Pages

Awaken

Sometimes, standing among millions of ghuraba people can raise up our holy and strong spirit to awake this ummah. Wait till we meet in jama'ah and we will hit this universe with the holiest and super incredible new system for the new programme generation. Let's raise our hand and pray for our world.


Total Pageviews

Jadual Tugasan 15zikr

  • Minggu 1 : Syuhada - Ruziah - Iffah Hanna - Aliya
  • Minggu 2 : Nabilah Kamal - Basyirah Ritzuan - Syafiqah Sabbri - Syahirah
  • Minggu 3 : Fatin Nabila - Izzati - Fatimah - Basyirah Z
  • Minggu 4 : Sofiah Hadi - Nadhirah - Nadiah - Fatinah

Sunday, May 31, 2009

SPM EXCELLENT PROJECT 2009

ORGANISASI SPM EXCELLENT PROJECT 2009 (PUTERI)

  • Ketua : Fatimah Zahra Bt Mubarak
  • Penolong: Siti Nabilah Bt Mohamad Kamal
  • Setiausaha: Aniqah Syafifah Bt Ahmad Farid
  • Bendahari: Masturah Bt Yusri
  • Biro Subjek:
  1. Bahasa Melayu : Nur Athifah Bt Mohammad Basri
  2. Bahasa Inggeris : Fatinah Bt Muhamad Sabri
  3. Bahasa Arab Tinggi : Nur Basyirah Bt Mohammad Ritzuan
  4. Matematik : Nur Izzati Bt Bahran
  5. Matematik Tambahan : Ruziah Bt Ismail
  6. Sains : Nadhirah Bt Mohd Rubani
  7. Sejarah : Syahirah Farhanah Bt Mohd Shapiee
  8. PQS : Basyirah Bt Zulkifli
  9. PSI : Nor Syuhada Safurah Bt Nasir
  10. EST : Aisyah Nadhira Bt Zaini
  11. Biologi : Nur Syafiqah Bt Mohamad Sabbri
  12. Fizik : Siti Nur Taqiah Bt Mahyiddin
  13. Kimia : Safiyyah Shahirah Bt Shahidan
  14. Ekonomi Asas : Ruhiyatun Nadirah Bt Zawawi
  15. Prinsip Perakaunan : Nurul Nasuha Bt Muhamad Naim
  16. PSV : Nurul Aliya Bt Mohamed Roseli
  17. Kesusasteraan Melayu : Nur Fatin Hazwani Bt Abdul Rahim

Ini merupakan salah satu program yang baru bagi pembelajaran yang lebih efektif dan berkesan yang telah ditubuhkan selepas Bahtera Gemilang. Program ini dicadangkan oleh Kak Sharifah Ruqqayah dan Kak Sarah Hamizah pada bulan Mei yang lalu selepas kami baru sahaja tamat Peperiksaan Pertengahan Tahun. Berbanding dengan Bahtera Gemilang, SPM Excellent Project 2009 Tingkatan 5 atau lebih dikenali SEP kebanyakannya melibatkan tenaga pelajar itu sendiri. Tamsilnya, mengajar kawan-kawan yang lemah, mencari resolusi bagi menyelesaikan masalah pembelajaran , memperingat kawan untuk belajar, mento-mentee dan sebagainya.

Matlamat kami bagi SEP pelajar Puteri Tingkatan 5 adalah untuk meningkatkan prestasi pelajar Puteri dengan mengurangkan kuantiti 9G bagi setiap subjek. Oleh itu, baru-baru ini kami telah menjalankan Mentor-Mentee bagi subjek Matematik dan Matematik Tambahan dan diwajibkan bagi setiap Mentor mengadakan kelas pada hari Sabtu waktu prep sehingga 11.30 malam di Dewan Makan Puteri . (walaupun pada hari itu tiada prep) Alhamdullilah, buat kali pertama diadakan kelas itu berjalan dengan lancar.Diharap dapat diteruskan lagi. Matapelajaran bahasa seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab kami telah khaskan pada hari-hari tertentu-tentu. Di samping itu, kami juga khaskan hari untuk istilah Sains.
  • Isnin : Bahasa Inggeris
  • Selasa : Bahasa Melayu
  • Rabu : Sn, Bio, Fiz, Kim, EST
  • Khamis : Bahasa Arab Tinggi
Pada hari tersebut, pelajar Puteri diwajibkan untuk memasukkan istilah bahasa atau sains dalam perbualan. Manakala, peranan bagi setiap pemegang subjek yang terlibat untuk mengeluarkan apa-apa maklumat, peribahasa,kata-kata hikmah, atau istilah dan menulisnya pada papan hitam. Tetapi malangnya ada kala hari tersebut, tidak menulis apa-apa maklumat dan sebagainya. Pelajar Puteri juga kurang memberi komitmen dalam berbahasa khususnya Bahasa Arab Tinggi. Walaubagaimanapun, kami akan tetap meneruskan dan menekankan pelajar Puteri untuk berbahasa agar mereka mengambil bahagian dalam hal ini.

Memandangkan masa untuk pelajar Puteri belajar tidak mencukupi, maka kami telah menjalankan sistem 'stay-up' pada waktu tengah malam. Dalam konteks ini, pelajar Puteri diwajibkan bertegang mata pada malam Sabtu dan malam Ahad bermula pada pukul 12 a.m- 5a.m. Tambah-tambahan pula, pada keesokan hari tiada sebarang persekolahan. Pelajar Puteri akan bergilir-gilir belajar sama seperti khatibah tetapi ia melibatkan pembelajaran. Sementara itu, mereka juga dapat menunaikan solat malam dan berqiammulail.

Selain itu, kami juga melibatkan perkara ukhrawi dalam konteks ini. Contohnya, mana-mana pelajar Puteri yang solat lewat pada waktu subuh (selepas 6.45 pagi) akan dikenakan denda. Dendanya ialah sama ada membayar 10sen kepada bendahari atau menunaikan solat dhuha. Amanah bagi setiap pelajar Puteri untuk berasa tanggungjawab bagi melaksanakan denda tersebut. Dengan cara ini, kami berjaya kurangkan bilangan pelajar Puteri Tingkatan 5 yang solat lewat.

Sistem 'Buddy' sepertimana yang dicadangkan oleh Kak Sarah, telah kami jalankan di bahagian Puteri. Peranan bagi seorang 'buddy' ialah memastikan 'buddy'nya belajar sentiasa sekurang-kurang 1 subject dalam sehari. Sebaiknya pelajar Puteri memilih 'buddy' yang agak berbeza dengan kriteria dirinya.Diharap kepada semua pelajar Puteri dapat menggerakkan sistem ini dengan baik.

Itulah antara resolusi yang kami berjaya lakukan buat masa ini. Ikuti perkembangan tentang kami melaksanakan program ini.Jika ada sebarang komen atau cadangan, beri tahu kami dengan meletakkan komen anda dalam post ini tidak kira sama ada anda blogger atau tidak.

TERIMA KASIH.


Saturday, May 30, 2009

KHAS BUATMU YANG TERCINTA..

Camar Kelukaan
Album : Sandaran Cinte
Munsyid : Saff One


Di suatu ketika
Pernah kau hinggap ke sisiku
Sayapmu terluka
Kau pinta ku merawatinya

Dengan segala keterbatasan
Aku mencari segala penawarnya
Kau bagai dilahirakn kembali ke dunia nyata
Kau terbang semula

Kemuncak yang ingin kau tawan
Itulah jua yang ku impikan
Kau bawa ku pergi bersama menongkah arus
Terbang ke langit menggapai awan

Demi kejayaan
Ada harga perlu dibayar
Ku menjadi perisaimu
Bila panah menghujani kita

Apabila engkau merasa tercabar
Kau anggap aku menjadi sainganmu
Tidakkah engkau menyedari persamaan kita
Hanya camar maya

Biarkan aku terbang melayang bersendirian
Tinggalkan aku mencari arah jalan ku pulang

Biarkan aku terbang melayang bersendirian
Tinggalkan aku mencari arah jalan ku pulang

Kemuncak yang ingin kau tawan
Itulah jua yang ku impikan
Kau bawa (kau bawa daku pergi)ku
Pergi bersama menongkah arus
Terbang ke langit menggapai awan

Semua ini satu ketentuan



MusicPlaylistRingtones
MySpace Playlist at MixPod.com






SELAMAT HARI GURU!

Sempat kami ucapkan di tanah perkuburannya..

pada 16 Mei yang lepas..

Harap2 sampailah kata2 itu padanya...

Jasanya tetap kami kenangkan


Kita mestilah proaktif!

Kata2 itu selalu terngiang2 di telinga kami...

Dialah TULANG BELAKANG kami....

PENCETUS OBLIGASI kami...

MURABBI kami..

dan UMI kami....

sudah hampir 3 minggu dia meninggalkan kami....

Segala perkara tentangnya menjadi kerinduan..

dan kerinduan kami terhadapnya tidak pernah terpadam....

Segala bait katanya menjadi ingatan pada kami...

Menangis...meraung...

Akan permergiannya...

Tiada gunanya....

Maka..

Ingatlah pesanannya pada kita....

Belajarlah bersungguh2

Lantaran itu....

AYUH!~

KAWAN2...

MARI KITA MENUJU KEJAYAAN....

BERSAMA2 KITA BERJIHAD!!!!

UMI pasti tersenyum....




p/s:~ Lagu ini disiarkan di radio selepas kami pergi melihat jenazahnya dan lagu ini mengingatkan kami tentang pengorbanan dan harapannya pada kami...

 

Template by BloggerCandy.com