Pages

Awaken

Sometimes, standing among millions of ghuraba people can raise up our holy and strong spirit to awake this ummah. Wait till we meet in jama'ah and we will hit this universe with the holiest and super incredible new system for the new programme generation. Let's raise our hand and pray for our world.


Total Pageviews

Jadual Tugasan 15zikr

  • Minggu 1 : Syuhada - Ruziah - Iffah Hanna - Aliya
  • Minggu 2 : Nabilah Kamal - Basyirah Ritzuan - Syafiqah Sabbri - Syahirah
  • Minggu 3 : Fatin Nabila - Izzati - Fatimah - Basyirah Z
  • Minggu 4 : Sofiah Hadi - Nadhirah - Nadiah - Fatinah

Sunday, October 19, 2014

#Throwback2013



[Pesanan buat semua] : Coretan kali ni sebenarnya dah lama nak post. Since awal 2014 lagi, tapi asyik tertangguh. So, ni memang super-duper throwback. haha..opsss...hehe(gelak sopan).. Al-kisahnya.....


Bismillahirrahmanirrohim…
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Tamat sudah 2013 yang penuh kenangan, suka duka, gelak tawa bersama.

2013.

Tahun yang banyak mengukir kenangan bagi warga 15zikr. Banyak memori terpahat. Banyak pertemuan. Ya, moga pertemuan kita Allah limpahkan barakah. Duduk-duduk kita, untuk saling ingat Allah. Ingat apa tujuan hidup. Ingat apa tugas utama sebagai khalifah di muka sini. Untuk bonding. Ya, bonding tu penting!
Oklah, tak nak tulis panjang-panjang. Skill menulis pun dah berkarat rasanya. Lagipun, dunia dah maju. Mana main update blog sangat dah. #instagramkanada..:P

Sekadar ingin berkongsi ‘highlight’ 2013 yang lepas.

Tanggal 26 Ogos bermulalah pengembaraan 4 warga 15zikr ke utara tanah air. Iffah Za'aba, Syafiqah, Aliya dan Basyirah… Sambil ambil peluang ke Jubli Perak MATRI (29 Ogos - 1 Sept 2013)




The first pit-stop: Rumah Imtisal


 Alang-alang dah pi Penang tu.
Jenguk Fatimah kat Machang Bubok..hee~

Eh, sempat lagi pi “over the sea”.

Kali ni singgah rumah Syahirah plak. Mood raya still on okay!


Makan tengah hari. Sekali dengan akak-akak sahibah USM. Kak Syaf, Kak Za, kak Aisyah (kakak Syafiqah). P/S: Kak Za dan Kak Syaf sekarang dah bertukar status tau ^^.

Selesai menjamu selera, naik bas ke Perlis. Agak rushing sebab kejar masa.  Destinasi utama-Perlis..hee~

Of course, rumah Izzati Bahran jadi tumpuan. Dari dulu sampai la. Thanks a lot Izzati. Sejak zaman dukMATRI lagi, rumah zati ni jadi tempat kami menumpang kasih:P


Apa lagi, dah sampai Arau tu pi ziarah Tasnim pulak. Jumpa skali dengan Atiqah Rosli. Lama betoi tak jumpa depa ni.
 
(27.8.2013)
The next day, Fatimah dengan Syahirah pun menyusul dari Penang. Kami bermalam di rumah tumpangan Cikgu Sanihah. Huh, satu malam RM2.50 ja cikgu charge! Moga Allah kurniakan kebaikan berganda buat Cikgu! Oh ya, masa ni cikgu baru ja bergelar pengantin baru. Alhamdulillah :D.


Malam tu lepas cari barang2 keperluan serba sedikit, saja singgah MATRI. Jumpa Mak Long Natrah.
Macam biasa, Mak Long selalu ajak anak-anak MATRI pi rumah dia. Bila la kami ni nak sampai? Tak boleh nak jawab...D;

(28.8.2013)
Keesokan harinya, kami meneruskan ‘agenda reunion kami’. Ya lah, walaupun tak ramai, kami teruskan juga. Riadhah. Kat mana lagi kalau bukan Tasik Melati. Tak kan lupa dah kot.. macam2 kami main. Paling tak tahan, main ‘kuiz’. Soalan kuiz yang semestinya soalan berkaitan warga 15zikr. Kena teka penyataan yang diberi tu dituju untuk siapa. Mengimbau kenangan silam. Memang tak kering gusi! Haha

Jalan kaki dari rumah tumpangan ke Tasik Melati.

Dah sampai! Tasik Melati & student MATRI berpisah tiada~

1...2...say cheeseeeeee


Balik dari Tasik Melati kami ambil kesempatan jumpa cikgu-cikgu di sekolah. Lama sungguh tak bertanya khabar. Ramai juga cikgu-cikgu  baru yang kami tak kenal..hee~ so sorry.

Macam pakat pulak pakai baju sama warna. Except Iffah:P

Teacher Basimah dan Cikgu Hamizah yang maintain comel.

Ziarah Cikgu Norizan di rumah beliau. Banyak benda juga kami share. Dah keluar MATRI baru rasa banyak benda yang boleh share dengan cikgu.

(29.8.2013)
 

 Esoknya baru la ramai sampai. Athifah, Tasnim, Dot, Syuhada. Ni baru meriah! 

Oh ya! Kami pun ada sponsor untuk program ni. Sponsor kek! Thanks Nabilah Hasnan, sanggup dia bersusah payah buat utk kami walaupun Nabilah tak dapat join.



Kek blueberry and Red Velvet. Yummy~



Ok, next bila dah agak ramai, kami pi ziarah cikgu Azmi, minta cikgu share sikit bahan tarbiyah. Cikgu sentuh perkara paling penting kalau nak istiqamah atas D &T. TARBIYAH DZATIYAH.
Usai berprogram di rumah Cikgu Azmi, kami ramai-ramai keluar pi makan nasi arab. Heh kongsi2 tau ni.

Night pose! Muka happy sebab dah kenyang.

Syu dengan Oya dah gaya adik-adik MASDAR (sebab tudung kelabu)
(30.8.2013)
Esoknya sempat juga join solat Jumaat di musolla. Huu rindu~ musolla pun dah makin besaq la ni.


Sempat juga jenguk-jenguk booth misi kemanusiaan HALUAN. Booth dibuka sempena Jubli Perak MATRI. Never forget them in our du'a okayy.

(31.8.2013)

Yang bestnya reunion ni Puan Aniyyah a.k.a Aiyid ada, Dalila dan kak Ummi Hayati pun ada.

Dah penghujung reunion... Ramai warga 15zikr yang balik. Kami bertiga sempat pi buat blood donation. Tapi last-last Taqiah tak lepas~

Petang yang sama. Lepas blood donation sanggup pi main belon. Buat photoshoot sekali..hee~

Persembahan dari adik-adik MATRI.

Sempat mengerah tenaga jadi usherer untuk makan malam amal sempena jubli Perak MATRI. Tak sangka dapat duduk semeja. Rezeki…


Dah lama tak tolong-tolong macam ni. Di sebalik tabir… Prepare doorgift untuk tetamu makan malam amal:)

Bergambar dengan Ustazah Amani,anak Allahyarhamha Ummi Halimaton.

Bergambar dengan Mudir MATRI, Ustaz Omar. Moga kami dapt contohi kecekalan beliau mendidik para mutarabbi!
Yang tu sedikit sebanyak coretan masa reunion kami. Belum puas reunion, kami (USIM+UIA) teruskan lagi lagi misi menziarahi sahibah-sahibah 15zikr area Selangor.

Pertengahan September 2013.

14.9.2013: Ziarah Basyirah Zul dan keluarga di Puchong. Sedap sangat bihun sup . Terima kasih makcik masak sedap-sedap untuk kami:)

Balik dari ziarah Basyirah, kami pi rumah Soleha di Klang, Masa ni Soleha tengah pregnant.
Next day, Taqiah, Oya, Zati pi rumah Teasun + kenduri kakak kepada Hazirah Hamdan. 
Sekitar Oktober 2013, sebelum Syafiqah fly semula ke Mesir, sempat juga ziarah beliau di rumah baru di Bangi.

 Lepas tu, Ummikalsum, Mas dengan Tea-sun datang rumah sahibah USIM plak. Bukan senang depa nak singgah USIM tau!


Tahun 2013 juga, kami dapat anak buah baru^^

21.12.2013 - Kenduri aqiqah Najlaa Fakhyrah, anak Soleha. Baru umur 7 hari je time ni. 


Najlaa Fakhyrah. Moga membesar jadi anak solehah ye sayang.
 p/s: suka sangat tengok telatah dia sekarang ni;)

Tak sangka ramai juga yang boleh hadir aqiqah Najlaa. Mini reunion lagi.
 Ok, rasanya setakat tu sahaja coretan kali ni. Maaf sangat plot tak berapa menarik. Sekadar coretan buat kenangan kita bersama. Harap blog ni boleh terus 'hidup'. InsyaAllah. Rindu pertemuan dengan kalian semua. Moga Allah terus pelihara hati kita. Moga terus istiqamah pelihara Islam dalam diri dan sebar luas Islam pada masyarakat.

Sahabat sampai syurga! Bukan mudah nak gapai syurga. Tapi yakin dengan janji Dia. dan usaha. selagi nyawa dikandung badan, selagi tu masih punya peluang!

Till we meet again dearies!

#harapharapbolehreunionmasaweddingnovembernanti

Tuesday, February 4, 2014

Barakallah.

Assalamualaikum w.b.t.

2014 pembuka tirai.

Alhamdulillah kita bersyukur ke hadrat Ilahi setelah sekian lama blog ni berhabuk akhirnya dibersihkan pada hari ni. Sebelum post ni, banyak post tentang batch kami yang dah sudah  berwalimah maka kali ni kami nak sambung kembali sebab ada dua orang batch kami yang sudah mendirikan baitulmuslim bukan sahaja pada tahun yang sama tetapi juga pada bulan yang sama. Mereka adalah Insyirah dan Tasnim. ^^




Alhamdulillah tanggal 18 Januari 2014 hari Sabtu, Insyirah selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz, dia telah menjadi isteri kepada Nik Luqman. Kenduri kecil-kecilan di rumahnya di Gombak. Sekitar bawah 20 orang yang menghadiri majlis perkahwinannya. Semuanya berjalan dengan lancar di kenduri Insyirah.

Walaupun tak semua sahabat seperjuangan dapat hadir ke majlis tersebut disebabkan kekangan yg mereka hadapi, ada yang masih menduduki perperiksaan, ada yang mempunyai masalah transport, dan macam-macam lagi lah, tetapi...mereka tidak lupa akan hari kebahagian sahabat yang mereka sayangi ini. Dari jauh mereka sentiasa mendoakan semuanya berjalan dengan lancar.

    



Tasnim & Muhammad Syafiq

Tidak lama kemudian, dalam beberapa minggu, pada 31 Januari 2014, seorang lagi sahibah batch kami berkahwin dengan salah seorang bekas senior sekolah kami juga, iaitu Nur Tasnim dan Muhammad Syafiq. Disebabkan "timing" yang agak baik, hampir 40 orang sahibah batch kami datang meraikan cinta Tasnim dan Syafiq. Alang-alang jadi reunion 15zikr la macam tu.




Pada jam 10 pagi, berlangsungnya majlis akad nikah di teratak beliau yang terletaknya di hujung peta Malaysia (Arau, Perlis). Ramai tetamu yang hadir. Dengan sekali lafaz Tasnim bertukar status. 


                                           

Pada sebelah malam pula, majlis perkahwinan mereka diadakan di Hotel Putra Palace. Ramai tetamu yang hadir. Kemeriahan majlis tersebut turut diundang bersama sahabat sahibah, sanak saudara, serta murabbi-murabbi Matri. Majlis bermula dari jam 8:30 malam hingga 11:00 malam.




Tahniah Insyirah & Nik Luqman dan Nur Tasnim & Muhammad Syafiq, semoga berbahagia hingga ke akhirnya kepada kedua-dua pasangan.

Nik Luqman & Insyirah

        
Tasnim & Muhammad Syafiq

**********************************
Yang jauh sudahlah dekat
Sudah dekat bersalam-salaman
Kami berdoa semoga berkat
Menempuh hidup di dalam aman

Wassalam.
 

Template by BloggerCandy.com