuri
       
          Banyak yang kami dapat ketika kami pergi ke MATRI...alhamdulillah..semoga Allah memberkati perjumpaan ini..insyaallah..."Ahabbakillazi ma ahbabtanilahu"..salam ukhuwwah...


Antara batch kami yang turun padang


                          
   


Saturday, January 14, 2012

Menunggu IKHLAS Datang?

Merenung Makna Ikhlas


"Kalau tak ikhlas, baik tak payah buat!"...

...antara ungkapan yang selalu kita dengar apabila kita berat untuk melakukan sesuatu, namun kita gagahkan juga diri untuk melakukannya. Apabila usaha kita untuk melakukan sesuatu 'dicantas' dengan ungkapan tersebut, maka kita terus berundur dan bertindak meninggalkan apa yang kita lakukan.

Hati kita bermonolog, "Betul juga tu, daripada aku buat tak ikhlas, baik aku tak payah buat".

Lalu amal itu kita tinggalkan kerana tidak ikhlas melakukannya. Persoalannya, adakah kita akan sentiasa ikhlas untuk melakukan kebaikan? Jika tidak, apakah itu bererti kita tidak perlu melakukan kebaikan kerana tidak ikhlas?

Timbul persoalan lain, adakah ikhlas itu akan datang tiba-tiba atau perlu dilatih?

"Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui."
(At-Taubah:41)

Kewajipan Tetap Kewajipan

Jelas, keberatan atau keringanan kita sedikitpun tidak mengubah syariat sesuatu amal. Jika kita berasa berat untuk solat fardhu, solat fardhu tidak akan berubah menjadi sunat atau ditarik kewajipannya. Bukankah begitu? Did you all got the meaning?


Ertinya ikhlas ataupun tidak, kita tetap perlu melaksanakannya. Begitu juga dengan kewajipan-kewajipan lain seperti berdakwah, berbuat baik kepada ibu bapa, menjaga hubungan sesama jiran tetangga, taat kepada suami, dan lain-lain. Sememangnya berat atau ringan itu akan terdetik di hati kita namun kita tetap perlu melaksanakannya. Jadi, masihkah wajar kita berkata saat ini, "Kalau tak ikhlas, baik tak payah buat"?

Jalan Menuju Ikhlas

Kadangkala kita suka membuat alasan dengan isu 'tidak ikhlas' sebagai jalan untuk kita lari daripada beramal. Kita sentiasa menunggu ikhlas itu datang sedangkan kita tidak pernah berusaha mencarinya.

Bagaimana mencari ikhlas? Ya, dengan cara kita berusaha mengatasi ketidak-ikhlasan kita. Di peringkat permulaan, mungkin kita masih belum ikhlas sepenuhnya melakukan sesuatu ibadah. Jika kita terus meninggalkannya, adakah mungkin suatu hari kita akan mendapat ikhlas secara tiba-tiba? Mungkin juga...

Ingat, 'mungkin juga' ialah refleksi kepada ketidak-seriusan dalam mendapatkan sesuatu. Namun, jika kita terus konsisten melakukan ibadah tersebut dan berusaha sedaya mungkin mengikhlaskan niat, lama-kelamaan kita akan dikurniakan Allah dengan rasa ikhlas yang tidak ternilai, insya-Allah.

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan ucapkanlah perkataan yang benar. Nescaya Allah akan memperbaiki amal-amalmu dan mengampuni dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sungguh, dia menang dengan kemenangan yang agung."
(Al-Ahzab:70-71)

Kita selalu beranggapan bahawa kita perlu benar-benar cukup bekalan dan sempurna sebelum melakukan sesuatu amal atau kerja dakwah di jalan Allah. Lantas kita kaku dan tidak beramal. Sedangkan Allah membawa perspektif bahawa dengan usaha kita melakukan sesuatu amal, Allah akan memperbaiki amal tersebut dan mengampuni dosa kita. Begitu juga dengan ikhlas. Setelah kita berusaha melakukan amal dan cuba mengikhlaskan niat, Allah akan menyediakan ganjaran yang tidak ternilai buat kita. Syaratnya, kita berusaha memperbaharui niat lillahi taala.

Sebelum, Ketika, dan Selepas


Ada orang sudah mengikhlaskan niat sebelum beramal, tetapi ternyata ketika amal itu dilakukan, dia tertipu dengan ramainya orang yang melihat dan mengagumi amalnya. Ada orang melepasi ujian ini dah terus beramal dengan ikhlas, namun setelah itu dia sibuk bercerita tentang amalnya kepada orang lain atas tujuan menunjuk-nunjuk. Atau minimum dia ingin orang lain mendengar tentang amalnya daripada mulut orang yang melihatnya. Bolehkah begitu?

Sesuatu amal itu perlu dijaga kesuciannya sebelum dilakukan, ketika, dan selepas dilaksanakan. Itulah semurni-murni amal yang tidak dicemari dengan ketidak-ikhlasan. Selagi mana kita bermujahadah mengikhlaskan niat tatkala perasaan riya', ujub dan sum'ah terdetik di hati kita, kita masih dikira sebagai seorang mujahid yang akan diganjarkan oleh Allah kelak. Namun, tatkala kita larut dalam perasaan-perasaan mazmumah tadi tanpa sedikitpun upaya menyedarkan diri dan meluruskan niat, kita telah gagal dalam ujian keikhlasan.

*Jom sama-sama berusaha mengikhlaskan niat dalam melakukan semua amalan. Mudah-mudahan amal kita yang banyak ini tidak menjadi debu yang berterbangan di 'sana' kelak!


editted dari blog musafirperjuangan85.blogspot.com

Friday, January 13, 2012

Duhai teman, kejarlah cinta yang hakiki

Buat tatapan diri dan teman2ku yang dikasihi, mawar-mawar berduri harapan agama

Apa khabar hati? Bagaimana tingkatan cinta Allah di hati kita? Jujurlah pada diri, adakah kita masih rasa perlu pada cinta Allah, rasa rindu pada Allah..Mari sama-sama kita suburkan kembali kecintaan, kerinduan kita pada Allah. Pernah dengar tak nasyid ni? Cinta hakiki..

Telah lama cinta terbiar
Dari cinta yang suci
Telah lama cinta tersasar
Dari cinta hakiki
……………………………………….

Album : Senyum
Munsyid : Raihan
http://liriknasyid.com

Sambungan liriknya carilah sendiri. Hehe. Sebab kalau nak letak kat sini nanti panjang sangat. Nice nasheed. Liriknya sangat menyentuh jiwa http://www.4shared.com/mp3/c4z3igxG/Raihan_-_Cinta_Hakiki.htm


Ada satu lagi nukilan yang sedikit sebanyak menghilangkan kegalauan di jiwa..

Jika anugrah itu membahagiakan

Maka cinta yang [katanya] merupakan anugrah dariNYA

Seharusnya juga membahagiakan

Namun adakalanya

Ada yang merasa tak bahagia dengan cinta

Atau janganlah terlalu dini menyebutnya cinta

Mari kita sebut saja sebuah rasa

Rasa yang berbeda

Yang [lagi-lagi katanya] menggetarkan jiwa

Aha

Mungkin memang belum saatnya

Rasa itu ada

Hingga diri merasa nista dengan rasa

Atau jangan-jangan rasa yang ada

Didominasi oleh nafsu sebagai manusia

Jika itu permasalahannya

Maka titipkanlah rasa pada SANG PENGUASA

Biarkan ia yang belum saatnya, bersamaNYA

Biarkan waktu yang kan menjawabnya

Hingga Dia mengembalikan rasa itu jika saatnya tiba

Wanita.. Wanita..

Slalu saja

Bermain dengan rasa

Maka mendekatlah padaNYA

Agar rasa yang belum saatnya

Tetap terjaga

Agar rasa yang ada

Tak membuat hati kecewa

Agar rasa yang dirasa

Tak membuat jauh dariNYA

Biarkanlah diri merasa nista dengan rasa

Jika ternyata nafsu tlah menunggangi ia yang belum saatnya

Hingga akhirnya membuat diri menangis pilu karenanya

Menangis karena menyadari bahwa dirinya masih rapuh ternyata

Masih perlu belajar bagaimana mengelola rasa yang belum saatnya

Ya Rabbana

Hamba titipkan rasa yang belum saatnya

Agar ia tetap suci terjaga

Hingga waktunya tiba



Sumber nukilan: http://www.dakwatuna.com/2012/01/18072/ketika-akhwat-mengajukan-diri-2/#ixzz1jLwhvQJW

Akhir kalam, marilah kita suburkan cinta padaNya. Cinta padaNya lah yang paling membahagiakan. Menyebut2 namaNya dapat menambahkan rasa cinta padaNya. Taat dan patuh juga sebagai bukti kecintaan kita padaNya. Ubat cinta yang paling mujarab; Al-Quran dan solah jangan ditinggalkan. Moga Allah bimbing kita ke jalan yang diredhainya.

Sekian, wassalam.

Sunday, January 8, 2012

Kebahagiaan

Bahagia yang tidak tergambar rasanya ! -gambar hiasan-



Apa erti kebahagiaan pada diri anda ?
Adakah anda berasa bahagia apabila bersama teman2 yang telah sekian lama anda tidak temui ?
Atau berbahagia berada di sisi keluarga yang tercinta ?
Atau berasa bahagia apabila berjaya melepasi sebarang peperiksaan ?
Atau berbahagia dengan cukup kelengkapan dalam hidup seperti kemewahan yang anda terima ?
Ataupun berasa bahagia apabila melihat kebahagiaan orang lain ?
Macam2 kita boleh describe kebahagiaan itu kan ?


Di manakah terletaknya KEBAHAGIAAN yang selama ini kita mencari ?
Sepanjang hari manusia telah mencari dan mencuba memperolehi kebahagiaan dalam berbagai2 kebendaan dan beraneka ragam kesenangan dunia. Dengan berlandaskan nafsu syahwat serta kepuasan dan keinginan kebendaan , malangnya mereka tidak berjaya memperolehi kebahagiaan tersebut.


Iman adalah sumber KEBAHAGIAAN betul kan ? :)
Keimanan yang dipancarkan ke dalam hati manusia adalah satu2nya sumber kebahagiaan yang dirindui oleh setiap insan. Dengan imanlah, kebahagiaan dapat dirasai disertakan dengan ketenangan, keamanan batin, pengharapan, kepuasan, cita2 dan kasih sayang. Jika tidak, maka kosonglah harapan dan hanya menjadi sebutan di bibir sahaja .


Hidup yang KOSONG
Orang yang tidak beriman akan merasakan hidupnya kosong, hampa dan tidak bererti. Maka mudahlah untuk menimbulkan perasaan takabbur dalam diri masing2, bertindak sesuka hati apabila merasakan dirinya serba cukup . Hilanglah perasaan tanggungjawab terhadap perbuatannya dari hatinya kerana dia merasakan bebas dan tidak terikat oleh hukum, agama dan moral .

Allah mengajar kita bahawa kebahagiaan di dunia yang disebut "kehidupan yang baik" hanya diperoleh dengan keimanan dan perbuatan baik,

"Dan siapa yang mengerjakan perbuatan baik, lelaki atau wanita, sedang dia beriman, nescaya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik..."
(Surah Al-Nahl : 97 )

Konklusinya, selitkan kebahagiaan anda bersama keimanan lantas tidak menjadi kebahagiaan yang sia2 bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat kelak . Ameen ~


P/s : Olahan daripada buku " Iman dan Kehidupan " oleh Allahyarham Fathi Yakan. Kira sambungan dari post yang dulu :)






ard's
 

Template by BloggerCandy.com